Monday 30 December 2013

tulis blog

Assalamualaikum.

heh. takyah rindu aku dah sebab aku dah rajin sikit tulis blog. tengok baru semalam entri baru, hari ni ada lagi. tak rasa macam nak terajang aku eh ?

sepatutnya sekarang aku tengah menghafal nota-nota untuk exam aku besok. tapi kalau hang bukak laptop lepastu hafal nota, aku nak cakap hang menipu boleh tak ? ada orang terer multitasking, ada orang bebal macam aku memang tak terer langsung multitasking.

menulis bukanlah hobi aku sebenarnya, apatah lagi tulis blog. pegang pen pon aku dah rasa mengantuk. hobi aku? entahlah, aku jenis buat macam-macam. kalau aku rasa nak buat, aku buat. kalau aku rasa takmau buat, aku lebih suka baring main henpon, bukak google play, bukak instagram, bukak facebook segala macam social media di alam fana ni, sampai aku rasa erghhhhh! bosan. lepas tu aku ulang buat benda yang sama. yes, aku memang suka. dan aku jadikan hobi. buang masa ? memang. aku malas nak bantah.

disebabkan dari kecik mak aku dah beli buku untuk dibaca, sampai sekarang aku secara poyonya nak cakap, benda yang aku paling suka buat dalam hidup aku ialah M E M B A C A . paling poyo, aku suka baca buku berat2, politik, perang, senapang patah whtsoever hahaha. selain buku2 alternatif. ya, dulu aku lagi poyo baca novel cinta. lepastu aku meroyan kuat berangan nak rasa cinta macam dalam novel. padahal cinta like that never exist. gila apa buat benda yang tak realiti. gila. sejak aku sedar diri, aku siryes menentang keras novel cinta bagai nak mampus dan budaya kepop. da hel kepop. kepop dan novel cinta kalau boleh dihapuskan, gua join first line kalau ada orang nak buat demo. macam demo orang bantah harga barang naik esok kat Dataran. siryes.

sekarang bila aku masuk kedai buku, mph, kinokuniya, times, boarders apa jadah semua tu. kalau lalu dekat novel melayu, memang aku pejam mata rapat2. macam mana mereka boleh ada idea nak reka tajuk sebegitu ? lepas tu ada pulak orang ambik adapt jadi drama tv3 pukul 7. aku tak paham. siryes! alaa.. tv3 nama pon kan, bukan lu orang taktau perangai tv3. ke taktau lagi ? ah, malas nak cakap. p bukak Malaysian Insider, Malaysia Kini, Sinar Harian, apa semua.

sebab tu aku malas nak tulis blog ni haaaaa, dah merapu ke mana hala..

oklah bye




Sunday 29 December 2013

exam mode, on off

hai assalamualaikum.

eh wujud lagi ke blog aku kat alam maya ni kehkehkeh. ntah tergerak hati apakah yang membuatkan aku ke sini lagi. sorry lah boh, lama aku tak hapdet. aku.. ermm.. ntah.. banyak sangat alasan aku sampai dua ratus mukasurat blom tentu dapat menterjemahkan alasan aku yang sebenar. cukup la aku cakap, aku pergi mencari ketenangan diri. kahkahkah. aku serius ni woi!

sambil hapdet sambil dengar lagu melalak tak hengat ni, disebelah ni ada la sekeping dua nota exam aku. eleh bajet lebih. padahal bukan study sangat pon. biasalah, aku kalau fokus terlampau mulalah nak migrain. migrain aku agak teruklah jugak sampai satu tahap menggelupur. gila sakit. nak tercabut otak. ubat aku tak lain tak bukan ialah painkiller. yang aku rasa satu hari nanti aku jugak dibunuh oleh serial killer hahahaha. orang cakap tak baik sangat makan painkiller ni, tapi lu orang apa tau ? bila sakit je memang aku takleh tahan sangat dah. aku telan je. terus padam.

eh bestlah pulak lagu budak2 Punk Goes Pop ni (sorry gua tak layan lagu melayu versi putus cinta tahap nak mampus) . bajet.

