Thursday 25 October 2012

Just go with the flow

Assalamualaikum

mood raya ? ehehehe me too . tak mau raya kat kl, nak balik alor setaq jugak sat lagi . :)) tengok tiket yang mana ada, rembat je . bas sekolah ke, bas kilang rempah ke naik je lah . hari apa pon tak kesah janji balik .

well, anda tahu sistem pembelajaran di U tidak sama langsung dengan apa yang ada di sekolah . memang la kan, dah nama pon U . banyak bezanya . di sekolah lebih mudah, lebih praktikal, disiplin. tudung engkau singkat2 ni memang sakit la kena tuju dengan ustazah . kalau di U selagi dianggap sopan oleh HEM, pakai sajee . takdak orang nak tegur lu banyak2. suka hati engkau
kalau di sekolah, tak siap homework, sakit jugak kena membebel dengan cikgu, bukan engkau sorang . kalau sorang tak buat keja sekolah habis satu kelas kena bebel . memang cari nahas ! kat U kalau engkau tak buat assignments, padan la muka engkau kan . sikit la markah final exam nanti . paling teruk loan mara kena tarik, berenti la jwb dia.  tu masalah engkau, lecturer peduli hapa . bukan ada pengetua nak marah dia pongg . tapi bukan semua lecturer tak ambik peduli . ada gak sorang dua yang ambik berat . sebelum start kelas dia bagi kata-kata semangat . macam lecturer Management Accounting aku . sejam bagi motivasi, sampai tersengguk-sengguk aku tahan ngantok . dengaq je laa. . penat bebel dia berenti .

mula-mula tu aku kelam kabut, aku rasa dah mula hilang mood . rasa macam eh apa ni ? serabutlah! tapi bila dah nak habis sem 1 ni mula sedaq diri dah . kat sini nobody cant help me . semua kena buat sendiri . kalau aku tak buat, lantak aku la kan . kalau kat bilik asyik fb-ing je memanjang takdak sapa nak tegur ang suruh study . kena sedar sendiri lah beb . semua orang bukak buku, kita sorang2 je baca 9gag . cam bangang tak ?
mau tau mau ambik jugak buku atas kepala, bukak dan buat . nak hipokrit boleh, tapi sampai bila ye dak ?
engkau mesti penat kan berpura-pura ?

aku tengah biasakan diri sekarang . dulu mummy pesan, kalau nak g mana2 ajak kawan . untuk tidak menyusahkan kawan lain, atau tidak mahu dianggap leceh . aku p sorang2 . tawakal, doa ibu bersama aku, dan Allah bersama aku juga . :) takut memang takut, tapi nak buat camana ye dak ? im twenty you know .
balik jalan kaki dari LRT Bangsar sorang2 sampai ke hostel sebab taknak ikot kawan g shopping kat Masjid Jamek .wakaka gila engkau. . sampai hostel menggigil .

biasakan diri dengan orang sekeliling, walaupun aku tak rapat dengan semua budak2 kat hostel ni . tapi aku rapat dengan budak2 kelas aku . hihihi depa ni tak kurang pon cam budak2 Pra U 2A . they were shoo comelsssss !

sekarang ini, aku tengah try untuk hidup sendiri . yeah, i have to . tak boleh nak harapkan orang . lepaskan yang mana bukan milik aku . tamatkan cerita yang aku tak mahu habiskan jalan ceritanya .

cerita tamat :)

satu cerita epic, memang aku takkan gemok ke apa ? =='



Friday 19 October 2012

Pilihlah saya untuk dipimpin :')

Assalamualaikum

hujan . sejuk . masih belum mandi . masih memikirkan apa aku akan jadi pada hari ini . semalam bertekad mahu setelkan business math, bila bangun rasa malas . malam nanti lah buat . pagi2 cuti ni takyah spoiled nak buat math sangat la kan . semalam jugak mahu berubah, jadi lebih baik . penuh harapan. .

