Wednesday 27 June 2012

Dah nama pon pinjam, mesti kena bagi balik . kan ?

Asslamualaikum.

terima kasih ya allah, kau bagi dia untuk seketika. . dan sekarang kau ambil dia kembali . aku tahu semua ini dugaan, ujian-Mu, semua ini menuntut ketabahan yang bukan sedikit . Aku mohon kekuatan, mohon ketenangan hati, kesejahteraan jiwa . Mohon segala-galanya dipermudahkan .

Dugaan ni buat aku lebih kuat . :')

marilah mengarut sambil mengurut . huwarghh boring terok bai !

Assalamualaikum.

good morning everyone ! wahhh cik anis kita hapdet. . awai gila . mimpi dapat hidayah ka apa ? hidayah ka hapdet ni ? banyak la !

amaRan keras, entri kali ni sarat dengan unsur2 merapu tahap 18SX

selalunya pagi2 begini, lepas subuh aku dah terbongkang tdoq balik . yeah apa lagi yang mampu aku lakukan selain tidoq balik bagi mengelakkan masalah boring terlampau . lepak kedai makan minum teh tarik ? dan membincangkan isu politik semasa di kedai kopi starbucks ? Kerajaan nak bagi lagi duit bantuan ? pemandu teksi dapat habuan ? peneroka felda dapat duit lagi ? kerajaan buang duit ? aku pembangkang ? ciss !
lagi la mustahil . toksah sembang Euro la dengan aku, skuad La roja nak p final . anyone ? apa germany ? puihh cium bau trophy pon tak boleh aa .
tapi hari ini aku menaip pula di pagi hari, adakah ini petanda maut sudah menghampiri ? Astaghfirullahalazim

walaupon tak duduk sensorang kat umah ni, aku tetap boring . mak aku ada, tapi mestilah beliau sudah letih melayan kerenah aku suka merapu tak tentu hala ni, adakah patut aku bertanya kepada puan emak 'makk, bibott ni tau dak dia tu seekor kucing ? awat bibott tak makan pakai tangan eh mak ?' mak aku meneruskan pembasuhan pinggan mangkuk dan belanga tanpa sebarang respon positif . aku pon berlalu menonton wanita hari ini . waaaa ! tengok p lah kan wanita ka lelaki ka, pondan ka. . janji hilang boring . bila beralih ke fb pula, lagi lah aku boring . Mark , you need to upgrade your facebook, this is facebook mark. . can you ? sambil silang kaki depan mark . :)

selepas adik aku pulang dari sekolah, mood aku happy la jugak . dengan adik aku sembang baik boleh aa dalam setengah jam, yang lain kami akan bertengkaq seperti sedang berdebat di dalam debat perdana . bibott dan bobot mungkin malu bertuankan seperti aku dan adik . masing2 tak mau mengalah, masih mahu menegakkan benang yang basah, benang yang kering pon tak boleh ditegakkan apatah lagi yang basah. . eh siapa pula yang mereka peribahasa sebegini rupa ?

bila dok sorang2 pulak, asyik memikirkan hala tuju kehidupan di kampus nanti . gimana deh mahu survive macam survivor ntv7 tu ? perlukah membawa seterika di hostel bagi mengelakkan pergaduhan di awal2 sem ? bagaimanakah keadaan toilet hostel tersebut ? kekurangan air ? kotor ? penghuni pula ? adakah berperangai seperti gadis bajet hawt dalam drama tv3 ? ada tak kawan aku nanti suka melepak bersembang kencang dengan aku bila tension ? atau masing lebih suka menelaah pelajaran berbanding dengan melepak di katil2 ? bagaimana jika bas mengambil student lewat ? eh bas pulak, aku yang lewat . Bagaimana aku mahu ke kampus ? berjalan kaki ? atau menaiki keretapi tanah melayu KTMB ? apakah rancangan yang diaturkan oleh fasi ketika minggu induksi nanti ?
ohh hoho kenapalah hidup ini sangat complicated ?

