Saturday 28 July 2012

I love you, You love me .

Assalamualaikum.

wah wahh tajuk, geli2 ni nak kena penampaq ? haha , ingat nak taip entri ni besok tapi takot tak sempat, besok nak balik kl da . :( so kita taip hari ni saja lah . lebih praktikal kalau buat keja tak delay . sejak bila aku dapat hidayah tak suka bertangguh keja ni ?

ok tajuk tu mesti lah bercerita pasal love love jugak . ah tipu la kalau cakap tak suka love2 ni . aku pon suka wkwkwkwk gedik :') tapi entri dalam ni bukan nak cerita pasal love story between me and danial . segan la kan. . macam orang hadap pulak nak layan love story aku ni haha . so anggap la aku menyembunyikan perhubungan yang masih belom kukuh lagi . nanti dah betoi2 teguh, i'll get u all know ok ? dan kalau ada pon aku hanya memberi contoh sesuai dengan keadaan . tak rasa macam anoyying ke yang ni ?

bagi aku, love is about how can both of you terima pasangan masing2 . bukan terima hati, terima apa saja yang berkaitan dengan diri pasangan anda . tu bagi aku, orang lain pon ada pendapat sendiri yedok ? tak kira la pakwe/makwe you all gemok ke, kurus cekeding cam aku ke, exam selalu tak skor ke, naik kapcai ke, whatever it is kalau nak sebuah hubungan yang baik dan diberkati Allah swt, belajar lah erti bersyukur .

im sorry kalau entri ni mungkin tak sesuai, aku just nak sampaikan je pon . nak tolak boleh, nak terima pon boleh . aku pon baru nak build up a relationship dah nak entri bagai . memang macam pelik la kan. . pelik satu, tak menyempat lak satu . ha hambik kena kat aku !

masalah utama orang bercinta ni ialah selalu pikiaq, ishhh betol ke awak sayang saya ? or awak nak main2 ?
serius tak tipu, aku yang bangang ni g tanya danial camtu . then bila dia bagi jawapan, aku macam tak cukup yakin . nak yakin apa nya kan, ayat dia tu buat aku tergelak seminggu . then aku kurang yakin dekat cinta facebook ala najwa latif ni . setelah istikharah, akhirnyaa. . we are done . even cinta facebook risiko nak kecewa dan saket hati tu tinggi, aku pikiaq positif je la . dah aku yang nak, everthing happen aku la kena tanggung . saket tak saket terpaksa la kan . sebab tu la kalau bersedia nak bercinta, kita mestilah bersedia nak lepaskan dia suatu hari nanti . erkkkkk ! danial, i love you for a thousand years !

masalah kedua pulak ialah apabila anda diserang rasa cemburu teramat sangat hingga mengambil langkah untuk off handphone sebab merajuk . hahaha tu aku . 2 kali ganda bangang pangai cam dak bodo . sebenaqnya bukan jeles sebab apa sangat, saja la tu nak mengada ngada . takyah deny la kalau si pakwe makwe still contact dengan her/his ex .  dalam hati ada cam bara sebab jeles . jeles is not good kalau tidak dikawal ok . disebabkan aku takda ex dan tak penah ada, kalau ada pon ex time zaman jahiliah dulu , takyah  la nak kira jugak yang zaman tu . danial dikira untung la sebab tak perlu nak jeles2 bagai . manakala si danial pulak agak ramai ex(s)nya buat aku rasa macam pergh menyirap gak la . haha tapi bila dah lama2 aku dah boleh terima, sangka baik dan tawakal . now, hati dah kuat . bersangka baik dengan orang tu penting . lagi2 dengan pakwe sendiri ok ! praktik nak jadi isteri solehah dah boleh ni , mak mentua pon sayang .

