Sunday 29 June 2014

Ujian Ramadhan.

Assalamualaikum.

Ramadhan penuh rahmat datang lagi. Kali ini aku tempuh dengan ujian. Sering aku pujuk hati, aku ini hamba.. aku layak diuji. Aku cuba tersenyum dalam terpaksa, nampak palsu. Aku cuba sedaya semampuku..

fitrah manusia, apabila ditimpa musibah, rasa sedih, rapuh semangat.. barulah kita sedar Allah itu Maha Besar. Dia segala-galanya. Kadang-kadang rasa malu dengan Allah, Dia tidak pernah lari walaupun kita sering melupakannya. Kita ini yang berlari jauh dari dia saat dilimpahi nikmat. Kita gagal dalam bersyukur dengan nikmat. Kita ini hamba.

segala rasa hati, jerih payah ujian, lafaz sendu, sebak hati.. aku luah dalam tahajjud. aku mohon dibersihkan hati dalam taubat. saat iman begitu rapuh, aku anggap Allah itu kejam menduga aku sebegini. Tapi Dia itu Allah, dia selayaknya ke atas aku dan seluruh kehidupanku. Lantas, aku bangun dari sedih, dari sebak rasa yang membelenggu, nikmat ujian Allah ini buat aku lebih kenal kasih sayang Dia. Sayang yang lebih tulus daripada kasih seorang ibu. Allah itu menyayangiku..

kadang aku tenang dalam doa, kadang semangat yang aku bina ranap jua.. aku kalah dengan emosi. aku kalah dengan perasaan berjuang dengan perasaan sendiri. kenapa harus begini, kenapa perlu begitu. tapi kita ini siapa yang layak mempersoalkan ujian dia. Allah.. redhakanlah aku dengan ujian. Tiupkan aku semangat kala lemah..

aku menangis di tengah sunyi malam, sama macam dulu saat ujian seperti ini diduga. berkali diduga aku masih belum punya daya menghadapinya. basah pipiku dengan air mata.. basah sejadahku dengan air mata hamba.sungguh, semangatku rapuh. serapuh dahan mati..

aku minta pada Allah, tenangkanlah jiwaku yang berduka. lapangkan dadaku dengan rahmat.. redakanlah kesedihan..

teringat kembali, aku selalu mengingatkan orang lain supaya bersemangat.. jauh di sudut hati, semangatku sendiri hanya sekecil pasir.. dihembus angin lalu hilang..

buat yang memahami..

aku cuba sehabis daya menjadi yang terbaik..
mahu kamu merasai bahagia dari ku..
tapi aku gagal..
semangatku goyah..
imanku rapuh..

saat seperti ini..
aku amat mengharapkan dirimu mengerti..
kepayahan yang datang mengundang sabar yang bukan sedikit dari kita..

sabar itu bukan permintaan,
tapi suatu penyelesaian..

p/s; Stay- Miley Cyrus










Friday 27 June 2014

Gugur

Assalamualaikum.

semangat kadang teguh..
mahu roboh jua..

aku tanya diri kenapa?
hati jawab lemah..

aku susuri hari sepi,
ku tenung langit megah,
awan gagah..
aku mahu begitu.

melangkah lemah
mahu di isi jiwa rapuh ini..

banyak persoalan cuma bergelumang dalam hati..
tak terluah

air mata ditahan gugur jua..
ku sapu perlahan
tiada daya aku bertanya Tuhan.
DIA tuhan.
aku ini hamba..

aku mahu bangun melangkah gagah..
tapi di separuh jalan 
kaki mahu patah.

akhirnya, gugur jua semangat..


Thursday 26 June 2014

Aku ada suka kat orang ni, tapi aku malu la. Cik Love, please help me..

Assalamualaikum,
dah lama mana tak update, takpe, ada masa sementara esaimen tak datang lagi. boleh la atur ayat.

kahkahkah! cik love ? jadah apa cik love bagai. aku bercinta pon separuh jalan failed nak jd cik love konon. boleh blah!

okok serius ok cik love, temporary cik love pon boleh lahh.

ya, apabila berdepan dengan situasi seperti tajuk di atas, apa yang kita perlu lakukan? tak tahu nak start macam mana, tak reti, blur, atau lebih teruk, blank. tapi suka. rasa macam nak penendang pon ada tapi kita cuba dulu.. belum cuba belum tahu la der!

mari lihat dulu kisah aku dan Si Sepet aka Shazwan.

