Sunday 23 September 2012

update lagi !

Assalamualaikum.

hari ni aku ter-blog walking pulak . haha sebab aku terjumpa sebuah blog yang mana owner dia hensem sangattt aaummm aummm . malas nak mentioned boleh tak ? sebab nanti habis peluang aku nak flirt dengan owner dia tu . takla takla dia da femes pon . so aku takmo la menunjukkan kesakaian aku sebab baru tau wujud blog tu . iskkkk

boleh pulak intro gitu ? boleh sajeeeee

aku rasa blog aku ni blog yang takdak arah tuju . main suka hati mak bapak aku je nak tulih apa . dah tu asyik cerita pasal hostel . sakai much much ah ! dan bila aku tengah menung sorang2 aku rasa cam nak tulih pasal travel travel pulak . bila pikir balik, celah mana aku g travel . setakat g menganga tengok wayang kat mall tu nama travel ke ? tak logik pulak . paling jauh aku travel pon kat Langkawi . nak travel g London dalam mimpi, peliknya tak penah pulak aku mimpi g London.

nak cerita pasal fesyen . aku bukan lah jenih pompuan yang kemaruk sangat fesyen, mekap apa semua tu . apahal kejam sangat ayat kemaruk tu haha . tak kena dengan gaya . setakat pakai jeans dgn tshirt tu apalah sangat, buat kena cemuh dengan viewers je . nak mekap ? g kelas pon kadang2 aku lupa nak pakai bedak, kalau hari kalut sangat sampai terlupa pakai deodorant kahkahkah naseb lah badan aku jenis air wick. tak bau . dan mengeluarkan bau yang wangi . bukti ? kawan2 aku mulut laser tak cakap apa pon bila aku kat sebelah (or depa ni nak jaga hati aku je ? nonono depa jujur) . see ? kadang2 kalau hari kalut aku tiba2 menjelma, terbangun lambat ke . baju tak sempat nak iron, aku sebat je g kelas pakai baju kurung tak ber-iron . lantak  . aku tak sempat, bukan sengaja . penah jugak aku g kelas tak sempat mandi . pergh gila . memang hari tu tak sempat sangat2 la . naseb kelas aku habis awal . nak tak aku cerita pasal fesyen2 ni ? haa tengok dah geleng takmau . takpa takpa

cerita hal kursus aku ? hmm lagi lah tak kena sebab sem satu ni aku main2 je . dalam kelas aku melangut sampai habis masa, lepas tu jangankan nak study, beg yang aku bawak g kelas pon tak bukak2 . nampak tak betapa malasnya aku ? serius kadang2 aku rasa nak berubah, nak dapat dean list bagai . dean list kejadah ? kalau buku pon tak penah buka . kalau hari ada test ke apa, baru aku terhegeh2 nak bukak, lepas tu tension sebab takboleh nak catch up . kalau orang ajak aku berjalan merayau, fuhh sepantas kilat aku pakai baju nak ikot . kan best kalau orang ajak aku buat discussion aku cepat je angguk . tak perlu menipu cakap pening dan sebagainya kahkah jahatnye sayew . sem 2 mungkin ? InsyaAllah .
lagipon macam tak best lak sebab aku bukan masok IPTA pon, masok UniKL je . nanti orang cakap, budak 10E pon boleh masok UniKL tu sebab private . hmmm hmmm teruk sangat ke aku tulih ni ?

nak cerita pasal love, pakwe, makwe ? lagi lah malasssssssssss . nak cerita tapi buat apa aku menggebangkan status hubungan yang tak tentu hala ni . sat gaduh putus, pastu rindu sambung balik . buat orang menyampah buat apa . ye dop ? likes sesetengah blog yang entri 1 sampai berapa entah semua dia cerita pasal pakwe/makwe dia . alahai, ce cerita kisah Nabi ke apa . bernafsu sikit aku nak baca . bukan nak menghina, mencaci cakap blog aku yang buruk ni best ke apa . just tak sesuai lah nak cerita hal cinta hampa tu bagi public puji wahhh sweetnyeee korang, untung la pakwe hensem blablabla . kemon lah weh !
. serius, bukan aku sorang nyampah . ramai . cehh nak cover ! hahaha

