Saturday 13 July 2013

TIPS BERKENALAN DENGAN LELAKI DENGAN CARA PALING COOL ATAUPON SUPER COOL.

Assalamualaikum

hi girls! sempat lagi dak nak ucap Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ? kira sempat ah kan. hari ni pon baru 4 hari kita puasa. eh dah 4 hari ke? ye awak, dah 4 hari tau. maknanya dah empat hari kita couple! wkwkwkwkw tak lawak -,-

ok tiba2 hari ni nak bagi tips. cehwahhh! macam hape dah aku ni kan nak bagi tips serupa expert to the max sgt! gwa lempang lu nak del ? lu kuat sembang! (emosi kacau bilau) sebenarnya gwa bangun2 awal pagi sebab nak siapkan esaimen law. ntah cemana plak gwa boleh terbongkang malas2 atas katil sampai pkul seploh lebih baru lah gwa bangun pergi mandi. begitulah sifat gwa masa hujung minggu. lagipon roomates gwa takdak, semua balik kampung so tiadalah manusia yang menjerit2 di pagi yang hening suh bangun kemas bilik (hello! bilik kami bersih dan kemas!) lepas tu gwa teringat plak nak berbelog, lepas tu gwa ingat nak update blog kejap dlu baru gwa buat law (ntah pkul berapa gwa nak buat tu tak tahu lah kan. . =='). nak buat law kena ambik mood dulu ok. gwa respek kat dak2 law! gwa tengok ayat dia pon dah screwed up! apetah lagi nak hafal case dgn section. separuh nyawa gwa cakap lu! naseb baek lah gwa tak bercita2 nak jadi lawyer suatu ketika dulu. kalau ya, pastilah ketika ini gwa telah mengalami gangguan mental tahap bezita. ya gwa sembang lg!

dah kenapa gwa cerita macam tu, cakap nak bagi tips! ok lesgo bebeh

sebelum aku bercerita panjang lebar, tips yang aku nak bagi ni aku tak pernah apply pon kat sapa2. yelah aku kan pemalu dan kerekk. manalah aku nk pergi berkenalan dengan lelaki pulak kan. tapi aku tadak lah kerek mana. kalau orang tegur ilex2 je aku layan. apa bola ? futsal ? wrestling ? jdt kalah ? matyo lempar medal dalam tong sampah ? pilihan raya kecil ? pas akan menang ? hahahaha aku boleh je kot melayan. tapi tuh la , aku kan perempuan . takkan lah aku nak start tu walaupun Siti Khadijah yang pergi meminang Rasulullah SAW. eh! apa kena mengena plak ni. 

ok bebeh, tips ni untuk perempuan. lelaki nak try pon boleh gak tapi aku tak galakkan. aku takut budaya gay berleluasa dan bermaharaja lela! dunia akhir zaman. so aku tak galakkan. so perempuan kerek macam aku yang segan nak tegur lelaki dan berniat untuk memulakan sesuatu relationship boleh la cuba apply. harap menjadi. kahkahkah

perempuan ni bukan apa, dia nak lelaki tu perasaan yang dia ni selalu sgt usha mamat ni. contoh macam, setiap kali mamat ni update status ke apa segala mak nenek termasuklah gambar kat Instagram semua kalau boleh dia nak like dengan harapan sang mamat akan sedar, 'weh, gwa minat dekat lu, pehlis tegur gwa.' eleh malu lettew! aku perempuan jugak so aku tahu lah! aku ni jarang gila kot membalas pm2 jejaka di facebook. bukan aku malas nak balas ke apa, sombong jauh sekali. mana ada aku sombong! ntah nak reply rasa macam eh, perlu ke msg macam tu ? setakat nak intro2 kerek2. intro2 tu celah mana. geli la nk intro2 der! lagipon dak cekolah je yang dok menggelabah pm aku suh intro2 bagai. bapak die la nk intro2. ang ingat buat introduction karangan bahsa melayu ang ke mende! hahaha

aku tak tahu berapa banyak tips yang aku nak bagi ataupon berapa banyak yang yang boleh digunapakai ataupon takleh pakai langsung. anggaplah ini cuma teori yang perlu dipraktikkan dengan izin Allah swt. (pergh!) cik awek pernah cakap dekat aku, tak salah kalau kita perempuan ni yang start dulu. 

No 1.
- Perkara paling utama girls kena buang ialah rasa segan dan malu. maksud aku disini jangan lah terjah macam muka tak malu pulak ok bebeh. ang nak ke tak ? nak kan? so takleh nak malu kucing sgt. kena konfiden terhadap diri sendiri dan pada agama bangsa dan negara. 