kalau entri ni ada macam gaya nak bagi tips exam ke, memang tak ada lah ye. kalau nak tips boleh la pergi mintak kat hakak2 abang2 cemerlang gemilang di luar sana. aku hanyalah student kecil-kecilan yang diproduce oleh unikl. tak pernah dekan plak tu. quiz pon tunggang terbalek aku jawab. semalam siap bleh p melayan 47 Ronin padahal exam week kot. tu lah aku, tak sedar diri. tepu otak hadap notes. bila berdoa mau berjam2 kat sejadah padahal aku sendiri macam apa. harap doa mak aku, memang berbuih dah dia doakan aku, tapi kalau diri sendiri tak mau nak ke depan, aku jalani je lah minggu exam ni ala kadar.

disebabkan otak aku jenis lembab pakai window xp je, terpaksalah baca notes dua tiga kali, tanya senior sampai depa naik menyampah, tu pon baru paham sikit. apahal bebal sangat otak ni pon aku tak tau lah. banyak berangan mungkin ?

kadang-kadang mood nak rajin tu adalah, adalah jugak kan dari takdak langsung. tapi amatlah sedikit. dalam 24 jam sehari, mood rajin nak baca nota akademik tu hanyalah 2 jam. jadi dalam 2 jam tu la aku manfaatkan sepenuhnya (yaka?) sejam baca, setengah jam berangan, setengah jam terakhir muhasabah diri. tu la cara aku study yang paling bangang. sebab tu aku rasa tak boleh ke depan. macam lu orang tau, aku memang loser peringkat kebangsaan. biasalah.. ilmu dunia, penting di dunia je. ilmu akhirat ? tanya hati sendiri. kalau aku jawab leelbih karang mau makan hati sendiri plak aku kena damn kehkehkeh bukan kah Serbanistas (ustaz ustazah Google) di Google ni hebat-hebat belaka ?

jadi, dalam sibuk menguruskan hal ehwal duniawi exam week ni, jangan dilupa urusan kita dengan allah taala. engkau study sampai nak jahanam palahotak pon kalau solat maghrib pon tak buat, jangan harap nak jawab dengan tenang dan tawadduk. kalau engkau solat sampai lebam pon hubungan dengan orang lain tak jaga, redha allah tu tak kemana. ye, nak exam memang banyak pantang larang sebab nanti dalam dewan hanya diri kita dengan allah je. takdak orang boleh bantu nak jawab melainkan engkau jenis kaki lipat dalam dewan exam. tersilap lipat tergeliat la, walaupun aku macam tak berapa cerdik, aku tak pernah menipu dalam dewan exam. cuak ah! apahal orang lain bleh selamba badak je meniru? gila kental.

maka, sampai sini saja hujah aku untuk entri kali ini. doakan kejayaan aku. hiks. malu la plak nak taip camni. goodluck UniKL-ians, dan semua universiti swasta, mahupun hak milik kerajaan, universiti kolej, kolej mara, kolej swasta, sekolah pondok, tahfiz atau segala jenis lain yang bakal menghadapi penyiksaan intelektual, selamat berjaya aku ucapkan. dan pada diri sendiri, bacalah nota disebelah tu ye..

nanti ada masa, aku hapdet lagi.. kalau rindu hasil pembacaan aku, bawak bawaklah bersabar. kerana otak aku dah tak berapa nak btol skrg ni.

bye

mana2 student yang join Demo kat Dataran nanti, pandai-pandailah hidup woi! dalam berdemo, jaga diri. jihad ada banyak cara dan berjihadlah dalam cara yang betul dan diredhai. cewahh!




Sunday 10 November 2013

Berubah

Assalamualaikum.

Aku mahu berubah . ya, aku mahu bermujahadah sebenar-benarnya di jalan DIA. walaupun sedikit, insya-allah, aku nak teruskan. doakan aku sahabat teman dan rakan. .