perubahan bukan berlaku dalam sekelip mata . perubahan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit . tanpa paksaan . ikhlas . yang utama, perubahan ke jalan Allah SWT . sebagai muslim, tujuan utama hidup adalah mahu jadi hambanya yang lebih bertaqwa . hm tapi pagi tadi solat subuh pukul 7 lebih . ingat nak solat dhuha dgn solat hajat . tapi terlajak bangun lepas tu rasa malas nak mandi . takkan nak solat tak mandi ? jumpa pakwe nak melawa . nak jumpa tuhan sendiri ala kadar je ?

siapa kata saya tak mahu berubah ? mahu jadi muslimah terbaik , mahu jadi anak solehah, mahu jadi isteri yang terbaik untuk suami satu hari nanti . stended la umoq 20 cerita pasal kawen haha . k serius
saya mahu berubah, mahu berubah secara total . secara logiknya, mesti orang akan cakap . nak tunggu matahari naik blah barat baru nak taubat ke ? pedas menusuk .
saya tidak mahu perubahan yang seketika . mahu berubah sepenuhnya, seperti tidak mahu orang mengenali saya yang lepas .

orang jugak akan bercakap, sembang serupa cukup kebal iman didada tapi tutup aurat pon tak sempurna lagi . baiklah, saya mengaku masih kurang dalam ilmu agama . masih membuka untuk pandangan umum . saya tidak mahu bertshirt dengan tudung, tak mahu berseluar jeans dengan tudung, saya tidak mahu bertudung dengan pakaian yang menampakkan susuk tubuh, saya tidak mahu digelar muslimah padahal gaya seorang muslimah bukanlah sebegitu . saya tidak mahu sekejap bertudung sekejap tak . g kelas bertudung, hang out bukak . realitinya saya begitu . masih keliru . celaru dengan identiti diri sendiri . setiap hari berdoa agar ditetapkan hati untuk berubah . nampaknya doa masih delay . saya ada berhutang dengan Allah .

saya tahu sekarang ibu mahu saya menjadi anak perempuannya yang solehah . Ibu mana boleh melihat anaknya berpakaian seperti, (paham-paham sudah la ) tapi doa seorang ibu hanya akan dimakbulkan bila saya sendiri yang bertekad mahu berubah . doa lah sebanyak mana, tanpa usaha daripada diri sendiri, tidak akan nampak kesannya . fakta .

saya mahu dipimpin, jadi yang lebih baik . kalau saya dipimpin dan perubahan itu mampu mengubah hidup saya sepenuhnya ke arah yang lebih baik, lebih dekat dengan cinta Allah SWT . pilih la saya untuk dipimpin . paksa saya jika perlu . kerana sekeras mana pun perempuan, dia sangat lemah dengan pujukan . itu saya . sangat lemah dengan pujukan . sangat

*****adaptasi dari sebuah cerita benar . cerita saya sendiri . jalan hidup saya . semuanya tentang saya .


Wednesday 17 October 2012

minggu-minggu sebelum final exam bermula

Assalamualaikum

hello friends . selepas entri yang berat2 , kali ni kita rilex-rilex hembus asap rokok if you merokok . haha aku tak kesah kalau lu orang nak merokok . but not infront of me . stended, bau asap rokok memeningkan kepala . dah la 2 minggu ni aku asyik sakit kepala . bila panas je kepala aku pening, sakit, dan seterusnya aku akan terbaring tertidur menahan sakit . masa tu aku ingat mummy .sebab bila aku sakit kepala, hanya mummy yang paham perasaan aku . sakit . sungguh . *tahan air mata

sekarang, musim assignment ke apa aku tak tahu la . sebab aku punya assignment berlambak . dah usik tapi takdak idea pulak . tambah dengan sakit kepala . serius, aku tak boleh buat apa . baring, tidur tahan sakit . bila bangun ok sikit, gagahkan diri nak buat . malas . lepas tu terbongkang aku bersembang kencang . hilang sakit . hahaha perangai

walaupun hati saya menangis, saya juga mampu tersenyum seolah2 tiada apa berlaku .
live while we're young bak kata One Direction


aku tak paham kenapa minggu2 nak sambut final exam ni,  banyak sangat esaimen . Ujian Allah . pasrah. redha . aku mahu berjaya . Alhamdulillah, lately ni sifat malas dah kurang . maybe sebab enviroment aku kot di mana semua orang sudah bizi belek buku, buat nota . get ready nak berperang . jadi aku pon takkan nak sembang sensorang . bukak buku and start menghafal .

