Friday 28 June 2013

Pengemis.

Assalamualaikum

pagi tadi lepas kelas aku pon teman lah si atun ni ke Masjid Jamek untuk membeli buku Law (naseb baek lah Atun jenis tak kerek nak beli buku kat Kinokuniya ke hape kan). masih awal untuk bershopping raya dan elaun pihak Mara pon tak nampak bayang lagi, maka teman sahajalah yang mampu aku buat wkwkwkwkwkw. aku ni bukan suka sangat pon p tempat orang ramai macam nak gila tu. aku cepat rimas. lagi pon badan dah penat, dengan orang ramai lagi mestilah aku pon rasa nak balik panjat katil dan tidur.

aku hanya mengikut Atun tanpa banyak soal dengan menggalas beg dan tergantung di leher matrix card. tengok baju raya, tengok tudung, tengok beg tengok bangla. pokoknya aku tengok2 je la. sedang berjalan2 tu tiba2 adalah dua orang kanak-kanak bangsa apa, tapi muka macam Indian sikit tetapi bertudung dan si abang mungkin, berkopiah. punya laju di lari untuk menghulurkan buku kecil yang ada ayat Al-Quran tu kat aku dengan Atun. termengah2 adik beradik tu maybe sebab terkejar2 orang yang ramai kat situ. Yang pasti kalau ambik tu mestilah kena bayar kan. So disebabkan terkejut, tangan sampai menggigil . Atun dan aku hanya memandang sepi kanak-kanak malang tersebut. Angguk tak geleng pon tak (weh! aku dengan Atun tengah sengkek gila kot hujung bulan kahkahkah) Atun berhenti sambil cakap, aku kesian la weh budak2 tu tapi aku takdak duit. aku diam sebab speechless. tanpa aku sedar aku tengah pegang lengan Atun kuat gila kot hahahahahaha (suey ah habih ah kantoi dengan Atun aku ni keras) atun! aku konfem takkan datang Masjid Jamek ni seorang diri!

bila dah dapat semangat, aku pon cakap dekat Atun. Atun. . adik2 kita masa ni tengah bersekolah. tapi depa tu hmmm.

boleh dikatakan kat kl ni lubuk emas untuk peminta sedekah. peminta sedekah ni datang dari serata alam. kadang2 aku takut tau peminta sedekah ni. bukan sedikit jumlah mereka. tsssskkk yang banyaknya orang tua, orang yang kurang upaya. serius, kesian :/ ada yang bawak anak kecik. ada kot kalau hampa perasan jalan shortcut nak ke Pavi masuk ikot Giant Sungei Wang tu ada ibu yang anak dia 3 orang mintak sedekah. Masa tu aku lalu tengah hujan ikot situ. maka terjadilah drama swasta aku dengan Encik Pakwe (maksud saya bekas pakwe)

aku ; awak, takkan lah kerajaan Malaysia, JKM dan semua jenis badan kebajikan takdak usaha nak kurangkan jumlah peminta sedekah ni ? tolong bagi duit sikit untuk survive ke ?

encik pakwe ; dah mula dahhhh soalan dia ni. Malaysia ni awak, kaya sangat. kaya lah jika nak compare dengan negara Asian yang lain kecuali Singapore. bila awak tengok rumah menteri kita, wakil rakyat kita, awak rasa dorang semua tu nampak tak rakyat sedang mengemis di negara sendiri ?

aku ; saya taknak main politik dalam hal ni okk. u just answer me mengikut pandangan awak je ok.

encik pakwe ; yelah. jawab salah tak jawab membebel aku taknak layan dia.

aku ; @#$%^&*()

perlu ke kita kaitkan politik dalam hal ni ? ataupon kita nak lihat sebanyak mana rakyat Malaysia ni suka bersedekah ? ataupon ramai pengemis yang prefer untuk mengemis sebab sehari boleh collect 2 3 4 rat kot hujung minggu.

sumber dari DBKL bila serbu area dekat Bukit Bintang tu. gila engkau kan 2 3 4 rat.

dan bagaimana pula pengemis like di Facebook ? kehkehkeh

bye

Saturday 22 June 2013

Bagaimana menghadapi rasa perit dengan cara yang sangat 'cool'?