Wednesday 23 October 2013

mungkin yang terakhir

Assalamualaikum

ringkas dan padat. aku tengah demam sekarang. dah 4 hari begini. kejap sejuk, kejap suhu turun kejap naik. sampai kepala aku takleh berpikir dengan waras. nak tengok buku pon tak datang feeling tu. lama kan aku tak update, aku tak hilang mana. ada je dlm dunia ni. hee

maybe selepas ini akan ada post dan maybe takkan ada lagi. aku tak tahu.

jaga diri, jaga iman. . selalulah bermuhasabah diri. aku bukan yang terbaik dan aku juga masih mencari diri.

bye :')


Tuesday 10 September 2013

tawar hati

Assalamualaikum

nak update gak la secebis dua perasaan yang berkecamuk di dalam jiwa ni. haha kecamuk sangat kan. .
weyyy, aku dah start sem baru. sem ni kannnnn. . subject semua membunuh, bila bukak student portal tengok list subjek terus aku, arghhhhhh! macam mana ni! terus aku mental sehari dua, sehari dua apa. . sampai berhari2 aku pkir kot. aku rasa macam nak berenti belajar, tapi baru sem tiga, kalau tak kena pelangkung dgn abah aku mesti kena shoot ngn mak aku. dua-dua power kot bab hentam menghentam orang ni. maka, aku kuatkan semangat. sem 3! mari kita fight!

minggu2 pertama ni biasalah, aku semak sikit. aku jadi pendiam, tanya sepatah jawab sepatah, lepas tu cepat touching. memang ni bukan aku la. memang bukan aku! aku yang dulu bukanlah yang sekarang, . (nyanyi macam Tegar) i keep wondering why my mum tak bubuh nama aku Tabah ke Kuat ke, kalau tak sekarang mesti aku dah makan duit royalti hasil album2 aku kahkahkah tak payah dah aku sebok menelaah buku2 akaun ni. cita-cita aku bukan nak jadi akauntan pon, dah tu kenapa aku sambung degree akaun ni ? haaaa. . aku nak jadi penasihat kewangan. ada gaya tak ?

semalam first class terus aku kena shoot dgn lecturer sebab aku duduk blah tepi, selalu aku dok tengah2, tergagap-gagap kot masa first class, dgn ramai budak2 yg tak pernah nampak muka. malu huwaaaaa

haa, what do you want to be in future ?
aaaa. . errr, haaaaaa.. i wanna be rich.
ohh wanna be rich ? so you will own your business by yourself la ?
haaa, yes. hmm aaa. . yes yes

kekekekek padahal aku merapu apa pon taktahu la. karang aku diam dia cakap aku ni takdak masa depan pulak, sampai tanya nak jadi apa pon tak tahu hala lagi.

aku main hentam je nak jadi kaya tu. apalah sangat jadi kaya kalau hati tak bahagia kan. . cukup lah sekadar aku mampu bergaji sendiri beli Kawasaki Ninja, beli dvd Kamen Rider tak payah mintak duit mak lagi. . tiap2 tgh bulan msg abah dgn penuh rasa takut nak mintak duit belanja. ingat senang ke nak mintak duit kat abah aku tu ? kat mak aku takyah cerita la susah dia, siap kena clarify setiap ringgit tu nak beli apa. puas gak ah nak kelentong. takkan la awal2 sem dah nak beli buku, kelas pon berselerak lagi.

oklah, rasa macam kemana hala dah aku punya rangka karangan ni..

last perenggan, tak kesah la orang nak cakap aku perasan lawa, poyo, bajet ke apa benda. serious talk, aku amalkan sikap profesional, kalau aku tak suka orang, aku takdaklah kurang hajau p cakap weyyy aku tak
suka hangla, jangan kacau aku boleh tak?. takla, cuma aku lebih suka ignore. . cakap salah, kalau tak cakap, suka hati lah nak assume apa pon. aku malas nak layan, malas nak bagi komitmen lebih sampai terbagi harapan, senang cakap, aku tak bersedia nak bercinta-cinta ni. serik, takut, trauma hekhekhek

tapi pernah la dapat ancaman drpd seorang awek orang ni, dia cakap jgn nak flirt around dengan pakwe dia la, apa kau takde lelaki lain ke nak cari ? memang mesej beliau tu agak menusuk hati, tapi aku malas nak layan perasaan lebih2. macam aku ni takda kerja lain nak caras pakwe ang tu. setelah membalas sedas dua tembakan padu ke hati beliau, aku terus block . kahkahkah dua-dua sakit padanlah muka.