masalah lain pulak ialah jangan suka memaksa pasangan . tambah2 yang baru nak mula cam aku ni, kalau baru je mula dah nak paksa nak tu, nak ni, tu tak boleh buat, ni tak boleh buat memang saket la makan dia . janda la lepas tu haha . selepas itu kalau dah rasa macam dah cukup kukuh hampa punya cinta, nak paksa ke nak lempang sorang sedaih ke, dah boleh buat sekarang . siap mintak akaun fb danial sebab nak stalk dia supaya jangan curang, nanti saya marah awak haha . ni kes mintak akaun password bagai ni semua punca nak gaduh je la . contoh, lepas mintak stalk sana stalk sini, baca benda yang tak sepatutnya mesti gaduh . eh macam aku je ? hahaha . aku diam2 je, malas nak kecoh sebab aku kan fleksibel . pasangan anda yang betol2 ikhlas dan bercinta kerana-Nya pasti dah paham, takyah terang lagi . itu semua cerita masa lalu, now he/she with you . tapi lain la kalau dia memang camtu, meraung la :P


awak, awak.. camana kalau pakwe saya ni jenis macam gedik, semua nak try even kita orang still together lagi ?

oh yang ni . hmmm, lelaki kalau dia dah matang dia takkan buat camtu . selalunya lelaki ni lebih bertindak ikot sifat semulajadi iaitu suka nak berkawan nak try that girl, those girl padahal dalam hati memang dia sayang kat awek dia ni . contoh paling kuat, mana pon awek yang dia try dalam hati dia mesti dia cakap ; nobody was like you . gila punya sweet . camana aku boleh tau perasaan sang jejaka ni wey ? hahaha reading get you closer dengan hati perasaan orang . contoh lain, secantik mana pon awek yang dia try, takkan sama pandangan dia terhadap awek sendiri . sebab tu la, kita tengok dalam majlis kawen ke, akad nikah ke, si isteri biasa2 je padahal si suami pergh cair . lelaki bukan pilih pompuan yang perfect nak buat soulmate, sebab lelaki ni ego dia tinggi . dia memang taknak awek dia lebih perfect . ego depa ni sangat tinggi ya kawan-kawan. . klcc pon boleh runtuh

camana pulak kalau i still love my ex ? and now dia dengan orang lain.

pergh boleh bayangkan dia punya pedih dalam hati . kalau aku pon, memang rasa makan 2 3 hari sebab sebak . haha . lagi2 kalau baru 2 minggu putus si pakwe/makwe dah update relationship dengan orang lain .  menusuk ke dasar hati, rasa cam kena panah pon ada gak kan ?
nak suruh chill pon tak leh lagi dah . melainkan bina kekuatan diri, sampai bila nak sedih ? trust me, your new crush lebih membahagiakan dari ex you all ni . Allah bukan kejam , Allah maha penyayang . :')

kenapa sampai sekarang saya still single ?

hoho sedih ah yang ni . kita serupa . honestly, i've been single start form 4 , 16 tahun now 20 tahun . 4 tahun kot , ilex je hang out dengan dak2 laki bajet macam pakwe sendiri haha padahal takdak org nak . then, aku kenal dgn danial . kenal tak lama tapi rasa cam ada kimia , so get on je lah . :')
maybe awak yang still single tu taknak bukak hati terima orang lain, nak hidup lagi dalam dunia yang sunyi sebagai lone ranger . still mengenang cinta lama yang tak kesampaian . guys tolong jangan  sekat kemahuan anda sebab masa lalu yang kecewa tu . mana tau sekali pancing dah terus kawen ke. . takkan tak heaven ?

ok lah, kadang2 aku sangat kagum tgk orang lain bercinta sampai bertahun2 . ilex2 je . dan kadang2 aku takot tengok orang bercinta bertahun2 lepas cmtu je . sapa2 pon takmau jadi cmtu . me too. . kalau boleh biaq lah kekal, kalau takdak rezeki sangat pon Allah masih bagi aku semangat nak kenal dgn orang lain .

happy reading ! kalau baca entri ni disarankan supaya bayangkan muka pakwe/makwe sendiri tau. .