sebelum ni aku tak percaya langsung cinta mukabuku najwalatip ke apa ni. aku malas. aku ada stranger feeling. macam mana kalau aku jumpa dia, nanti dia gemok, tak hensem? HAHAHAH macam la aku lawa sangat. boleh blah! taktahu la kenapa, aku suka lelaki macam ilex ilex tak gelabah ni. macho habis la Sepet. i loveyou sangat! bluwek.

pada suatu hari, aku tak expect pon nak dating dgn dia. aku macam, pergi je lah kan.. bukan dia nak makan aku. ok, aku pon pergi. tempat dating taknak kalah, klcc kau. berdebar dalam hati tak payah cite la bai.. kalau jantung aku spring, memang sehari sebelum tu aku dah kembali ke rahmatullah. tapi alhamdulillah, everything ok.

aku tahu la Sepet tu, tengok muka dia pon aku boleh rasa dia pon adrenalin rush jugak. tapi dia rush je, aku dah turbulence haha! tengok aku pun dah takut takut. macam aku pulak jadi pakwe hari tu. maklumlah, aku jenis selamba je buat lawak bodoh padahal aku buat lawak aku sendiri gelak. Sepet senyap je, senyum. malu la tu. memang bodoh gila aku rasa bila ingat balik. nasib baik la dia tak tinggal aku tepi jalan sebab dia mesti cakap, MACAM MANA LA AKU BOLEH DATE DGN POMPUAN GILA NI WOI?

sampai hari ni, aku tak expect langsung, aku dah separuh jalan dengan dia. padahal mula mula aku tak rasa nak sayang dia ke macam mana. just go with the flow. still have long way to go. aku tak rasa suka ke apa, just aku senang dengan dia. thats all. sayang memang la kan.. sape tak sayang weh haha. takpelah Sepet, no matter what happen, i still love you with all the broken pieces. walaupun awak tak gelak kalau saya buat lawak -,-

dah dah, Cik love ni nak tolong orang ke nak cerita love story dia ni?

rumusan dari kisah tersebut, aku cuma nak cakap. dalam hidup ni, kau tak boleh expect kau suka sapa, dan apa yang akan kau suka, siapa suka kau, dan pelbagai benda yang diluar jangkaan. life is full of suprises.

biasalah, hari ni suka orang tu, esok suka orang ni. tapi masalahnya, suka tapi tak terluah. ala kesian..

dalam setiap benda yang kau buat, mestilah ada niat yang teguh. niat tak boleh sekadar niat je. kena ada matlamat. why you want him/her? for what? nak buat bini? nak buat suami? (cewah!) dan mestilah kena luahkan dengan perbuatan. suka dia tapi buat bodoh, sampai bila pun kau terjeruk dalam emosi.

saya malu la Cik Love,

ya yaa yaaa, malu. wajar rasa malu. tak boleh ye kalau tak tahu malu langsung. malu ni dalam sesetengah perkara jadi wajib. tapi dalam hal perhubungan boleh jadi fleksibel. rasa malu tu perlu dan jgn lah keterlaluan. atau kau jenis rela diam, dan tengok je crush kau dari jauh. haha bagi aku tu loser sangat. even dulu aku pon penah jadi loser macam tu wakaka.

apa je yang jadi, let it go let it goooooo..
cakap, luahkan. biar la lepas tu nak jadi apa. at least kau dah terlepas beban emosi. aku tahu la perasaan suka tapi tak terluah ni. sesak dada kot, nak makan pon tak lalu. perit. rasa macam benteng ketabahan tu nak roboh haha

macam mana kalau dia buat bodoh je cik love?

its okay, bila dah cakap, tu hak dia nak accept ke tak. janji part kau, kau dah lepas. biar dia pulak gila meroyan. mana boleh sorang je meroyan kan? kate sukaaaaa. eceh.

lapangkan dada, jiwa tenang.. terima apa yang berlaku dengan senang hati. bila senang hati, tak serabut lah jiwa.

kalau rasa tak tenang, pasang lagu UNIC, In Team, Mestica semua. baru berkobar-kobar sket semangat di jiwa tu.
kalau dah tenang, pasang playlist lagu A7x.

moga dipermudahkan..

cik love rasa nak bersara dah lepas bagi tips macam ni..






Wednesday 25 June 2014

Buat Sang Cinta

Assalamualaikum.

entri kali ini dedikasi khas untuk Sang Cinta, tidak kira yang tengah bercinta, akan, dan telah berkahwin, dan segala bentuk situasi yang boleh dikatakan sebagai cinta lah kan.