No 2
- Mestilah menunjukkan sikap sopan seperti, memberi salam terlebih dahulu bila mana nak tegur dalam chat ataupon dapat no henpon beliau hasil dari sumber haram (stalking). ang jangan plak p 'hai awak, saya nak berkenalan dengan awk!' (sekema gila) itu sudah melambangkan bahawa ang ni dah menggelabah. kan aku suruh jd sopan tadi! rekalah drama seperti, "muka awak ni macam saya pernah nampak lah. . " (cececeyyy)

No 3
- Mulakan perbualan dengan ayat2 santai seperti, tengah buat apa. dah makan ke, sahur tadi makan apa, hari ni balik kerja pukul berapa (ok yang ni dah macam bini tanya laki dia) study lagi ? kelas pkul berapa habis ? haha . jangan lah ang terus p tanya dia, 'awak dah ada awek ke blom?' pastilah beliau akan sentap jika beliau seorang forever alone sejak 5 tahun lampau. pelan2 ok. nak ngorat kena ada cara. starting ni kena play safe dalam friend-zone . takkan ayat gini gwa nak kena ajar ? kemon la weh, gwa bet lu orang lagi terer mengatur ayat dari gwa hahahah

No 4
- ramahkan diri pergi komen gambar dan status yang dia update (dengan sungguh-sungguh). kalau masih segan-segan biawak pasir cukuplah sekadar like. hello babes! dengan like boleh mencipta sesuatu ok! aku pernah tau haha dan tolong jangan buat perkara ini, DO NOT SPAM LIKE! jangan jangan jangan. ang akan buat dia menyampah atau rasa tak selesa. satu2 lah. aku dah cakap jangan menggelabah satgi terlepas satu hapak tak dapat.

No 5
- selalunya lelaki akan membalas pm lu orang dalam tempoh kurang daripada 2 minit lagi rare tak sampai 30 saat (punya gedik) . taktahu pulak kot dia pengsan, so keesokkan harinya baru dia balas. ok kes tersebut jarang berlaku. jangan risau. gwa berani bet la konfem beliau akan reply kecualilah beliau seorang gay. yang straight akan reply kecualilah mereka kerek atau sombong bajet hensem nak mampos. 

No 6
- jangan bertindak terburu-buru. maksud aku, kalau mamat tu tak reply jangan pulak ang p spam inbox dia. pikir positif anggap dia tengah buat something, sibuk, ataupon appear online tapi tengah tidur. macam dia takdak kerja lain dok hadap facebook doplohpatjam nak melayan engkau je . kalau dia tak reply jugak, maka pergilah menangis. you choose the wrong person. deme tak suko kite, kite nak bak guane lagi ye dop ? 

No 7
- ambik mood beliau dengan bercerita kisah2 menarik ataupon membuat lawak antarabangsa. ang cakap ang stalker paling berjaya, mesti la tau kan apa yang mamat tu minat, apa yang dia tak minat. kan kan ? di sini, membuat lawak bodoh adalah digalakkan tapi tengok lah cara beliau mereply. bukan semua umat bleh terima lawak kita. so beragak2 lah sikit ok. biar dia rasa 'this girl is quite interesting'

No 8
- jika berpeluang, cakap lah yang lu dah lama usha dia tapi baru sekarang dapat kekuatan nak pm/tegur dia. (lagi2 setelah mendapat idea daripada belog cik adel wee) mesti dia rasa 'pergh, ada gak orang usha aku yang tak berapa hensem ni kahkahkah' bagi dia rasa dihargai sikit. bagi nampak lu orang punya kesungguhan dan keikhlasan tu.

No 9
- ada sesetengah lelaki mempunyai sifat malu yang begitu tinggi dan jenis tak melayan perempuan sangat. mungkin trauma ditinggalkan kekasih ? atau memang lahir2 tu baka dok terperap dalam bilik. bila beliau mempunyai masalah seperti ini, jangan gelabah, jangan risau. act cool! try to attract him dengan pesona yang ada pada diri anda (pergh lagi!) selalunya lelaki macam ni, awal2 je dia macam tu. bila dah boleh get in memang ada chance la lu pasang kabel baru wkwkwkwkwk

No 10
- last but not least, usaha doa dan bertawakal lah ok. kadang2 kita dipertemukan dengan orang yang salah untuk berjumpa dengan orang yang lebih baik. dont waste your time pkir pasal orang yang tak pernah sukakan anda atau mustahil bagi anda nak mendapatkannya. whatever happens, happens. as long as benda yang kita buat tu tak salah, just do it (bak kata Nike). ada salah satu sebab why you're still single ; you ignoring people that loves you. 

Selamat mencuba and good luck guys! aku pon nak cuba try test gak ni wkwkwkwkwk i pon ada crush jugak you know miahahahahah (gewdixs nau)

bye bye