aku curi sedikit masa nak update . aku mahu up to date dengan readers . eceh ! bajet gila . macam nak lempang pipi sendiri . lepas cuci baju nanti, nak buat esaimen marketing . setelah dibahagi2 tugas, aku kena buat tentang pricing, conclusion, dan work cited . nasib la si grupmate volunteer nak buat last edit . selamat huhuhi
selepas itu mahu slow2 buat esaimen Writing For Academic Purpose, research tentang Penderaan Seksual terhadap Kanak-Kanak . any idea ? dalam 10 grup yang buat research tentang tajuk masing2, hanya 2 grup sahaja tidak dicaj sebagai plagiarism . grup aku termasuk dalam grup yang kopipes dalam bahasa mudah . hahaha pemalas punya olang *oppa gangnam style
saat ini aku teringat, kalau time degree researchnya sebegini detail, master, phd ? i cant imagine that !

aku mahu siapkan semua kerana, mahu fokus untuk exam . nak score, nak dean list ! go ninis . i know you can do it .

selamat menyiapkan esaimen wahai sahabat . walaupun kita bergambar bagai mahu gila, tetapi hakikatnya dalam hati masing2 berperang dengan esaimen . padan muka kita kan ?

hebahan supaya meraih simpati semua, raya haji ni aku tak balik . sedih ?

untunglah budak2 yang dah stat cuti sem . jeles tahuuuuuuu ?
dan tidak kurang jugak, ramai yang pelik awat gaya tulisan aku pelik . sebabnyaaa. . aku ada blogwalking kat blog sapa ntah . she's soooooo relax . aku terpengaruh . you like it or not ?
bye !

Sunday 14 October 2012

Make Up By- Givenchy

Assalamualaikum

ceritanya simple mimple sahaja sebab aku malas tulih panjang-panjang pastu p merapu mana hala . nak tulih pasal mekap pastu cerita makan sushi sampai demam . oh tu sangat sakai . nampak sangat tekak melayu tak boleh jadi tekak jepun . bak kata Kiot, saka aku tak boleh makan makanan Jepunggg . tengokkk, dah terlajak

oklah, cerita dia aceni

Rabu lepas aku telah mengikut Kiot ke KLCC untuk mencari barang kahwennyaa . Bukan aku ye nak kawen dengan Kiot . bukan aku . Kiot akan berkahwen dengan orang lain wahahaha . nanti lah dia kawen aku jemput . ecehh dia kawen aku lak nak jemput dah apahal pulak kan ? baik lah . mesti orang cakap, barang kahwen pon g cari kat KLCC . Datuk Siti beli barang kawen kat Jalan Tar je . walaupun dibelanja semangkuk besar Tutti Fruiti aku masih boleh mengutuk bride-to-be . wakakaka naseb lah bawak yang mulut laser .

barang kawen tersebut hanyalah 2 set perfume terbaru Givenchy kot tak silap aku . wangi toksah sembang la, memang bau tahan 2 3 hari . tak pon seminggu ( cam tipu sangat tak ? ) hahaha . padahal time Kiot tengah pilih perfume aku melangut menikmati eskerem tanpa mengambil peduli . takkan aku lak nak g sibuk2 pilih barang kawen orang ? nampak sangat meroyan pastu Kiot bagi penampaq sedas .

disebabkan terlalu lama dak Kiot pilih perfume aku pon terpaksa la g menyebok . awat yang lama sangat ni oiiii ? beli perfume cam pilih ikan . yelaa2, orang nak kawen mestilah nak yang terbaik . kfine
maka aku pon mengambil kesempatan untuk test2 perfume Givenchy ni . nak harap aku beli ? hahaha sedih kot tak mampu . ambik bau pon jd lah kan

padah orang menyibuk hal rumahtangga orang ni ialah, aku telah dipaksa mekap oleh promoter Givenchy dan tentulah sekali dak Kiot yang memaksa aku untuk mekap supaya tak rugi wang beliau yang berharga tettttt membeli 2 set perfume laki bini hahahaha . maybe sebab depa ni tengok muka aku selebet je tak mekap kan . ok takpa, alah setakat test mekap tu apa lah sangat kan. .