Friday 27 July 2012

Campus life

Assalamualaikum.

morning, this is the only time yang aku ada . sebab hari lain aku tak sempat nak jenguk blog , pastu kalau terjenguk pon segan kat dak2 omey bilik sebab depa asyik usha apa kebenda akak ni dok keletuk keletak . malu hokay .

apa yang lain eh ? lot of story to tell you guys, tapi nak cerita semua cam tak best lak kan. . perasaan orang perlu difahami juga . baeklah !

kalau you guys tak tau lagi, now aku kat KL . aku dah jadi sakai kat sini haha . nope, aku dah sambung belajaq kat UniKl Business School in Bachelor Of Accounting(Hons) . Im a student now ! sila sepak sebab dah riak . well, khamis semalam ni dah habis aku punya Minggu SilatuRahim (MSR) . wey MSR untuk geng2 degree 4 hari je ok . tapi 4 hari pon aku dah rasa macam nak gila sebab 1 hari dengaq orang brief dalam bilik aircond sejuk gila bangang . engkau boleh bayang tak sejuk sampai nak solat pon menggigil ?

last day MSR kat Keramat Mall, dari pukul 8.30 sampai 11 malam . pergh takyah tengok muka aku time tu . aku dah cam katak kena pijak kena lenyek . benci . dengan bas parking sebatu, nak berebut lagi, dapat seat terus tdoq :') badan penat otak penat, emosi kacau bilau . si danial pon aku sembur padahal motif marah dia pon aku taktau . kesian lak bila pikiaq balik. . naseb ah danial, sapa soh nak kat aku hahaha ailebchuu tetttt!

time MSR kena lah sopan . kakaka even kat luaq pangai cam haram .

muka nak start bebai tapi tukang tangkap gambaq sangat baek, dia tangkap gambaq aku banyak dengan muka nak bebai . sikit ja publish

kawan baru, dak penang . kakak aku ni tapi bangkai aa. . dia tak bagi aku panggil dia kakak . bajet tak dia ni ? kepala cam aku lah, suka buat benda bangang . haha

UniKL best la jugak, even tak study dekat City Campus, tapi dah pindah kelas kat Yayasan Selangor yang dekat Kampung Baru tu . eh betol eh dekat Kg Baru ? kakakaka aku main hentam je sebab aku depan YS tu ada petrol pump Kg Baru . lantak
kalau dak2 UniKL City Campus yang stalk blog aku, susah tentu mereka merasai keperitan hidup untuk g kelas dari hostel dalam jarak berbatu2 . Hostel dekat Bangsar , kampus kat City Campus pastu nak g kelas kena berebut2 naik bas . serius rasa cam dak bodo , benci . pastu nak berebut lak naik lif sebab kelas dekat atas pucuk bangunan .

bab hostel, emmm.. hostel standard hostel dak2 U lain la . but hostel or KKS sangat cantik (SANGAT ?) , aku punya bilik luas boleh main tuju kasut dalam tu  haha . dapat satu bilik ngn dak kedah sorang, dak kuantan, indian girl from JB . best la dapat dak kedah, so that i can talk blablabla like nobody else know wkwkwkwk jahat engkau ni kan
still segan2 , malu malu kucing lagi, tapi dalam 2 hari je sebab lepas tu aku dah start buat bising, gelak kuat2, macam aku sorang duduk bilik tu . kita takleh hipokrit ok. . hahaha kesian dak2 tu dapat kakak cam bangang suka buat lawak bodo . suka bebel . budak gayat ni jugak dapat katil blah atas . gila ah tinggi kot, aku boleh nampak pakcik guard bila nak tidoq . pergh gigil. gigil tak gigil, sahur nak terlepas gak :')


yang bestnya, kat hostel tak payah nak berebut bilik ayaq sebab semua perangai cam aku kot . mandi koboi wakakaka . takla, bilik ayaq okay, bilik mandi cukup. pokoknya selesa la kalau nak mandi nak apa ke. . nak makan dalam tu pon boleh kalau lalu haha

lepas tu lagi, tiap2 malam sebelum tidoq. mesti aku bayangkan yang hari tu aku terlepas bas nak g kelas . BAYANGKAN. nak jalan kaki ? memang tak . nak naik tren ? macam aku tau je naik tren = ='. itupon kalau aku tak putus asa naik tren yang KTMB balik aloq setaq . tu kita pencapain paling bagus . mana aku reti naik tren naik apa kebenda lagi . kalau orang tanya , kampus kat mana ? aku dah start sebak nak nanges . aku tak reti, serius . then , eh kolej awak dekat mid valley la nanti boleh la kita g dating kat mid . wkwkwkw dialog ni ditokok tambah je . mid valley dekat ngn hostel aku ? tskkkk macam mana nak g mid valley tu ? *bye off phone


tapi semalam, aku dan 2 orang kawan telah berjaya sampai ke Pudu untuk cuti 4 hari . yeayyyyyy ! maceh pak cik teksi bawak teksi laju2 . personal best ni. . nak tulih dalam blog . dan sekarang tengah cuti kat alor setaq . bangga dengan diri sendiri sebab berjaya sampai Pudu Sentral pastu tercangak2 cari kaunter tiket . rasa diri cam orang asli je kan. .