bagi yang bercouple-couple tu, hargai lah orang tersayang yedak ? aku kesian kot tengok awek2 yang mana pakwe depa ni dok flirting dgn awek lain sdgkan si awek mati2 sangka pakwe setia ke hujung nyawa. aku pernah rasa, so aku tau lah sakitnya cemana. perempuan ni tengok je lembut, sekali depa ni mengamuk ? habis semua orang merecik tau dak. . haish

oklah, byee



Thursday 22 August 2013

Sambil mengunyah rasa hati. .

Assalamualaikum

selesai melantak dua keping roti teloq dgn ayaq masak (sebab malas nak masak air buat teh o kekekek)
nak taip laju2 sebab satgi lepas zohor nak balik alor setaq. im still somewhere in kl. eh takyah nak somewhere sgt boleh tak ? ang bukan femes, macamlah org nak tau sgt ang kat mana haha. pulun!
lama gila iolss tak update kan, rindu tak rindu tak ? cakap ah rindu kitew, tak baik tau bagi kitew malu sendiri. sebenarnya nak update tiap2, banyak idea dalam kepala yg ingin diterjemahkan dalam bentuk kata2 tapi biasalah, masa dalam bilik dok termenung takdak kerja, idea bercambah-cambah bak cendawan lepas hujan, tapi bila menghadap laptop idea yg tadi bercambah telah layu bagai diracun. apakahhh ? ini masalah gwa sebenarnya, tak fokus. selalu berangan bila buat kerja. masa tengah study bleh plak pkir bilalah nak habis 4 tahun degree ni. astaghfirullahalazimmmm. . kena sabar.

all this while, im living happily! walaupun adalah masalah sikit. alahhh biasalahkan masalah bukan pernah habis. selagi hidup selagi tu lah ada masalah. tapi jangan cakap masalah, pakai bahasa manis sikit. ujian allah. so stay strong!

kita ni kalau hidup tak kacau orang, orang la kacau kita. kalau kita tak sakitkan hati orang, orang pulak yg sakitkan hati kita. satu je kena ingat, jangan buat orang sakit kalau taknak kita sakit. biar orang buat kita, kita jangan buat orang. biar orang mengata kita, jangan kita mengata orang. kalau orang nak kita, kita taknak dkt orang ? tu masalah kita. pandai2 lah jawab haha

eleh sembang kencang tak nak kalah lagi, padahal diri sendiri dah serabai macam hilang arah tuju matlamat hidup. tapi setakat hari ni, alhamdulillah, sabar itu separuh drpd iman. walaupun iman senipis kulit bawang, bersyukurlah masih ada iman. iman tak dapat diwarisi. . dari seorang ayah yg bertaqwa :) bersyukur jugak dgn hidup yg dilalui walaupun masalah datang berlumba-lumba. . kalau kita ada masalah tu, ingt yg allah tu ada dgn kita. maka kita akan jadi kuat. sekuat tiger.

tepis masalah yang datang bukan macam keeper menepis bola, macam lah aku tau perasaan menepis bola tu kan. argh aku paham. keeper pandai tepis bola tapi tak pandai nak tepis masalah. menepis masalah yang datang ibarat berjalan kaki dari Perlis ke Johor. penat dan sakit.
selalunya aku lebih suka ignore masalah, aku kan malas nak berat2 kepala hotak mikir. yang mana aku rasa tak penting, aku letak tepi. nanti nanti la pkir. mana dgn perasaan orang lagi nak kena jaga. orang ni satu hal gak, kita cakap sepatah taknak paham. bila kita marah cakap kita kurang ajar. susah btol aku dgn orang macam ni. bila aku buat tak reti, mula lah nak cakap aku macam2. eeeee gerammmmmm ! last last aku ignore jugak. hati besi. lepas gwa putus cinta itu hari, gwa dah pesan siap2 ke hati jangan nak lembut hati sgt. kawal perasaan. kawal diri.

