Friday 29 March 2013

MALAS

Assalamualaikum

masing2 sibuk dengan final exam. aku ? heheh unikl lambat lagi luls. good luck!

aku ni nak cakap rajin study tu taklah sangat, tak rajin. macam bila besok ada quiz or test masa tu lah terhegeh2 nak study. kalau takdak, aku belek lah jugak nota2 walaupun tak bersungguh2. nak cakap aku malas, boleh la. malas ni lagi banyak daripada part yang rajin. malas nak susun nota masok file, malas nak salin nota. nak highlight nota pon malas. kadang2 tertanya-tanya, boleh kah aku survive degree ni sampai 4 tahun dek kerana malas, malas ataupon tak bersemangat ?

disebabkan sejak azali lagi aku suka buat kerja last minit, maka masok bulan 4 ni aku akan bersengkang mata lah yee. . sebab hujung bulan 4 ni dah study week, perlu lah bersungguh2 untuk mengekalkan pointer agar MARA tidak menarik balik loan tersebut. ciss! MARA main ugut2 Iols :'( kalau sem satu gwa masih terkejut dengan dunia kampus yang rata2 mereka berperangai bermacam2 jenis sehingga aku asyik touching. sem ini tidak boleh begitu lagi, kena semangat lah derr! insyaallah, sem ni gwa nak perform sehabis baik! nak skor subject yang mana aku rasa buleh skor. yang takboleh go tu try an error lah.

paling aku pelik sem ni, assignments yang bertulih tak banyak, tapi assignment kena buat video2 bagai. kejadah apa, kalau tak kerana carrymarks tingggi, memang mampus aku malas nak buat video2 ni haa. aku ambik accounting, bukan perfileman. rasa macam nak cakap kat lecturer aku suruh Farid Kamil ah buatkan. apahal aku pulak. tapi mak aku tak pernah ajar aku berkurang ajar dengan pendidik. hadap je lah, buat setakat mana yang boleh. jangan nak merungut sangat. merungut kerja siap takpa, ni merungut kerja tak siap.

hidup aku sekarang makin kusut, ntah lah. . nak kata kelas aku pack sangat, tidak jugak. sehari satu kelas je pon. nak cakap assignment banyak, ada ah sikit. sempat submit. nak cakap masalah banyak, bukan hidup namanya kalau takdak masalah. aku bukan peduli sangat pon pasal orang, tahap ignorance aku tinggi. aku malas nak pikir benda2 yang buleh buat aku down. setakat kawan turun kafe tak gtau aku, aku nak touching. memang tak lah. orang tak peduli pasal kita, jadi put simply, biarlah kat depa. . janji kita tak buat benda yang tak sakitkan hati orang. dan paling penting jagalah hati kita dulu sebelum nak jaga hati orang. sebab kalau kita sendiri serabut, camana kita nak jaga hati orang yedak ?

besok ada event dengan MARA kat PWTC. so adik2 lepasan STPM dan SPM yang mana ada masalah belajar, financial, loan, nak study tapi taktau nak pilih kos, nak pilih kos engineering tapi tak cukup syarat, silalah meramaikan event tersebut. pegawai2 kat situ banyak dan akan menjawab setiap patah soalan yang adik2 nak tau. ok ?

bye (-___-)

tahu. entri kali ni macam apa ntah. tapi entri ni aku sungguh2 tau buat , mungkin sebab kepala aku dah mereng, so macam yang takdak kaitan pon aku bubuh sekali haha.