mak cakap, jangan memberatkan kepala dengan perkara yang belum kita hadapi . mana boleh main sangka2 sebab dalam hidup ni full of surprises . tapi aku ni. . tak hadapi lagi dah pikiaq bukan2 . apa ni anis ? kemon laa .

oh adakah hostel aku ni mempunyai makhluk yang bermuka buruk ? atau lebih jelas, hantu . even aku suka sangat tengok cerita hantu, tetapi itu tidak bermakna aku seorang yang berani . kalau hantu itu di depan mata, mestilah tidak cukup tanah aku lari, memang aku speed habis la .

dah la tu , dah la . (-___-')

sepanjang hari sementara nak berangkat, aku menghabiskan sisa2 masa dengan menonton video One Direction, habis video tu mata pon mula la nak mimpi Zayn Malik yang berambut hitam mata cantik, hidung pacak gigi susun rapi, wahhh heaven . Zayn ! mai aa aloq setaq kita lepak . lu pehal der ajak dia lepak aloq setaq ? hahaha

mata pon dah lali, aku nak tdoq sat aa buang 2 3 jam . lepas tu nak bangun g jumpa dentist tampal gigi . serius aa wa cakap, paling gwa takut doktor gigi la . tapi gwa pikiaq positif, kalau gwa tak buat hari ni. . takkan gwa nak tunggu sampai gigi gwa rosak teruk, buruk dulu baru terhegeh2 nak p dental check up ? so gwa kuatkan semangat, iman dan jati diri , lagu mana pon gwa mesti p tampal gigi . nih pon dah saket sangat bila nak kunyah, kalau tak saket mampuih la gwa nak p . memang tak la. . miahahahaha

bereh, bubui ~

p/s; kalau suka tolong la promote belog gwa yang hina ni kat membe2 . gwa upah sorang sekupang . hehe

Sunday 24 June 2012

Keputusan antara hidup dan mati .

Assalamualaikum.

Setelah diperkenankan oleh ahli2 lembaga pengarah, jawatankuasa pusat, pemerintah2 utama negara akhirnyaaaaaa ! saya tetap akan memilih Bachelor of Accounting (Hons) di (. . . akan diberitahu kelak ) . heheh

sedikit mukadimah ~
sedaq tak sedaq kita kini sedang berada di bulan penuh rahmat, bulan penuh barakah iaitu bulan Syaaban . Masuk bulan syaaban ni bermakna makin dekat lah kita dengan bulan yang paling ditunggu oleh semua makhluk dilangit dan di bumi, bulan Ramadan Al-Mubarak . Ihya Ramadan :)) jangan ingat nak posa ja wey, ganti dah habih ka dak lagi ? aku punya ada seminggu lagi . huwarghhhhhh ! 

pada mulanya tahap keyakinan aku nak ambik akaun adalah berada di bawah tahap beku . sejuk ketaq kepala cek oi ! bangun pagi ja sibuk dok google tgk apa2 info yang buleh membantu aku study pasal akaun ni, yes pengetahuan aku pasal akaun ni ZERO . kalau ada pon pasal hutang je la , duit2 . alah. . duit2 ni orang gila pon reti . tapi masalahnya akaun ni bukan berkait pasal duit sahaja . cewahh bajet macam dah grad, padahal daftar pon dak lagi . pang sedaih !

keyboard jugak hampir retak akibat terlalu kerap menge-search nama student bakal U aku tu . at the end baru jumpa bakal senior yang boleh membantu tuh pon hampir nak putuih asa jugak la sebab tak jumpa, yang jumpa pon sombong . orang nak tanya je la, bukan nak buat apa  :@ . mekasih kakak2 yang bantu bagi maklumat, taip panjang lebaq punya nak bagi aku paham . Biaq jasa jadi kenangan kak nahh . Setelah mendengar penjelasan demi penjelasan daripada depa tu, semnagat aku kembali mekar . wahh jiwang ! ya, kembali semangat . tapi yang tu bukan bermakna aku tak dengaq cakap mak aku pulak, hisyy derhaka tau ? awai2 lagi aku dah tanya mak aku . dia pon okey, yang mana terbaik bg aku, tuh la keputusan mak aku . mummy , saranghaeyo ! 