okay lah. . thats all . maceh sudi baca .
p/s ; ada 2 3 orang dak kedah cakap ko ko dengan aku, tergamam gak la sat . ngn danial aku bantai cakap kedah piaw takdak hal pon . pesanan untuk diri sendiri, KITA KENA LA KENAL SAPA DIRI KITA, ASAL KITA DAN SIAPA KITA . aku anak kampung tiada pelajaran blablabla, tiada kereta ku bawak kau jalan-jalan. . *tetiba

bye

Tuesday 17 July 2012

Kesedihan Kerinduan . nanti kita mesti rindu awak sangat-sangat. .

Assalamualaikum.

hye friends, silent visitors. . datuk datin sekalian, fb user, twitto .

*ini mungkin post terakhir sebelum aku berangkat pergi meninggalkan kampung halaman yang tercinta . walaupon lagi 2 3 hari lagi, tapi disebabkan ke-busy-an aku takleh la nak update kan . engkau kena paham, sebab sekarang ni satu jadah apa aku tak prepare lagi bai. . kain baju apa segala mana aku pack lagi . engkau boleh bayang tak cemana keadaan aku yang huru hara ni ? ekekeke . eh takyah nak cemas sangat la kan . bajet cool pulak padahal dalam hati hujan turun mencurah2 ke ladang gandum ni . sedih der. . 

ada sorang dua yang tanya aku, wey nis. . awat unfriend dgn aku weh ? awat aku cari facebook hang tak buleh ? sudah sudah jangan panik . takkan aku kejam sangat nak unfriend org tak tentu hala . fyi, im just deactivated my facebook  untuk suatu jangkamasa . alaaaaaa, jangkamasa kepala hotak aku la kan . kalau ada orang reactivate balik tu, thats is not me okay . tu pakwe kite. . muahh love you . wakakaka waklu pakwe . taklah. . yang penting bukan aku . ingat tau, skandal2 jangan text sayang2 dekat IM okay. .  peringatan ni , nanti kantoi aaa .

okay enough, sebenaqnya masa aku belek facebook pakai akaun adik aku tadi, aku ternampak la suatu link blog my bestfriend yang baru jinak2 merpati dalam arena seni blog . PLEASE GUYS SUPPORT OUR NEWBIE BLOGGERS ! . wah arena taknak kalah haha . tersentuh sangat baca entri dia tu. . mau tak tersentuh sebab entri tu pasai aku, kalau pasai orang lain pahal aku nak tersentuh bagai lak kan . memang tak la . enrti tak gempak sangat pon, tapi dia tangkap kepala gak oh . haha aku kata kat hang weh !

she is my best friends ever, memang mak aku dah cakap. . sejaoh mana pon aku p, aku takkan dapat lagi kawan baik yang macam Nana . even kami kenai dalam 4 tahun bukan dari zaman childhood pon, kami dah rapat sangat2 . apa benda aku taktau pasai dia ? pakwe dia, keturunan dia, baju dia, pokoknya semua aku dah boleh tau . hebak dop ? wahaha . 
walaupon jarang lepak sekali lately ni, tp tu bukan maksud aku tak kawan dengan dia, lost contact . lost contact apa kebenda kan. . rumah dia dgn rumah aku bersin pon dengaq la . 
orang dok tanya gak, tak sedih ka nak tinggai kembaq aku tu ? sedih la oi. gila apa tak sedih 