oklah, screwed up! entri ikhlas walaupun tak ada cerita sgt. cukuplah mengisi hari khamis hampa. nanti ada masa aku update lagi. takleh nak janji bila dan tajuk apa, aku bukan bleh percaya sgt. kuat sembang gak kekekeke

selamat hari raya. sudah2 la tu beraya, bawak bertenang dan doakan Mesir.

bye!
 dgr lagu Plain White T's buat aku khayal dgn suara vocalist dia tu. haish watchu do to meeeeee


Saturday 13 July 2013

TIPS BERKENALAN DENGAN LELAKI DENGAN CARA PALING COOL ATAUPON SUPER COOL.

Assalamualaikum

hi girls! sempat lagi dak nak ucap Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan ? kira sempat ah kan. hari ni pon baru 4 hari kita puasa. eh dah 4 hari ke? ye awak, dah 4 hari tau. maknanya dah empat hari kita couple! wkwkwkwkw tak lawak -,-

ok tiba2 hari ni nak bagi tips. cehwahhh! macam hape dah aku ni kan nak bagi tips serupa expert to the max sgt! gwa lempang lu nak del ? lu kuat sembang! (emosi kacau bilau) sebenarnya gwa bangun2 awal pagi sebab nak siapkan esaimen law. ntah cemana plak gwa boleh terbongkang malas2 atas katil sampai pkul seploh lebih baru lah gwa bangun pergi mandi. begitulah sifat gwa masa hujung minggu. lagipon roomates gwa takdak, semua balik kampung so tiadalah manusia yang menjerit2 di pagi yang hening suh bangun kemas bilik (hello! bilik kami bersih dan kemas!) lepas tu gwa teringat plak nak berbelog, lepas tu gwa ingat nak update blog kejap dlu baru gwa buat law (ntah pkul berapa gwa nak buat tu tak tahu lah kan. . =='). nak buat law kena ambik mood dulu ok. gwa respek kat dak2 law! gwa tengok ayat dia pon dah screwed up! apetah lagi nak hafal case dgn section. separuh nyawa gwa cakap lu! naseb baek lah gwa tak bercita2 nak jadi lawyer suatu ketika dulu. kalau ya, pastilah ketika ini gwa telah mengalami gangguan mental tahap bezita. ya gwa sembang lg!

dah kenapa gwa cerita macam tu, cakap nak bagi tips! ok lesgo bebeh

sebelum aku bercerita panjang lebar, tips yang aku nak bagi ni aku tak pernah apply pon kat sapa2. yelah aku kan pemalu dan kerekk. manalah aku nk pergi berkenalan dengan lelaki pulak kan. tapi aku tadak lah kerek mana. kalau orang tegur ilex2 je aku layan. apa bola ? futsal ? wrestling ? jdt kalah ? matyo lempar medal dalam tong sampah ? pilihan raya kecil ? pas akan menang ? hahahaha aku boleh je kot melayan. tapi tuh la , aku kan perempuan . takkan lah aku nak start tu walaupun Siti Khadijah yang pergi meminang Rasulullah SAW. eh! apa kena mengena plak ni. 

ok bebeh, tips ni untuk perempuan. lelaki nak try pon boleh gak tapi aku tak galakkan. aku takut budaya gay berleluasa dan bermaharaja lela! dunia akhir zaman. so aku tak galakkan. so perempuan kerek macam aku yang segan nak tegur lelaki dan berniat untuk memulakan sesuatu relationship boleh la cuba apply. harap menjadi. kahkahkah