nak cerita pasal tempat makan . hmm setakat yang aku tau, tempat makan yang paling best aku penah masuk ialah hotel holiday villa kat alor setaq tu hahahaha tuh pon sebab ada jamuan alumni . makanan kat hotel bukan sedap mana pon, nama je gah . makan tak gah langsung . eh hang ni taktau bersyukur ke ninis ? kalau tak memang tak merasa nak makan kat hotel la . *nak nanges boleh ?
nak masuk Setabak macam tak mampu je, sebab dalam dompet ada duit singgit2, duit baru lak ada 2 3 keping . setakat tangkap gambaq makan kat kepsi, mekdi, foodcourt mid valley ? lagi teruk kena cemuh . lainlah kat Food Republic ke, restoran dalam The Gardens ke .lagi gempak dinner kat Mandarin Oriental ke baru lah boleh tangkap gambaq then upload dalam fb laju2 haha selalu buat kan ?

nak cerita pasal music ? nak cakap aku taksub sangat dengan k-pop ni tak jugak . tapi aku tau la fenomena oppa gangnam style tu, kl gangnam style tu . heyyyyyyy sexy ladyyyyyy ! op op op oppa gangnam style . serius lagu dia cam haram tapi best la . yang haram tu best, kalau tak takkan ramai suka buat benda yang haram ?
nak cakap aku minat kat retis ni tak jugak . sebab aku rasa kalau dia lalu sebelah aku pon aku tak perasan, sebab aku tak minat pon kat retis2 ni . tak kenal . Justin Bieber kenal . kau pahal ninis ?

nak review pasal wayang2 yang aku tengok . aku malas lak sebab aku tak kenal pelakon holywood sangat . eh semua orang kau tak kenal ni dah kenapa ?
aku malas nak google, aku malas nak tangkap gambaq . pokoknya bukan sahaja malas tapi jika dilihat pada akarnya pulak, memang aku sangat malas . boo me ! bukan tegar mana sangat aku ni . terlepas gak la filem2 yang digembar gemburkan best tapi aku tak tengok sebab takdak geng, takdak duit merupakan alasan yang paling sesuai aku rasa :))

nak letak gambaq setiap entri ? aku sedar yang belog aku ni kekurangan gambar-gambar . tapi tak kesah la . eh suka hati aku lah kan, ni blog aku . bukan aku ni takot kat kamera, tak reti berposing . eceh ! bajet . aku suka gila kot orang tangkap gambar aku . suka gila dan boleh jadi gila . tapi kadang2 je . kalau selalu maybe kawan aku dah bagi seketul pelempang sebab dia je selalu kena tangka gambar aku haha . kat fb pon aku malas nak upload gambaq . kalau upload pon 2 3 minit pastu aku delete sebab segan . segan orang tak like aku ratus2 kahkah sepak nak ?

so, ampa rasa aku patut bagi genre apa kat blog aku ? or ampa lebih suka santai likes suka hati aku je nak tulih pasai apa ?

byee, besok test Financial Accounting 1 . buku tak bukak lagi walaupon petang tadi bertekad bukan main nak study sungguh2 . kalah dengan nafsu .







masalah . review filem, dan habis setakat itu sahaja

Assalamualaikum

hyeeeee ! lamanyewww itew tak update kan. . padahal awal bulan hari tu dah update . jadi ah kan, bukan ada cerita sangat . alih2 cerita pasal kampus aku, muak orang baca . melihatkan kepada jumlah viewers yang meng-view-kan post2 aku takla ramai seperti Dr Blogger kita . but it is quite high you know for a merapu's blogger like me . kahkahkah macehhh awak semua ! biar jasa jadi kenangan . walaupon Kedah akan main untuk Prime League (bubuh bahasa inggeris sikit bagi nampak cam unsur wahhh wahhh) tapi itu tidak menghalang niat murni aku untuk berbelog . Kedah telah seri dgn ATM weh, maknanya team Kedah bukan team sayoqqqq . sila jaga mulut anda wahai keyboard warriors ! dan Manchester City telah tewas ke atas Real Madrid . kemon la City . aku rasa engkau menang musim lepas macam takdak makna je ponn . kemon laa ! real tu team pakwe gwa, jgn bagi gwa kalah bet . (-_____-') tiba-tiba City masok ni pahal kau ninis . bukan kau Arsenal ?
enough with bola ok