aku nak tinggai Nana dah tskkkk. . sedih sangat sangat . can you imagine that ? kawan yang sama2 susah senang, basah hujan, panas terik, sama2 kena maki hamun. . macam2 dah kami kena sepanjang tempoh perkenalan ni . bak kata pepatah, kat mana ada Anis kat situ la ada Nana **ada pulak pepatah camni** . kalau salah sorang dari aku dgn dia tak dak, memang tak best la hari tu . dia sorang ja boleh tumpang merapu tahap gila babi . bagi ja satu topik nak merapu kat dia, memang kami kupas sampai habih la .
selalu la dok gaduh pumpangpumpang, tapi tu yang buat kami makin rapat . takla gaduh tarik2 rambut bajet macam gangster tu. . gaduh sebab dia suka lelaki jambu, aku suka lelaki macho . haha gaduh sebab dia suka k-pop aku tak suka . gaduh sebab dia suka laki pakai shorts pants dgn sweater, aku suka laki pakai t shirt dgn jeans koyak2 je, gaduh sebab dia kata keeper Kedah Helmi Eliza keeper terbaik, aku suka Baddrol sebab Baddrol macho, gaduh sebab dia suka tengok sinetron Putri yang Ditukar aku tak suka , gaduh sebab dia suka lagu jiwang aku suka lagu heavy2 . tapi both of us suka Greenday ! yeayy . both of us suka main game sampai gilaaa ! yeay lagi . dan both of us sangat kurus . yeayyyyyyyyyy 6 harakat

*aku tengah sebak ni :'(

nana, hari aku tak dak tu birthday hang kan ? kita tak leh celebrate sekali taon ni :'( :'(

remember that love, kat mana pon aku , dengan sapa pon aku nanti. . nobody can take your place . hang tetap bestfriends aku sehidup semati . nanti mai study kat UBS dengan aku . lambat sikit pon takpa .

aku takleh nak tolong dia edit blog . ptuih ! macam aku reti sangat nak edit blog. . blog aku pon tunggang langgang, nak edit hok orang lain . nak bagi lingkup ? takpa weh, usaha tangga kejayaan . bukan susah pon . mula2 memang tak reti, lama2 nanti dah tak serabut . cari blog yang ajaq edit2 ni , belambak . 

hmm benda yang aku takleh lupa sekali ialah kami suka buat benda bodoh . lepas tu bila lepak, cerita balik. . gelak kahkahkah dan cakap, 'kita suka buat benda malu camtu' wakakaka . malas nak cerita bab tu sebab malu sangat . :s nana, takdak dah orang nak buat benda bodo dengan hang lepaih ni. . p cari la, memang tak dak orang cam aku . hahahaha belagaknya aiii

**lap ayaq mata. .

kawan bukan diktakdirkan untuk berpisah by The Road to El Dorado .

love you friend, NurShazana Bt Halim

membe tengok bola, membe tukang maki player, tukang maki coach , tukang jerit, dan segala jenis tukang lagi

masa keja dekat kedai game dulu . ce cakap game apa, semua kami tau . hhaha
aku suka tgk dia main PES12, dia tengok aku main Battlefield 3 . jiwa gamers okkkkk !


balik keja awai, tipu bos cakap nak p tuisyen . wakaka padahal nak p tengok bola . padan muka bos !
bersama geng2 bola kuala ketil . rindunyeww  ni moment paling lawak sepanjang game bola piala fa . 

membe main need for speed the run sampai menang dapat nombor satu dan menjerit ! haha
balek keja bersama2

baju kapel made in langkawi

mandi pon sama2, eh takkan nak mandi ayaq terjun sorg2 . = ='
lap ayaq mati lagi ;'(

bubui ~

Wednesday 11 July 2012

Adakah anda seorang yang gayat ?

hello fellas . oh my english sangat kan. .