Assalamualaikum

hai! aku dah kat kl ni. start short sem. hokay, first week memang la layu lagi kan. aku pon macam tak bersemangat langsung. mood berterbangan. dalam kelas pon asek berangan. tengok klcc teringat tengok bas rapid teringat. haihh so aku stopkan aktiviti merayau ke tempat2 yang boleh mengimbau kenangan. hahahaahaha apahal macam bodo gila statement ni!

hm setelah menghadapi saat sukar sebelum ni, i made it everyone! i am me again!

sampai membawa diri ke Pahang sebab stress melampau. aku p sensorang kot hahaha. lepas ni nak p Johor lak ah. dah okay, semangat baru. dunia baru. yeah semua baru. dah rasa lain bila berhadapan dengan orang-orang yang tahu the story. depa kesiankan aku . jangan la kesiankan aku, nanti aku nanges cemanaaaaa. jangan okk. hurm :/

ramai berkata, baguslah ditinggalkan. ada lebih baik menanti. tak kurang jugak berkata, padan la mukaa. perangai tak elok mana orang nak. hahaha okay. tak salahkan sapa pon. biar lah, tengok diri sendiri sudah. orang yang melihat diri sendiri apabila terjadi sesuatu perkara ialah orang yang akan berjaya . see, aku dah berjaya lalui. sebab kalau tak diri kita ni yang salah, takkan la nak jadi semua tu kan.
berhentilah menyalahkan orang lain. apa yang kita buat, akarnya datang daripada diri sendiri, bukan orang lain pon.

terima kasih sahabat yang tak putus2 bagi semangat. yang suka buat lawak bila aku jerit, 'weyyyy aku sedih niii!' yang suka suruh aku tukar lagu bila aku layan jiwa. you guys rawks! yang selalu pesan suruh aku wake up, aku kuat, aku boleh. aku taktau nak cakap cemana. serius aku terharu dengan sokongan2 camtu.

Alhamdulillah, ketenangan sebenar datang bila kita bersujud pada Dia. Kekuatan dalaman tu tak dapat dekat mana2 selain dalam solat. Solat la bila susah atau senang. Sesiapa yang menjaga solat, nescaya Allah akan menjagamu. dalam apa jua keadaan, solat adalah perkara utama. nak lihat manusia bermasalah, lihat bila dia meninggalkan solat. selerakkkkkkk

ermmmmm, tu je kot. nanti update lagi okay.

bye

Wednesday 12 June 2013

sedih sebak serius dan sedikit lawak.

Assalamualaikum semuaa!

yeay! setelah mengharungi pahit getir selama sebulan, maka dengan ini saya mengisytiharkannnnnnn
'TONGKAT ALI ADALAH KHAZANAH KITAA!' sepp sikit kakakakaka
okok sorry kita serius

you know what peoples. . i go speechless bila bercakap soal hati dan perasaan. tapi aku sendiri mudah nak luahkan bila menulis. apa saja yang aku tulis pasal perasaan itu sebenarnya dari hati. bila bercakap aku akan lebih kepada loyar buruk dan melawak macam bangang.

bagi teman2 rapat yang tak putus2 bagi semangat dkt kite, (teman2 jadah apa sorang je kot) Cik Awek Orang aka HajarulAswad atau nama penoh beliau Nur Syariena Hajar Bt Mansor. merupakan teman aku selama berbulan2 (2 tahun pakat dok buat belagak) ni tapi baru-baru beliau menunjukkan bahawa beliau sangat gila dan mereng nak mampos.
untuk bukti yang sahih, kalau berwassap dengan beliau, pastilah aku tergolek2 gelak sebab lawak yang sangat bangang. kadang2 macam bodoh gak tapi yeah! she motivated me alot wakakakaka nak reyau ah ceni

sampai sekarang we still kontek2 dok bercerita kisah hidup masing2 yang penuh ranjau berliku. sakit kot! tiap2 malam aku wassap sampai aku tanya kat diri sendiri, aku ni straight ka kona sket ? kakakaka lawak

dalam perhubungan Allah tidak merancang semuanya harus berakhir dengan happy ending. ok itu fairytale. lu orang cakap ah fairytale mana ada tak happy ending. tu semua rekaan duniawi. hakikat sebenar yang aku lalui, penuh ayaq mata ohh wahwahh drama sangat. berdoalah pada Dia untuk sebuah hubungan yang berpanjangan dan berkekalan.