****awat asyik typing error je ni wehhh .

aku kat hostel ni, dah habis pon mid sem break . seminggu hmm hmmm aku bergegas-gegas balik awal sebab ada orang inform pasal kelas ganti, padahal harammmmmmmm . menyesal gwa serius gwa menyesal !
jadi aku pon melangau la menjadi langau kat dalam bilik ni . naseb lah mempunyai kawan yang berjiwa unta (unta suka jenjalan tak ?) . dia ajak aku merayau-rayau kat kl . pergh takkan aku nak tolak tuah ? takkan . huahahahaha *gelak cam haram

aku ada masalah sikit sekarang . aaa tapi semalam g MPH baca buku Dr Muhaya, jangan cakap 'aku ada masalah' tukar kepada ' aku ada ujian daripada Allah swt' . lebih manis dan bersemangat takk ?
yeahhh, ujian daripada Allah . ringan ringan pon sakit jugak weh . tapi takpa, kita kasik cool down dulu

bulan September ni menyaksikan banyak muka aku masok tengok wayang memperabih duit dak Kiot dan dak Danial . sound macam kaki kikis je kan ? hoho taklah . sampai hati engkau kan ? dah orang nak belanja, nak tolak rezeki ? hm hmmm nono . wait, tunggu duit Mara masuk then boleh la aku jadi baik hati dengan membalas budi pulak .

antara filem-filem yang best untuk ditonton ialah , ni best bagi aku lah kalau orang lain tak tahu la best ke tak .

1. The Expendables 2 - film aksi yang berkisar tentang sebuah kumpulan komando yang aksi bunuhnya sangat keterlaluan . time beli tiket kakak tu da cakap filem ni untuk 18 tahun ke atas je cik . ok kak, apa muka aku dan dak Kiot cam budak lepasan UPSR kah ?
untuk menggempakkan lagi cerita, aku tengok The Expendables 2 ni dua kali okkk . ulang DUA KALI .
sekali bersama dak Kiot dan sekali lagi bersama dak Danial . bersama dak Danial aku tengok separuh ja sebab 4 kali menguap lepas tu aku tidoq kahkahkah . bazir duit orang je engkau ni Ninissssss !
sebenarnya, aku tak tau pon cerita The Expendables yang mula-mula tu camana, alih2 g tengok wayang The Expendables 2 . wkwkwkwk

2. filem kedua ialah filem francais yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua gamers Resident Evil . Filem zombie ni merupakan filem feveret akuuuuuu sebab jalan ceita sangat bohong nak mampos dan tak berat kepala hotak cam Ombak Rindu kahkahkah . Resident Evil 5 Retribution . Kalau dulu si Alice lawan dengan sekor raksasa zombie yang bawak kapaq besaq nak mampos tu dengan Claire . sekuel kali ni Si Alice dan si amoi lawan dengan raksasa zombie yang sama, tapi 2 ekor . sangat awesome sebab zombie tersebut diletupkan dengan petrol . part paling menyedihkan, aku dan sahabat menonton filem ni di seat yang paling depan sekali kat GSC Mid Valley (-____-'') apakan daya, hanya itu tiket yang tinggal . seperti biasa, filem Resident Evil ni akan bersambung-sambung lah ye . so, kita tunggu tahun depan pulak .

helo sayang, aa saya dah nak balik ni . aa tak tak saya keluar dengan pompuan, saya tak curang . yaya okok bye love you :D *muntah
 lokasi ; tetengah jalan kat Mid Valley