Assalamualaikum.

hihi best lak dok update post memanjang , rasa macam golongan bijak pandai sebab idea mencurah-curah ke ladang gandum dah puff ! jadilah koko krunch . wakakaka

berita gembira untuk rakyat jelataaaaaaa ! aku sudah menelefon pejabat mara negeri tadi dan mereka di opis memberitahu aku supaya datang ke pejabat kerana semuanya telah disetelkan . bahagia sangatttttt macam orang baru kawen la ! sungguh la tok nenek kita cakap, penantian satu penyeksaan . bagi aku ni bukan penyeksaan dah weh. . siryes wa cakap lu, azab rasa macam putus cinta dengan anak datuk . pedih baqhang ! kakakaka tetiba kan .
ada plak anak datuk nak kat engkau kan ninis, engkau hengat engkau tu sapa ?

okay okay enough with introduction, aku ni kan cepat ja merepek pantang leka sikit mula la aku nak menaip panjang lebaq, kalau fakta takpa gak, ni dok merapu meraban tak tentu hala . rasa cam nak lempang diri sendiri sebab tak fokus .

baeklah !

pernahkah anda menaiki menara dan apabila melihat ke bawah, anda berasa seram sejuk seperti jantung mahu terkeluaq dari sistem badan ? jika ya, anda seorang yang gayat . bukan gayat gelabah bajet hot ye . ni gayat lain ok !

tapi bagi aku, jangan kan menara, . bila naik shopping complex pon peluh jantan keluaq walaupon hakikatnya aku ini perempuan . aku tak mungkin la nak jalan tepi2 besi sambil tengok bawah ada fair ke juai bantal ke. . memang tak la sebab aku takot . dalam istilah perubatan orang panggil phobia, tapi kan ada pelbagai jenis phobia . mampos la aku nak hafal nama dia plak kan . mustahil

tapi keadaan ini berubah kalau aku p theme park ka, funfair bodo2 pon aku sangat teruja nak main roller coaster. . flying spider , haunted ship apa segala . padahal takot ya rabbi .

penah sekali nana ajak aku naik flying spider, mulanya aku tak mau sambil menolak habis habisan, setelah dipujuk  rayu. . aku ni lak cepat sangat terpengaruh dengan hasutan maka aku telah bersetuju nak naik . weeeeee setelah membayar token , kami berdua pon berhempas pulas nak berebut dengan orang . rasa seperti jakun sebab berebut dengan kanak2 . apa da hal ! ini hal orang besaq .
dalam hati ni cuak tahap infinity dah, serba salah, dah pasang safety belt apa. . peluh jantan aku pon keluaq . jantung mula berdetak seperti lagu Greenday . tanpa berlenggang kangkung lagi, aku pon terjerit-jerit la panggil abang kat situ suruh bukak belt balik and aku nak turun dengan segera . ayaq mata sudah bertakung tunggu nak turun ja tu, tapi tahan . kakak engkau nanges ? adik2 yang naik muka eksaited kakak boleh nanges ? no way ! abang tu dah tergelak-gelak , lantak la hang nak gelak yang penting I WANT MY TOKEN BACK ! ! akhirnya, nana naik la flying spider dengan kawan yang seorang lagi dan aku hanya memandang dari bawah . wakakakaka lalu aku mengambil keputusan untuk main bumper car sahaja .
tak gayat pon bumper car !

maybe bagi orang lain dia akan cakap , elerhhh tinggi tuh pon nak gayat ka ? mungkin nampak cam ngada-ngada, tapi realitynya aku tak batak pon nak mengada2 . *ayat nak taiko lak kan**
bagi aku gayat tetap gayat . takmo takmo . bila naik tempat tinggi rasa nak menanges je sebab takot .

nasib lah naik moto ka, keta ka, kenderaan lain2 aku ta gayat . kalau tak memang putuih kaki nak berjalan . hukk :'(

jangan main2 dengan perasaan gayat ni tau. . tapi teringin sangat nak naik cable car dekat langkawi tu, tapi gayat. . tapi takot . banyak sangat tapi tak payah naik la woi ! buatnya sampai kat tengah2 tu cable car berenti , aku pon hentak2 kaki tarik baju orang ka sapa, confirm lekat sebijik penampaq abah aku . takot buleh saket pon buleh .

ok bai :'(


Tuesday 10 July 2012

kelam kabut

Assalamualaikum

did you guys know ? perjalanan kita menuju kematian bermula sejak kita lahir .


sedaq tak sedaq, minggu depan aku dah nak berangkat dah kan ? rasa cam cepat je masa berlalu, padahal setiap hari dok tick kalendar cap kedai runcit ah tuck sambil countdown . bermakna, minggu depan kita akan berpuasa . yeayyyy ! dah habis ganti blom ? ka aku sorang ja tak habih lagi ? pleaseee cakap tidakkkk !