Buat Sang Cinta,

kadang-kadang ada bicaraku pedih, mencengkan rasa..
maafkan aku..

kadang-kadang aku lemah, jatuh dalam gaung emosi, menyentap tangkai hatimu..
bersabarlah denganku.. aku hanya hamba. 

kadang-kadang hati ini berbolak-balik, yakinkah aku dengan cintamu?
bukan niat aku meragui cinta kasihmu.. tapi begitulah rasa hati.

kadang-kadang, melihatmu sahaja sudah beralih rasa hati..
maafkan aku..
hati ini sememangnya mengundang rasa sabar darimu.

kadang-kadang, ada perilaku yang membuatmu berjauh hati..
sesungguhnya, yang keluar dari mulut tidak sama dengan kata hati.
aku menyayangimu, sepenuh rasa.

kadang-kadang, air mata yang ditahan, luruh jua..
payah benar jalan cerita cinta ini..
kuatkah hatimu dengan aku ?

terbit dari nurani, aku tak mahu jadi penyebabmu sakit hati,
aku mahu jauh, mahu pergi..
tapi, hari hari mendatang aku ingin kamu. 
selalu..

memahami kehendak hatimu seakan terlalu payah,
lumrah hamba, hati itu payah dijaga..
tapi, aku cuba.. sehabis daya.

segala janji, kata kata penuh makna..
aku sisip kemas dalam hati..
dalam.. aku mahu begitu
ingat sampai akhir nanti.

apa jua keadaan mendatang, 
kenang janjimu.. segala kata yang mahu dikota, 
kita sama-sama mahu bahagia..

untuk cinta hati, Muhd Shazwan bt Shapiey..
im losing my words with you.. speechless.
i love you.. to the moon and back.

Ya, cinta Allah itu utama. Kejarlah cinta Dia, di situ kau temui juga cinta sesama manusia.




Saturday 19 April 2014

Another part of life

Assalamualaikum.

ditinggalkan terkapai-kapai di hostel pada wiken memang tak best ye. walaupun assignment masih banyak yang tertunggak, still rasa terkapai-kapai. gimanaaaaaa -____-
ada pakwe pon pakwe bizi sampai rasa, eh aku ada pakwe ke ? haa gitew. kecik hati pakwe kita wkwkwkwk

maka setelah berhempas pulas belek timeline facebook, rasa bosan. lalu teringin pulak nak menghasilkan satu entri. satu cukup lah kan, sehari 10 entri sapa je nak baca ? baca buku malas, nak baca belog rajin. pang nak ?

sedar tak sedar, sekarang ni aku dah berada di tahun 2 unikl business school. cewah nama penuh. dah sem 4 kakak di sini. dah rasa jerih payah jalan kaki ke kampus, dah rasa penat siang malam hadap kerja sekolah, dah rasa macam mana kena marah dgn lecturer. dah rasa betapa heavennya kelas kensel. dah rasa betapa menyampahnya kena ganti kelas hari sabtu. sabtu kot weh! eh macam-macam la rasanya. rasa nak berenti balik kampung menikah pon ada gak ye! tapi ye lah kan, kadang kadang memang rasa mecam tu. rasa tak larat je nak habiskan degree ni. degree ke diploma ke sijil kemahiran ke, sama jugak perasaan. tahap belajar je yang berbeza dannnnnn cara kita menghadapi tekanan tu macam mana.

2 tahun kat tempat orang, hidup sendiri-sendiri, sendiri means bukan tak berkawan dgn orang pulak. sendiri tu kita je berhak kat diri sendiri. nak buat apa benda pon kena refer kat diri sendiri, family cuma sebagai sumber sokongan. alaaa rindu pulak dekat makbah along abang dgn nur muhammad, dan kucing2 peliharaan..

ada lagi 2 tahun, jadi haruslah kuatkan semangat.. semangat yang kadang-kadang datang macam angin lalu. sekejap kencang, sekejap mendayu. part mendayu tu semua orang rasa ah macam mana kan ? macam nak menangis . bukan macam, termenangis pon penah. tskkkkk *sebak*

dah la, layan syahdu je tak best gak kan.

mana mood nak buat esaimen aku ni, menjelmalahh dikauuuuuuu! duduk ternganga sorang-sorang ni tak ada mood pulak nak tunjukkan kerajinan paras dada haha.

oklah, dari tak ada update langsung pasal diri sendiri. enjoyyyyyyy *sambil buat mulut*

bye

Friday 18 April 2014

saya ada kucing !