setiap hari aktiviti aku ialah meng-google kampus aku nanti, asrama, infrasructure, priciples in account, principles in economy, principle in blablabla . serius wey, aku dah mula study buku2 aku time form 6 dulu . nasib baik lah buku teks, dgn nota2 still dalam simpanan lagi . cuma tuh la, buku akaun mana lah aku ada . dulu kan aku sanggup tukaq kelas sebab nak lari daripada akaun dan add math . tiba2 nahhh ! hambik kau. . 
mau tak teraboq . nak lari mana sangat. . jumpa jugak dengan musuh . tapi kali ni musuh akan menjadi sahabat baik . Insyaallah .

aku tau , aku bukan lah hebat dalam economy, terer apatah lagi . admit yang time form 6 aku careless, latihan economy aku malas nak buat . padan la result economy aku failed . T___T im stupido you know . lepas ni aku takmau buat perangai malas2 dah . takmau jadi bengong dah . serius ni, aku janji ! aku kan suka cabaran lasak2, anggap la akaun ni macam cabaran . kena struggle . :) wish me good luck guys . 
im not playing with my word . 

im getting so excited bila cerita pasal ni. better chiaw dulu takot terover pulak satgi . 

p/s; study kat mana pon sama, yang penting niat . doa, usaha dan tawakal . Good luck everyone !

good night !


Monday 18 June 2012

Lagi sebulan janji ada post yang baruu ! kita janji !

Assalamualaikum.

Like usual, there's no picture macam entri dulu2 jugak .You know why kan. .
this entri ada sedikit unsur2 emo gothic dan lain-lain . eh emo sahaja lah . sepak nak ninis ?

selepas berbulan-bulan, malah berkurun lama tak update . im quite busy err bukan busy sangat pon i busy memikirkan masa depan, akhirat, alam barzakh . wahhh sangat adventurous memikirkan hal2 sebegitu . mustahil sangat youuu .

okay, sudah la mengarut . di entri yang sungguh bosan ini beta ingin memberitahu rakyat jelata bahawa beta akan meninggalkan kampung halaman beta untuk merantau tidak lama lagi . serius , beta sangat sedih . lagi2 beta tidak akan berpuasa di rumah bersama family . mana penah guwa puasa kat rantauan lagi seumur hidup ! tak penah maunya guwa tak tacing . hmm ;'( tolong jangan cakap benda sedih2, tiap kali pikiaq mesti sedih tahap hingus meleleh . ayaq mata berteraboq . haaa

beta akan berangkat untuk mencari ilmu di tempat orang . beta akan menyambung pelajaran di peringat Ijazah Pertama in Accounting . Insyaallah . eh what i was say just now, ACCOUNTING ? hell no ninis . hang tu dah la bengong nak ambik akaun pulak . tak padan dengan hang laaa weh . sentap dak ? yes i know what im doing . mum said, kalau tu Allah dan tentukan untuk kita. . segalanya akan dipermudahkan. i hope so, i hope and im scared . pleaseee, tulih ni pon rasa ketaq dah . jantung macam nak terkeluaq . 

hang toksah nak buat terok la weh . yes, im doing very terokss now . Orang cakap mula2 memang cmtu, nanti dah lama baru okay . aku tak penah lalui lagi semua ni . i bet you. . dulu pon semua student berperasaan cam aku jugak . kalau depa buleh takkan aku tak buleh ? huwarghhhh semangat ninis ! go ninis go !

the sadest part is, im going to leave my mum, my abah, my along, abang, adik, muhammad , my family, my friends, my cats . my everything . how can i survive like the others do, huh ?

tak lama mana lagi dah, lagi sebulan . serabut takyah cerita lah bhai. . kepala ni kalau tercabut memang takleh sambung balik dah, urat dia jammed terus . 

ermmmm. . takot takot takot .

kat mana ?? oh k, im going to tell you when the day comes . teruja dak ?

bye ;'(