hilang sudah sakit-sakit, sengal-sengal di badan akibat daripada cuaca yang sejuk selama 2 3 hari kebelakangan ni . serius, badan aku tak tahan sejuk . now, tambah lak saket lain . atas lutut lebam biru sebab kena starter kick moto abang aku . pergh dia punya saket macam kena renjatan 100voltan TNB . masa kena tadi rasa kebas tak sakit sangat, bila dah hilang kebas mula lenguh. . hah masa tu la azab dia. . dah biru . comel je lebam . kakakaka saket ! moto abang aku memang penjenayah, berapa orang dah kena menatang tu .

hari tu aku ada publish entri baru, tapi bila bukak dekat post list dengan tidak sengaja aku terdelete sebab aku ingat draft . so aku malas la nak taip balik . mesti ayat dia dah tak sama macam mula-mula . sikit punya feeling kot aku buat . hampeh silap diri sendiri tak reti berhati-hati ketika memadam data . tuh pon nak ambik akaun. . ***tetiba mention dah kenapa kan ?***

eh ! aku nak mintak maap dekat mmbe2, adik2, boyfriends girlsfriends or yang berkenaan, yang mana yang dok ajak hang out sekali tu. . im sorry, aku tak sempat weh . rasa cam tak sempat dah keluaq sekali . lately ni aku busy sangat . gabenor Uganda pon tak busy macam aku . yelaaaa, advance duit mara tu tak setel lagi . server down la plak website mara tu . masalah sungguh ! aku rasa nak nanges ja bila bukak 'harap maaf, sistem capaian kami masih diselenggara buat sementara waktu, sila cuba dari masa ke semasa ' berapa puluh ratus ribu kali aku cuba still tak boleh lagi sampai sekarang . dokumen semua aku dah send kat pejabat mara negeri, depa kata nak call dalam masa terdekat ni . wey, dah nak sampai tarikh aku daftar kot, bila lagi nak call ? alih2 bila cakap dekat mak aku, 'geng2 goment ni kita lah kena tolong peringat sebab bukan depa tu dok setel yang kita sorang, beribu cek oi ! ' okayyyy, besok aku call sambil menanges meratap sayu pilu . cepat sikit duit masuk . wakaka

barang2 aku satu apa kebenda pon aku tak beli lagi, baju-baju apa tu memang aku bawak yang mana ada dulu lah. . nak beli baru rasa membazir lak sebab aku rasa lepas minggu induksi aku cuti raya, so lepas raya lah aku shopping . barang2 lain tu yang tak beli lagi . alahai. . dengan duit pon tak berapa nak cekang niii .
surat pejabat zakat pon tak sampai2 lagi . please la pejabat zakat. . i need the money desperately ! ya allah, percepat dan permudahkan lah urusan ku ini . aminnnnn ~

hmmm, aku memang camni kan. . bila last minutes baru nak terhegeh2 nak setel semua . lepastu mula lah nak stress cam nak gila . gelabah-gelabah nak update dekat facebook kan . melampau la tu . tampaq nak ?

okay lah, nak tunggu cerita ameera tv3 , best . aku sudah pandai layan drama melayu . hahaha

untuk pengetahuan bersama, karangan perihal diri untuk mara sudah siap ! rasa nak gelak terguling-guling la bila baca balik . segan nak bagi kat depa lah nanti . wakakaka segan gila !

bubui !



Thursday 5 July 2012

Budak hensem nak p belajaq dah :'(

Assalamualaikum

asyik cerita pasal aku ja nak p belajaq kan, ni ada budak sekoq lagi dia nak tinggai aku dulu . ni bukan boyfriend aku tau, ni adik angkat aku yang hensem menawan lemah lembut sopan santun . hahaha .