perempuan ni bukan apa, dia nak lelaki tu perasaan yang dia ni selalu sgt usha mamat ni. contoh macam, setiap kali mamat ni update status ke apa segala mak nenek termasuklah gambar kat Instagram semua kalau boleh dia nak like dengan harapan sang mamat akan sedar, 'weh, gwa minat dekat lu, pehlis tegur gwa.' eleh malu lettew! aku perempuan jugak so aku tahu lah! aku ni jarang gila kot membalas pm2 jejaka di facebook. bukan aku malas nak balas ke apa, sombong jauh sekali. mana ada aku sombong! ntah nak reply rasa macam eh, perlu ke msg macam tu ? setakat nak intro2 kerek2. intro2 tu celah mana. geli la nk intro2 der! lagipon dak cekolah je yang dok menggelabah pm aku suh intro2 bagai. bapak die la nk intro2. ang ingat buat introduction karangan bahsa melayu ang ke mende! hahaha

aku tak tahu berapa banyak tips yang aku nak bagi ataupon berapa banyak yang yang boleh digunapakai ataupon takleh pakai langsung. anggaplah ini cuma teori yang perlu dipraktikkan dengan izin Allah swt. (pergh!) cik awek pernah cakap dekat aku, tak salah kalau kita perempuan ni yang start dulu. 

No 1.
- Perkara paling utama girls kena buang ialah rasa segan dan malu. maksud aku disini jangan lah terjah macam muka tak malu pulak ok bebeh. ang nak ke tak ? nak kan? so takleh nak malu kucing sgt. kena konfiden terhadap diri sendiri dan pada agama bangsa dan negara. 

No 2
- Mestilah menunjukkan sikap sopan seperti, memberi salam terlebih dahulu bila mana nak tegur dalam chat ataupon dapat no henpon beliau hasil dari sumber haram (stalking). ang jangan plak p 'hai awak, saya nak berkenalan dengan awk!' (sekema gila) itu sudah melambangkan bahawa ang ni dah menggelabah. kan aku suruh jd sopan tadi! rekalah drama seperti, "muka awak ni macam saya pernah nampak lah. . " (cececeyyy)

No 3
- Mulakan perbualan dengan ayat2 santai seperti, tengah buat apa. dah makan ke, sahur tadi makan apa, hari ni balik kerja pukul berapa (ok yang ni dah macam bini tanya laki dia) study lagi ? kelas pkul berapa habis ? haha . jangan lah ang terus p tanya dia, 'awak dah ada awek ke blom?' pastilah beliau akan sentap jika beliau seorang forever alone sejak 5 tahun lampau. pelan2 ok. nak ngorat kena ada cara. starting ni kena play safe dalam friend-zone . takkan ayat gini gwa nak kena ajar ? kemon la weh, gwa bet lu orang lagi terer mengatur ayat dari gwa hahahah

No 4
- ramahkan diri pergi komen gambar dan status yang dia update (dengan sungguh-sungguh). kalau masih segan-segan biawak pasir cukuplah sekadar like. hello babes! dengan like boleh mencipta sesuatu ok! aku pernah tau haha dan tolong jangan buat perkara ini, DO NOT SPAM LIKE! jangan jangan jangan. ang akan buat dia menyampah atau rasa tak selesa. satu2 lah. aku dah cakap jangan menggelabah satgi terlepas satu hapak tak dapat.

No 5
- selalunya lelaki akan membalas pm lu orang dalam tempoh kurang daripada 2 minit lagi rare tak sampai 30 saat (punya gedik) . taktahu pulak kot dia pengsan, so keesokkan harinya baru dia balas. ok kes tersebut jarang berlaku. jangan risau. gwa berani bet la konfem beliau akan reply kecualilah beliau seorang gay. yang straight akan reply kecualilah mereka kerek atau sombong bajet hensem nak mampos. 

No 6
- jangan bertindak terburu-buru. maksud aku, kalau mamat tu tak reply jangan pulak ang p spam inbox dia. pikir positif anggap dia tengah buat something, sibuk, ataupon appear online tapi tengah tidur. macam dia takdak kerja lain dok hadap facebook doplohpatjam nak melayan engkau je . kalau dia tak reply jugak, maka pergilah menangis. you choose the wrong person. deme tak suko kite, kite nak bak guane lagi ye dop ? 

