Thursday 26 June 2014

Aku ada suka kat orang ni, tapi aku malu la. Cik Love, please help me..

Assalamualaikum,
dah lama mana tak update, takpe, ada masa sementara esaimen tak datang lagi. boleh la atur ayat.

kahkahkah! cik love ? jadah apa cik love bagai. aku bercinta pon separuh jalan failed nak jd cik love konon. boleh blah!

okok serius ok cik love, temporary cik love pon boleh lahh.

ya, apabila berdepan dengan situasi seperti tajuk di atas, apa yang kita perlu lakukan? tak tahu nak start macam mana, tak reti, blur, atau lebih teruk, blank. tapi suka. rasa macam nak penendang pon ada tapi kita cuba dulu.. belum cuba belum tahu la der!

mari lihat dulu kisah aku dan Si Sepet aka Shazwan.

sebelum ni aku tak percaya langsung cinta mukabuku najwalatip ke apa ni. aku malas. aku ada stranger feeling. macam mana kalau aku jumpa dia, nanti dia gemok, tak hensem? HAHAHAH macam la aku lawa sangat. boleh blah! taktahu la kenapa, aku suka lelaki macam ilex ilex tak gelabah ni. macho habis la Sepet. i loveyou sangat! bluwek.

pada suatu hari, aku tak expect pon nak dating dgn dia. aku macam, pergi je lah kan.. bukan dia nak makan aku. ok, aku pon pergi. tempat dating taknak kalah, klcc kau. berdebar dalam hati tak payah cite la bai.. kalau jantung aku spring, memang sehari sebelum tu aku dah kembali ke rahmatullah. tapi alhamdulillah, everything ok.

aku tahu la Sepet tu, tengok muka dia pon aku boleh rasa dia pon adrenalin rush jugak. tapi dia rush je, aku dah turbulence haha! tengok aku pun dah takut takut. macam aku pulak jadi pakwe hari tu. maklumlah, aku jenis selamba je buat lawak bodoh padahal aku buat lawak aku sendiri gelak. Sepet senyap je, senyum. malu la tu. memang bodoh gila aku rasa bila ingat balik. nasib baik la dia tak tinggal aku tepi jalan sebab dia mesti cakap, MACAM MANA LA AKU BOLEH DATE DGN POMPUAN GILA NI WOI?

sampai hari ni, aku tak expect langsung, aku dah separuh jalan dengan dia. padahal mula mula aku tak rasa nak sayang dia ke macam mana. just go with the flow. still have long way to go. aku tak rasa suka ke apa, just aku senang dengan dia. thats all. sayang memang la kan.. sape tak sayang weh haha. takpelah Sepet, no matter what happen, i still love you with all the broken pieces. walaupun awak tak gelak kalau saya buat lawak -,-

dah dah, Cik love ni nak tolong orang ke nak cerita love story dia ni?

rumusan dari kisah tersebut, aku cuma nak cakap. dalam hidup ni, kau tak boleh expect kau suka sapa, dan apa yang akan kau suka, siapa suka kau, dan pelbagai benda yang diluar jangkaan. life is full of suprises.

biasalah, hari ni suka orang tu, esok suka orang ni. tapi masalahnya, suka tapi tak terluah. ala kesian..

dalam setiap benda yang kau buat, mestilah ada niat yang teguh. niat tak boleh sekadar niat je. kena ada matlamat. why you want him/her? for what? nak buat bini? nak buat suami? (cewah!) dan mestilah kena luahkan dengan perbuatan. suka dia tapi buat bodoh, sampai bila pun kau terjeruk dalam emosi.

saya malu la Cik Love,

ya yaa yaaa, malu. wajar rasa malu. tak boleh ye kalau tak tahu malu langsung. malu ni dalam sesetengah perkara jadi wajib. tapi dalam hal perhubungan boleh jadi fleksibel. rasa malu tu perlu dan jgn lah keterlaluan. atau kau jenis rela diam, dan tengok je crush kau dari jauh. haha bagi aku tu loser sangat. even dulu aku pon penah jadi loser macam tu wakaka.

apa je yang jadi, let it go let it goooooo..
cakap, luahkan. biar la lepas tu nak jadi apa. at least kau dah terlepas beban emosi. aku tahu la perasaan suka tapi tak terluah ni. sesak dada kot, nak makan pon tak lalu. perit. rasa macam benteng ketabahan tu nak roboh haha

macam mana kalau dia buat bodoh je cik love?

its okay, bila dah cakap, tu hak dia nak accept ke tak. janji part kau, kau dah lepas. biar dia pulak gila meroyan. mana boleh sorang je meroyan kan? kate sukaaaaa. eceh.

lapangkan dada, jiwa tenang.. terima apa yang berlaku dengan senang hati. bila senang hati, tak serabut lah jiwa.

kalau rasa tak tenang, pasang lagu UNIC, In Team, Mestica semua. baru berkobar-kobar sket semangat di jiwa tu.
kalau dah tenang, pasang playlist lagu A7x.

moga dipermudahkan..

cik love rasa nak bersara dah lepas bagi tips macam ni..






No comments:

Post a Comment