nahhhhh ! ambik . 2 jam mekap . 2 jam jugak aku digelakkan oleh Kiot sebab selama aku keluar dengan beliau mana penah aku apply mekap .

amoi2 kat situ ; jahat eh boyfren you, dari td gelakkan you .
aku ; kalau boyfrren saya yang gelakkan memang nak mampos saya bagi penampar tau tak . :'( bila nak abes ni moi ? badan saya dah sakit la . kata mekap biasa je, ni dah berejam nih. . saya ngantok lah
amoi ; ni eyeshadow, blusher nak letak color apa ?
aku ; you je lah pilih, saya mana reti .

ok dah siap . weeeeeeeee ~

amoi ; muka you nampak lain la adik . you memang tak penah pakai mekap ke ?
aku ; lain ? ha'ah tak penah
amoi ; i ambik gambar you ok, nanti you bg number telefon dengan fb you ok
aku ; okay .dah siap eh . thankss

amoi ; eh blom lagi . you duduk sini dulu . nanti ada orang datang buat rambut .
aku ; apahal lagi nak buat rambut bagai ni ?

ntah kali ke berapa aku digelakkan oleh Kiot . muka dah masam sebab rambut kena gulung2 macam apa dah . cucuk sana sini, rasa cam tembus ke otak . sakit tau takkk !

amoi ; lepas ni ada orang panggil adik photoshoot tau ? dapat gambar 1 keping free .
aku ; yelaa2 free . kalau dah beli perfume sampai beratus tu kalau kena bayar memang #$*(^&*( la *dalam hati sebab nak ambik hati

dak Kiot gelak lagi sambil main Ipad beliau . ohh ! time ni aku rasa nak hempuk Ipad beliau menggambarkan bahawa aku tidak suka diperlakukan begini . aa ayat apa ni hahaha

setalah bertungkus lumus posing tetengah mall tu, akhirnya selesai .

nak tengok gambar ? satu je laaa eh

muka cam zombie
slack inai kat jari huhuhii
ekceli gambar lain time mekap aku tak ambik, takdak orang nak ambikkan . :( amoi tu cakap kalau nak softcopy gambar lain rm80 . oklah tak jadi . hahaha

i dont like make up make up ni okay . disebabkan tak berduit dan memang aku tak suka nak apply those things ni . semak

semalam

kiot ; patotnya ko ambik soft copy tu . agak2 dorang simpan lagi tak gambar ko ?
aku ; ha'ah yela, memang pon aku sorang ja kena ambik gambaq kat situ (-____-')

p/s ;selamat pengantin baru kawan ! eh awal lagi
p/s 2 ; menimbulkan rasa cemburu di hati Mr Danny . hoho sorry
byee


Tuesday 9 October 2012

Bukan susah pon nak jadi diri sendiri .

Assalamualaikum

hello there ! wkwkwk tetiba tulih bahasa inggeris pulak kan, buang tebiat ka apa haha . saja je weh .
dah masuk bulan seploh ni oi, bulan 11 final exam . huwaaa masa berlalu dengan begitu pantas . dean list menjadi tajuk utama padahal ulangkaji time nak quiz je blah aa niniss !
tak lama lagi nak raya pulak . hihi raya haji . boleh balik kampung . lama gila tak balik . rinduuuu umahhhhh .rindu pak gemok . rindu danial okbai

tajuk yang aku nak cakap ni ada waktu boleh bertumbuk ang dengan kawan sendiri, takpon kecik hati . tapi nak cakap gak, sebab dah membuak-buak nak cakap niii haa .

masalah kecelaruan identiti ni jadi bila kita datang tempat baru, lebih kurang cam culture shock la . yeah, kadang2 pon aku celaru . sikit2 nak sembang key ell padahal beranak kat kedah hahaha . it happen to me , eh tak, benda tu jadi kat sekeliling aku . bila ramai manusia berkumpul dari serata negari memang lah berlaku masalah bahasa . sorang kecek kelate, sorang kecek ganu, sorang kecek kedah, sorang key ell . mau tak serabut pala hotak . hakikatnya orang cakap bahasa uganda pon kita tetap akan paham cuma ambik masa sikit . tapi tu bukan bermakna kita perlu berubah semata-mata nak pahamkan orang lain or sedikit sentap, malu dengan identiti kita sendiri . wahhh !

