Monday 30 December 2013

tulis blog

Assalamualaikum.

heh. takyah rindu aku dah sebab aku dah rajin sikit tulis blog. tengok baru semalam entri baru, hari ni ada lagi. tak rasa macam nak terajang aku eh ?

sepatutnya sekarang aku tengah menghafal nota-nota untuk exam aku besok. tapi kalau hang bukak laptop lepastu hafal nota, aku nak cakap hang menipu boleh tak ? ada orang terer multitasking, ada orang bebal macam aku memang tak terer langsung multitasking.

menulis bukanlah hobi aku sebenarnya, apatah lagi tulis blog. pegang pen pon aku dah rasa mengantuk. hobi aku? entahlah, aku jenis buat macam-macam. kalau aku rasa nak buat, aku buat. kalau aku rasa takmau buat, aku lebih suka baring main henpon, bukak google play, bukak instagram, bukak facebook segala macam social media di alam fana ni, sampai aku rasa erghhhhh! bosan. lepas tu aku ulang buat benda yang sama. yes, aku memang suka. dan aku jadikan hobi. buang masa ? memang. aku malas nak bantah.

disebabkan dari kecik mak aku dah beli buku untuk dibaca, sampai sekarang aku secara poyonya nak cakap, benda yang aku paling suka buat dalam hidup aku ialah M E M B A C A . paling poyo, aku suka baca buku berat2, politik, perang, senapang patah whtsoever hahaha. selain buku2 alternatif. ya, dulu aku lagi poyo baca novel cinta. lepastu aku meroyan kuat berangan nak rasa cinta macam dalam novel. padahal cinta like that never exist. gila apa buat benda yang tak realiti. gila. sejak aku sedar diri, aku siryes menentang keras novel cinta bagai nak mampus dan budaya kepop. da hel kepop. kepop dan novel cinta kalau boleh dihapuskan, gua join first line kalau ada orang nak buat demo. macam demo orang bantah harga barang naik esok kat Dataran. siryes.

sekarang bila aku masuk kedai buku, mph, kinokuniya, times, boarders apa jadah semua tu. kalau lalu dekat novel melayu, memang aku pejam mata rapat2. macam mana mereka boleh ada idea nak reka tajuk sebegitu ? lepas tu ada pulak orang ambik adapt jadi drama tv3 pukul 7. aku tak paham. siryes! alaa.. tv3 nama pon kan, bukan lu orang taktau perangai tv3. ke taktau lagi ? ah, malas nak cakap. p bukak Malaysian Insider, Malaysia Kini, Sinar Harian, apa semua.

sebab tu aku malas nak tulis blog ni haaaaa, dah merapu ke mana hala..

oklah bye




Sunday 29 December 2013

exam mode, on off

hai assalamualaikum.

eh wujud lagi ke blog aku kat alam maya ni kehkehkeh. ntah tergerak hati apakah yang membuatkan aku ke sini lagi. sorry lah boh, lama aku tak hapdet. aku.. ermm.. ntah.. banyak sangat alasan aku sampai dua ratus mukasurat blom tentu dapat menterjemahkan alasan aku yang sebenar. cukup la aku cakap, aku pergi mencari ketenangan diri. kahkahkah. aku serius ni woi!

sambil hapdet sambil dengar lagu melalak tak hengat ni, disebelah ni ada la sekeping dua nota exam aku. eleh bajet lebih. padahal bukan study sangat pon. biasalah, aku kalau fokus terlampau mulalah nak migrain. migrain aku agak teruklah jugak sampai satu tahap menggelupur. gila sakit. nak tercabut otak. ubat aku tak lain tak bukan ialah painkiller. yang aku rasa satu hari nanti aku jugak dibunuh oleh serial killer hahahaha. orang cakap tak baik sangat makan painkiller ni, tapi lu orang apa tau ? bila sakit je memang aku takleh tahan sangat dah. aku telan je. terus padam.

eh bestlah pulak lagu budak2 Punk Goes Pop ni (sorry gua tak layan lagu melayu versi putus cinta tahap nak mampus) . bajet.

kalau entri ni ada macam gaya nak bagi tips exam ke, memang tak ada lah ye. kalau nak tips boleh la pergi mintak kat hakak2 abang2 cemerlang gemilang di luar sana. aku hanyalah student kecil-kecilan yang diproduce oleh unikl. tak pernah dekan plak tu. quiz pon tunggang terbalek aku jawab. semalam siap bleh p melayan 47 Ronin padahal exam week kot. tu lah aku, tak sedar diri. tepu otak hadap notes. bila berdoa mau berjam2 kat sejadah padahal aku sendiri macam apa. harap doa mak aku, memang berbuih dah dia doakan aku, tapi kalau diri sendiri tak mau nak ke depan, aku jalani je lah minggu exam ni ala kadar.

disebabkan otak aku jenis lembab pakai window xp je, terpaksalah baca notes dua tiga kali, tanya senior sampai depa naik menyampah, tu pon baru paham sikit. apahal bebal sangat otak ni pon aku tak tau lah. banyak berangan mungkin ?

kadang-kadang mood nak rajin tu adalah, adalah jugak kan dari takdak langsung. tapi amatlah sedikit. dalam 24 jam sehari, mood rajin nak baca nota akademik tu hanyalah 2 jam. jadi dalam 2 jam tu la aku manfaatkan sepenuhnya (yaka?) sejam baca, setengah jam berangan, setengah jam terakhir muhasabah diri. tu la cara aku study yang paling bangang. sebab tu aku rasa tak boleh ke depan. macam lu orang tau, aku memang loser peringkat kebangsaan. biasalah.. ilmu dunia, penting di dunia je. ilmu akhirat ? tanya hati sendiri. kalau aku jawab leelbih karang mau makan hati sendiri plak aku kena damn kehkehkeh bukan kah Serbanistas (ustaz ustazah Google) di Google ni hebat-hebat belaka ?

jadi, dalam sibuk menguruskan hal ehwal duniawi exam week ni, jangan dilupa urusan kita dengan allah taala. engkau study sampai nak jahanam palahotak pon kalau solat maghrib pon tak buat, jangan harap nak jawab dengan tenang dan tawadduk. kalau engkau solat sampai lebam pon hubungan dengan orang lain tak jaga, redha allah tu tak kemana. ye, nak exam memang banyak pantang larang sebab nanti dalam dewan hanya diri kita dengan allah je. takdak orang boleh bantu nak jawab melainkan engkau jenis kaki lipat dalam dewan exam. tersilap lipat tergeliat la, walaupun aku macam tak berapa cerdik, aku tak pernah menipu dalam dewan exam. cuak ah! apahal orang lain bleh selamba badak je meniru? gila kental.

maka, sampai sini saja hujah aku untuk entri kali ini. doakan kejayaan aku. hiks. malu la plak nak taip camni. goodluck UniKL-ians, dan semua universiti swasta, mahupun hak milik kerajaan, universiti kolej, kolej mara, kolej swasta, sekolah pondok, tahfiz atau segala jenis lain yang bakal menghadapi penyiksaan intelektual, selamat berjaya aku ucapkan. dan pada diri sendiri, bacalah nota disebelah tu ye..

nanti ada masa, aku hapdet lagi.. kalau rindu hasil pembacaan aku, bawak bawaklah bersabar. kerana otak aku dah tak berapa nak btol skrg ni.

bye

mana2 student yang join Demo kat Dataran nanti, pandai-pandailah hidup woi! dalam berdemo, jaga diri. jihad ada banyak cara dan berjihadlah dalam cara yang betul dan diredhai. cewahh!