3. filem ketiga, yang mana merupakan filem terakhir untuk aku tengok bagi bulan ini . Dredd . lokasinya ialah di Time Square Kuala Lumpur . bukan Time Square kat London ye (eh kat London eh ?)
filem ini agak best la, nak dibandingkan dengan Resident Evil, memang tak boleh tanding . Dredd is not bad . rugi la kalau tak tengok . mula tu aku ingat ni filem Masked Rider sebab Dredd punya kostum sebijik cam Masked Rider , cam Kamen Rider pon ada gak . Masked rider tak bunuh orang laaaaaa . Cam Ultraman ja bukan .
filem ni pon aku tengok separuh jugak sebab filem bunuh2 ni aku tak tahan sikit, ngeriii . setengah jam gak la tidoq dan sambung tengok balik buat cam panggung tu hostel aku :D
sapa rasa yang tak berapa lalu nak makan, takyah la terhegeh-hegeh nak tengok . bukan sahaja sedikit lucah malah aksi bunuhnya sangat sangattttt eeeee . alahh, lebih kurang bunuh cam Final Destination . bezanya ni orang bunuh orang, bukan pasal takdir . dak Kiot bawak aku tengok cerita lucahhhhh ? naseb panggung tu gelap, rasa cam nak tutup muka dengan helmet . bodonye  buat cerita gitu, malu la kiteee !

semalam time nak balik, nak g basement kat BB Plaza, boleh pulak blackout . gila . aku ingat rompakan bersenjata ke apa . dah la time tu kat atas eskalator and almost nak tersembam . disebabkan itu telah berlaku jammed angkara blackout , kereta pon berpusu-pusu keluaq . sapa ada kat situ semalam ?

tamat

Monday 3 September 2012

hm hmmm

Asslamualaikum.

wah wahh kemain lama aku tak update blog kan . adakah aku sedang busy dilamun cinta ? pergh memang tak la , takyah nak dilamun sangat la kan . sepak nak ninis ? haha

sudah masuk bulan ketiga aku dekat Ubis ni, sudah banyak shopping complex aku jejakkan kaki walaupun sekadar menganga tak beli satu habuk pon . mahal hokay . ada ke patut bawak aku g butik Coach, Burberry (tipu sangat yang ni haha). memang sampai mampos pon aku tak beli . perli aku la tu kan. . takpe aa, orang kampung cam aku mana ada duit bai, nak study pon terkapai2 . sedih aa aceni

dan sudah masuk minggu ketiga aku study Accounting kat sini . hmmm Accounting ? mulanya aku tak minat langsung, tapi disebabkan aku ni jenih mata duitan . aku dah gedik2 suka dekat Account . main duit ribu riban bai. . gila apa lu tak suka ? Unikl Business School is not bad la . okay je . menara gading sungguh sebab kelas je dah tingkat 13 . ==' **elerhh 13 je ponnnnnnn**

buku Account aku baru ada sebuah, tu pon bukan buku Account . Buku Marketing yang tak bayar lagi sebab lecturer suruh pay later . hikhikhik senak jugak la nak bayar tu kan .
tension kepala hotak, buku2 u tebal gila and mahal nak mampos . saing2 buku dak medic je aku rasa, takpon sama cam buku dak engineering . hmm hmmmm demi cita2 korban je la harta yang ada (walaupon takdek harta sesen ==')

sedaq tak sedaq jugakkk, lagi 2 minggu aku nak mid-term . bapak la kan. . celah mana aku nak study kalau hal mara tak selesai lagi ni . buku pon ada satu . nak harap paham Dr Dino yg Financial Acct tu memang takkan paham . dia tanya soalan, dia yang jawab . sekor2 haram tak berjawab . aku ? tunduk sampai habis kelas . tapi we ol suka tau kelas Dr Dino, masuk pukul 9.30 kadang2 pukul 10 dah boleh balik .
sem 1 boleh la camtu kan. . tunggu la naseb aku di kemudian hari .

disebabkan iman aku yang senipis kulit bawang ni, matlamat aku tergugat gak . nama pon study tetengah bandaraya metropolitan . sesak napas aku tau takkk. .


hmmm aku nak tulih apa benda ntah. . dah lupa . . . . . . . . .
nak balik Alor Setaq byee