Assalamualaikum.

hai you olssssss, lamanya i tak hapdet belog ni. hmm usang dah. bukan selalu memang usang ke ? okay :'(

pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, marilah kita bercerita tentang makhluk kesayangan Rasulullah, iaitu kucing. eeeee comelnya kucing. untuk pengetahuan semua. saya memang seorang yang gemar kucing .
gemar ? macam aku jadikan kucing sebagai makanan kegemaran je kan ? haha! gua seorang Vegan yang makan daun sayur saja. batang kangkung ke batang sawi ke tak makan. itu digelar sebagai Vegan Kepala Bana.

tak perlu rasanya aku cerita pasal kucing2 aku yang dulu, sedih angat ! tragis woi depa mati. mengundang air mata mengalir bercucuran kalau aku cerita. tak cukup dengan tu, 2 3 hari pon tak boleh hilang sedih tu (k hiperbola melampau)

mari dengar cerita kucing aku yang gemok comel sombong angkuh dan boleh bikin lu orang jatuh hati. kekekek puji-pujian mestilah untuk kucing sendiri wakakakaka

***selepas melantak nasik di kafe, jadi mari sambung cerita..

My baby booo eww eww ni sebenarnya bukan lah kucing yang yang dibela sejak dari anak-anak lagi. (bela dari tua bangka) beliau bukan lah kucing aku pon wakakaka. aku beghebut dengan budak kampung aku sebab nak bela. biarpon budak tu baru berusia 11 tahun wkwkwkwkwk itulah yang dikatakan semangat juang yang tinggi!



Introducing my lovely kittehhhh (still a kitty sebab tak sampai setahun lagi, obesity cat kot)! Snowball atau nama kampungnya Cimok (pure betul nama kampung). sebenarnya aku lah yang beria-ia letak nama Snowball, bagi glamer sikit. yelah kan, kata kucing Siam. nama peh, tak style langsung dgn bulu bulu meriahnya itu. aku sorang je kot dalam rumah panggil dia Snowball, last2 terpanggil jugak Cimok. Dia pun suka nama Cimok tu sebab whenever we call dia Cimok, mesti dia pandang sambil buat muka angkuh. rawrrrrrr i wanna bite you kittehhh! dan bila aku panggil dia Snowball, dia akan pandang sambil berkata' dahell Snowball? Im not even white!' begitulah aku describe cara pandangan beliau wakakaka pandai betul tuan Cimok ini translate kata-kata. dah la Cimok ni speking Siam haha!

mula-mula datang rumah, aku kurung dalam sangkar. sangkar kecik, kehhjam sangat kucing gemok kurung dalam sangkar kecik. tapi nak buat macam mana, takdalah kecik sangat, muat2 je cuma tak boleh la beliau berlari-lari anak dalam tu -,- kenapa kurung ? sebab dalam rumah aku ada lagi 2 ekor makhluk berbulu jugak. takmau lah nanti bergaduh sampai terkeluar2 bulu, tak hensem la der! lagi pon si gemok ni jantan. kucing jantan sama kucing jantan ada perangai tak helok ye. kerja nak bercakar. kalau ada pesen kucing pondan, agaknya tak bergaduh la kot, tapi pondan2 sekarang tidak boleh diberi muka. 

setelah biasa dengan keadaan rumah tangga yang gegak gempita pada waktu maghrib, maka Si gemok pon diberi peluang untuk bebas dari kekangan sangkarnya itu. dia hidup bahagia bersama seekor puteri raja! penerimaan dari dua ekor bulu lain tu so far agak baik. kadang2 tu terkeluar jugak taring. ehh claws.

maka hiduplah beliau dalam rumah aku sampai sekarang.. tak banyak kerenah, senang jaga. malam2 pon tak meragam wkwkwkwk

mari kita lihat pulak ciri-ciri seekor kucing siam yang hensem macam Hero Siam. wew!

1. Berbulu oren kecoklatan
2. muka tak manis langsung walaupun diberi makan Whiskas 1.5KG harga RM17.50!
3. he dont eat fish or even nasik! dasar kucing belagak.. patutlah mula-mula aku bagi nasik dia usya slek je. pfft
4. takut lelaki bermisai\ berjambang. (abah dengan abang selalu mengusik beliau hingga lari lintang pukang meninggalkan whiskas. wak doyok pon beliau rasa Wak Doyok seorang yg creepy -_____-
5. tidak suka budak kecik yang suka uli-uli beliau hingga penyek. 
6. kalau mandikan dia, jadi good boy sangat. diam je. ee geram!
7. tak suka orang dukung dia. big boy mestilah malu kalau didukung dikhalayak umum wakakaka
8. sukakan anak ayam kecik comel loteh . habis anak ayam jadi mangsa serangan hendap beliau ye. sampai mak gua mengamuk nak buang ke market. tskk :'(
9. suka tidoq. 
10. jarang mengiau kecuali ekornya dipijak
11. tak suka bulu dan ekornya dipegang-pegang. kalau pegang siap la, berbirat la kena cakau! kena pujuk2 baru dapat pegang. muka mafia tapi manja. hehehe 
12. entah.. dark side dia belum keluar lagi. 


itu sahaja. 

sesiapa yang sukakan kucing, yay! geng. lelaki yang suka kucing ni memang aku tabik aaaaaaa. terserlah sifat penyayang tu. bikin cair. 

dan juga, sayangilah makhluk kesayangan nabi ni. bela kucing ni murah rejeki tau.. sebab orang kata dia selalu mendoakan kita. 

bye




Friday 14 February 2014

celaru. cerita satu hari sahaja.