aku pernah menangis untuk menjadi yang terbaik at the end aku gagal. aku berusaha untuk orang lain., aku juga gagal. yang pada mulanya nampak gah tetapi akhirnya sia-sia. aku cuba menyempurnakan keadaan tetapi aku gagal. yang aku lulus, aku boleh ketawa walaupun masa tu dok lap air mata kat pipi.
kadang2 aku menyesal untuk dunia lepas yang baru sahaja aku tinggalkan. perit nak terima hakikat, pedih hati nak tanggung apa yang depan mata. semua yang jadi buat aku lemah selemahnya.

aku jugak bodoh, masih mengharapkan sesuatu yang telah musnah berkecai. harapan tipis aku serahkan pada Dia. Dia Maha Merancang. Dan rancangan Dia adalah sebaik-baik perancangan. Doakan aku tabah kawan-kawan. . :'(

Sekarang aku sedang menerima ujian ataupun sedang menghadapi hukuman. Aku sendiri taktau sebab aku takboleh nak fokus tentang perasaan. celaru.

dont do stupid things when you're upset. because you upset temporary.

setiap hari yang aku buat, crying crying sampai penat. tipulah kalau aku cakap aku tak nangis kan. .
this is the worst thing ever happened to me. berat turun mendadak, i dont eat something good to my body masa dilanda kekecewaan sebab melayan sedih sangat. stupid me menyeksa diri. but those yang lalui keadaan macam ni, awak akan faham and it taking time to fully recover. taktahu sampai bila, mohon pada Allah dipermudahkan jalan dan diberi ketabahan.

bila sorang2, aku mesti fikir teruk-teruk dan tiba2 nangis. ok nangis nangis sampai aku rasa nak penampaq diri sendiri. kalaulah aku boleh sekat ayaq mata ni. . memang aku dah buat. well, awak semua tahu kan. . saya menangis bila betul-betul sakit. selagi boleh tahan saya akan tahan. pastilah ujian ini aku tak boleh tahan lagi yedak ?

untuk 2 hari, aku dah berhenti nangis walaupun rasa sebak angatttt. ada perkembangan kan ? hehe
maybe kilang air mata aku sudah mengalami komplikasi kot.

aku tahu berat mana pon ujian, aku kena hadapi jugak hidup aku sehari-hari. mana aku nak lari lagi kan. .
perit mana pon dalam hati, apa lagi yang boleh aku buat. solat baca al quran tenang sikit lepas tu aku tidoq. bangun rasa sedih lagi, cepat-cepat istighfar sebab takut nangis lagi hehehe
aku baca buku motivasi, aku pesan dekat diri aku to be strong, aku muhasabah diri. Cik awek, the reason why i always sleep sleep is. . (sila sambung)

kalau sebelum ni aku yang motivated orang sebab cita-cita untuk menjadi seorang Motivator. sapa je aku tak pernah nasihat untuk segenap hal. . sebab aku rasa aku boleh handle masalah orang lain. tapi bila jadi dekat aku, hambik! terus aku down to the max. aku rasa aku patut tukaq cita-cita jadi Accountant. sebab lecturer aku cakap Accountant is lifelessss. what the! kutuk dak akaun mana bolehhh!

jujur dari hati, ini kali pertama aku rasa kecewa sebegini rupa, aku tak pernah masuk dalam dunia yang sebenar sebab sebelum ni aku tak pernah serius tentang perasaan. buat macam biasa, rilex2 kawan takdak hal yang ditekankan pon. betulah orang cakap past is a lesson and present you'll apply the lessons. padanlah aku rasa macam ni, aku ditinggalkan dalam dunia yang aku tak pernah lalui sebelum ni. i am all alone cari jalan keluar untuk semua ni.

untuk ke arah hidup yang lebih baik, i must fight. ujian allah bukan untuk melemahkan hamba-Nya. Alhamdulilah ya allah, i still breathing. aku masih bangun bersujud pada dia awal pagi. Dia saja tahu apa yang aku tak tahu.

untuk semua yang memberi semangat, terima kasih. life must go on , remember ? buat masa sekrang aku tak dengaq lagu sedih sebab aku rasa nak meroyan bila denga lagu sedih lagi-lagi lagu Sheila On Seven. sedih nokhorommmmmmm lagu SO7. aku benci tauuu huwaaaaa

fokus dekat study sebab i must pass 3.75 untuk MARA support ke Master. *verangan is my middle name ok* padahal baru nak masuk tahun kedua weee. im the second year student! call me senior bebehhhh!

good bye loves, hard to say that. . but itu sudah ditentukan.
good bye past, future, . im ready to go