seriously, aku bukan nak sembang aku ni perfect asyik nak mencari salah orang . bukan bukan macam tu . aku just pelik . nak cakap bahasa kedah ni pelik sangat sampai orang tak paham, aku rasa tak sebab kalau aku g shooping blah key ell tu aku bantai cakap kedah je pon . paham pulak salegirls tu haa . dengan dak danial aku cakap kedah piaw dia gelak macam orang gila ada aku ambik peduli ? paham je dia . cuma kalau aku cakap laju2 tu la danial cam menganga sikit . so kena la ulang dengan nada slow motion . kedah ni bila kita cakap laju2 ja orang tak berapa nak paham, kalau cakap lemah lembut tu orang paham . bahasa kedah bukan bahasa keling pon !

dalam kelas aku, eh ramai gak la dak kedah . boleh buat grup dak kedah unikl lagi haha . negeri lain pon ramai . tapi biasalah, kedah kan famous dengan bahasa dia yang pekat sikit cam, 'ayaq kelapa satu nyok lebih'. secara tidak langsung bila aku kena jawab soalan, tergagap-gagap gak la aku nak explain dalam bahasa kedahku ini hahahaha . tapi nak buat camana kalau sejak lahir orang keliling aku cakap kedah, tiba2 aku cakap key ell dengan abang aku , memang makan penampaq dua das la weh .

kalau orang alor setaq mai sembang key ell dengan aku kat kampus tu, aku rasa cam pelik gak la . apahal engkau malu nak cakap bahasa sendiri ? kalau ang nak guna pepatah dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung dengan aku silap la , aku balas balik, ang tu bagai kacang lupakan kulit hahahaha boleh ?
kemon guyss, bukan aku nak bangkang sangat truly kedah cakap key ell kat kampus . aku sedih sebab semata-mata nak setaraf dengan orang, ang lupa dari mana asal ang . bukan orang tak paham kalau ang sembang kedah . sekarang bukan macam dulu .

ada gak la dua tiga orang tegur aku, macam dak bilik . eh kek nis cakap pekat la kedah . wuwuwu malu 2 minit haha . aku cakap jujur, bahasa kedah ni best, lagipon dah 20 tahun hidup cakap kedah, tiba2 baru mai key ell 4 bulan dah sembang serupa dok berpuluh tahun . nak gelak pon ada dengaq orang kedah cakap key ell . bunyi cam siam ada jawa pon ada .

ingat ka benda ni jadi kat budak yang masih kecik ni ja, kat kampus aku which is semua budak degree pon jadi key ell celup . rasa nak tegur, tapi membe sendiri . so, act likes normal . lama-lama nanti depa sedaq la kot . kalau tak kena tegur dengan orang kedah sendiri . truly orang key ell yang akan tegur, dah kedah tu kedah jugak takyah nak key ell sangat . masa tu muka ang dah jadi kaler hijau kuning . caya cakap aku hahahahaha

membe2 aku yang dekat U lain pon siap update status lagi pasal orang key ell celup . maknanya benda camni berlaku di setiap tempat . sudah la tu eh. . jangan memalukan diri sendiri . kita tak boleh ubah asal kita pon kalau nak cakap key ell . ce ang balik kampung pastu g kedai cakap, ' pak cik, ni berape sekilo ? bungkus eh kat saye' aku berani bet, kalau ang tak kena perli, ang kena juih mulut dengan orang kampung wakakaka siyes tak bohong .

oklah, 
 Yakinkanlah diri sendiri
berjuang lah sejiwa murni
tekun berani sesungguh hati
demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan Hijau Kuning 
lambang kemegahan
jelapang padi tempat sanjungan
Negeri kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
walau sakit jatuh dan rebah
bangun lantas semula gagah
bujur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman Negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah. .
Negeri kuuuuuuuuuuuu !

bukak you tube, search ; bruce lee cakap kedah . dan gelak cam bangang