 Hari tu, macam biasa.. kalau tiada apa di rumah, aku hanya ralit melayan jiwa tengok movie, AADC. bagi bukan seorang peminat sinetron malah membenci, ini adalah satu-satunya karya Indon yang aku tengok berulang kali. karya yg punya isi kata aku. ringan tapi menyentuh hati. pehh sudahlah.. kau tidak mahu dilihat jiwang dgn menonton AADC tetapi melayan pop punk pada malam hari setiap kali sebelum tidur. ahh aku selalu menipu diri sendiri. tipu diri sendiri lagi baik daripada engkau pergi bercerita havoc menipu orang kan ?
entah dari mana havoc ini muncul, nampak sangat aku juga jenis sapot musik lokal yang kosong. sesetengah orang kata Mayday Parade kesayanganku juga nyanyi musik kosong. peduli apa gua suka Derek Sanders dan geng-geng beliau yang pakai wristband berselirat tapi still macho bergaya. cair hati aku. buat video cover macam haram pon boleh cecah ribu riban punya view. nak harap video cover budak2 lokal ? nyanyi background katil bilik je. lepas tu pumpang suruh kembangkan industri. what the hell ? indie2 band kesayangan aku terkecuali ya. muah.

      Bergaduh lagi dengan diri sendiri. hidup ini adalah sebuah perjalanan yang singkat. maharaja lawak mana cakap hidup ini sangat panjang ? celaka apa. hari ini kau sedut asap esok kau boleh mati tak pon malam ni boleh jalan ke kubur. sarkastik sangat aku perli smokers. padahal bagi aku smokers ialah seorang yang misteri. lihat sahaja hero hollywood, mana ada yang tak hisap rokok. ya, lelaki misteri ialah lelaki pilihan. hukhukhuk bukanlah yang seorang 24/7 hapdet status kat facebook apa yang kau buat satu hari. ah bosan sebegitu. aku nak yang misteri. misteri yang bila mana aku bercakap dengan dia, aku rasa ada something surprise yang aku perlu ambik tahu tapi dia tak cuba ungkap. gila kau tu misteri sangat hahahaha

   Jalan lagi. orang juga angkuh berkata dunia ini kau diberi banyak pilihan. ah lagi menipu. pilihan apa kau ada ? bagitau aku apa yang banyak. Bagi aku hidup ini ada dua pilihan, satu syurga satu neraka. Hidup berdasarkan falsafah yang aku cari sendiri tapi still berlandaskan iman. rockers hempuk gitar mana pon kau, mestilah ada iman. tak ada banyak sikit pon jadi lah. atleast tahu mengucap. yang lain, kan aku sudah bagitau kau ada 2 pilihan. kalau aku ulang lagi pasal pilihan, memang artikel ini takkan habis dan alih2 aku jemu.

satu hari itu, banyak juga yang aku fikir. pasal dunia, pasal hidup, pasal semua yang aku nampak. bongkak sangat kalau aku cakap, masa aku dihabiskan dengan berfikir. lihat sekeliling, sesak mesak jiwa. bukan apa, kerajaan sudah cakap, kalau kau tak suka, boleh keluar dari Malaysia. biar kerajaan hidup dengan Bangla Nepal Myanmar. betul sangat orang kata Malaysia punya banyak bangsa. haramjadah. polis tak buat kerja ke ? kalau kau marah ke polis sebegitu, tak kurang jugak kau akan dapat sepinggan kata nasihat berupa pakej maki hamun 'warganegara tipikal'. itu orang geng Najib dengan Anwar yang bergaduh. bergaduhlah.. sedup asap dan hembus.

macam aku baik sangat cakap macam ni, adalah tu yang cakap aku kerek. biasalah, kalau tok guru pon orang bleh maki.. apatah lagi orang biasa macam aku. sudahlah hanya tahu bercakap, duduk dan menaip tapi ada hati mahu mengubah dunia. bercinta pulak failed separuh jalan.. jangan mimpi.

nanti aku sambung.. aku blur.

**baca dengan penuh emosi ya..

terima kasih