hensem dak hensem dak ? tengok gambaq tak hensem sangat, tengok depan2 . huwarghhh .  awat jd adik taktauuuuu ?
sangat baik orangnya sesuai sangat nak buat menantu cik kiah, kalau aku mintak tolong tak penah pon dia cakap tak boleh kecuali betoi2 ada hal . cakap dengan orang pon, alahai. . cakap dengan semut ke ? silap pulak dok dengan aku yang suka bertempik pumpangpumpang . satu lagi, mata dia sangat suwiiittt, smiley eyes gitu . ada satu yang aku lemah dengan dia ni, risau . dia ni kalau orang tak bercakap dengan dia, sampai kiamat pon dia tak bukak mulut . pe jadah hang ni dik ? satu lagi nak marketkan dia, dia single lagi . okay, p ngorat dia cepat sebelum dia p penang . hahaha

awak lak jadi sesi puji-pujian ni ? iskkkk

lupa lak, nama budak ni Fitri atau nama penuh beliaw Muhamad Rosmizul Fitri Bin Mohd Suhaimi nombor kad pengenalan. . blablabla umuoq 18 tahun lepasan SPM sekolah sekali dengan aku SMK Dato' Syed Omar, Alor Setar. hero2 Syed Omaq depa ni . haishh

 aku panggil dia adik LC sebab dia naik moto LC . tapi sekarang dia dah bongkak, nak naik keta ja takmau naik LC dah . (-_____-')

untuk menyedapkan lagi cerita, 8/7 ni dia nak sambung belajaq dah kat penang . ambik engineering lagi. . segala mak nenek goment tanggung, p bawak kain baju ja kat sana . cisss !
ishh beza sungguh dengan kakak dia ambik accountancy je tuh pon yuran kena bayaq sendiri . tak adill ! 

sebelum ni dia takmau p belajaq kat penang, katanya tempat tuh dalam hutan . tapi setelah dipujuk2 bagi penampaq 2 3 das, dia pon bersetuju . Dekat lah dengan tempat along dia ni sebab tu kot dia nak p . baik 
hang p dik !

aku taktau la pulak takot dia buat perangai syaitan dok mengamuk takmau p ahad ni, mampuih mak dia . tengok ja lembut, ketegaq nak mampuih hang tau dak . Nasib adik angkat, kalau adik aku sungguh2. . aku pijak perut dah wey .

hm lepaih ni taktau la nak ajak sapa dah teman aku p makan charkueytow dekat Jitra . nak mintak tolong hantaq helmet, nak ajak sembang bohong petang2 . dia p awai 2 minggu dari aku . tskkkkk FYI, hes the only friends i have buat masa sekarang . yang lain sangat sibuk . :'(

okay lah dik, take care tau. . study smart, kalau ada ngorat jangan layan . hahaha kak marah sebab satgi adik gedik . xD . selamat berkawad jugak sebab kak dengaq orientasi hampa pokcik askar yang jaga . wakakaka . tak heran la dia ni sarjan kadet dah . ciss 

bubye dik ! muah tapak tangan sikit .


Monday 2 July 2012

ermmm, entri sekerat :P

Assalamualaikum.

comel dak header baru kitew ? awwww omey kan ? kitew buat sendiri okay . silalah hargai dengan berkata wahhh comel sangat *nada kagum . padahal huduh nak mampoih . wakakaka takpa takpa , cek apa tak kata . cemana pon takpa kita ni . haha

baiklah, sedaq tak sedaq . kempen euro kali ini berakhir apabila skuad La Roja menang 4-0 terhadap The Azzuri . Even ramai peminat bolasepak dunia agak pelik dengan gameplay semalam, apa buleh buat . keputusan adalah muktamad segala surat menyurat tidak akan dilayan . torres hensem dapat dah kasut emas . anak torres yang comel juga sedang aku dukung sekarang, bini torres sedang memasak di dapur . ok tipu . #pang

tak lupa jugak kepada bolasepak tempatan . The Canaries sedang memperbaiki kedudukan liga . ke. . naa. . riiii. . *nyanyi macam Alteraih Kedah .
kenari akan bertemu Selangor di SSA berapa hari saja lagi . Kedah walaupon kalah namploh gol pon, aku tetap akan sokong . terharu dak ? wkwkwkw

maceh macehhh sudi mempertaruhkan waktu dengan membaca secebis idea di sini . wahhh ayat takmau kalah .

ekceli taktau nak buat apa, tu yg gedik hapdet . gigih sangat .

ok byeee !