No 7
- ambik mood beliau dengan bercerita kisah2 menarik ataupon membuat lawak antarabangsa. ang cakap ang stalker paling berjaya, mesti la tau kan apa yang mamat tu minat, apa yang dia tak minat. kan kan ? di sini, membuat lawak bodoh adalah digalakkan tapi tengok lah cara beliau mereply. bukan semua umat bleh terima lawak kita. so beragak2 lah sikit ok. biar dia rasa 'this girl is quite interesting'

No 8
- jika berpeluang, cakap lah yang lu dah lama usha dia tapi baru sekarang dapat kekuatan nak pm/tegur dia. (lagi2 setelah mendapat idea daripada belog cik adel wee) mesti dia rasa 'pergh, ada gak orang usha aku yang tak berapa hensem ni kahkahkah' bagi dia rasa dihargai sikit. bagi nampak lu orang punya kesungguhan dan keikhlasan tu.

No 9
- ada sesetengah lelaki mempunyai sifat malu yang begitu tinggi dan jenis tak melayan perempuan sangat. mungkin trauma ditinggalkan kekasih ? atau memang lahir2 tu baka dok terperap dalam bilik. bila beliau mempunyai masalah seperti ini, jangan gelabah, jangan risau. act cool! try to attract him dengan pesona yang ada pada diri anda (pergh lagi!) selalunya lelaki macam ni, awal2 je dia macam tu. bila dah boleh get in memang ada chance la lu pasang kabel baru wkwkwkwkwk

No 10
- last but not least, usaha doa dan bertawakal lah ok. kadang2 kita dipertemukan dengan orang yang salah untuk berjumpa dengan orang yang lebih baik. dont waste your time pkir pasal orang yang tak pernah sukakan anda atau mustahil bagi anda nak mendapatkannya. whatever happens, happens. as long as benda yang kita buat tu tak salah, just do it (bak kata Nike). ada salah satu sebab why you're still single ; you ignoring people that loves you. 

Selamat mencuba and good luck guys! aku pon nak cuba try test gak ni wkwkwkwkwk i pon ada crush jugak you know miahahahahah (gewdixs nau)

bye bye


Friday 28 June 2013

Pengemis.

Assalamualaikum

pagi tadi lepas kelas aku pon teman lah si atun ni ke Masjid Jamek untuk membeli buku Law (naseb baek lah Atun jenis tak kerek nak beli buku kat Kinokuniya ke hape kan). masih awal untuk bershopping raya dan elaun pihak Mara pon tak nampak bayang lagi, maka teman sahajalah yang mampu aku buat wkwkwkwkwkw. aku ni bukan suka sangat pon p tempat orang ramai macam nak gila tu. aku cepat rimas. lagi pon badan dah penat, dengan orang ramai lagi mestilah aku pon rasa nak balik panjat katil dan tidur.

aku hanya mengikut Atun tanpa banyak soal dengan menggalas beg dan tergantung di leher matrix card. tengok baju raya, tengok tudung, tengok beg tengok bangla. pokoknya aku tengok2 je la. sedang berjalan2 tu tiba2 adalah dua orang kanak-kanak bangsa apa, tapi muka macam Indian sikit tetapi bertudung dan si abang mungkin, berkopiah. punya laju di lari untuk menghulurkan buku kecil yang ada ayat Al-Quran tu kat aku dengan Atun. termengah2 adik beradik tu maybe sebab terkejar2 orang yang ramai kat situ. Yang pasti kalau ambik tu mestilah kena bayar kan. So disebabkan terkejut, tangan sampai menggigil . Atun dan aku hanya memandang sepi kanak-kanak malang tersebut. Angguk tak geleng pon tak (weh! aku dengan Atun tengah sengkek gila kot hujung bulan kahkahkah) Atun berhenti sambil cakap, aku kesian la weh budak2 tu tapi aku takdak duit. aku diam sebab speechless. tanpa aku sedar aku tengah pegang lengan Atun kuat gila kot hahahahahaha (suey ah habih ah kantoi dengan Atun aku ni keras) atun! aku konfem takkan datang Masjid Jamek ni seorang diri!

bila dah dapat semangat, aku pon cakap dekat Atun. Atun. . adik2 kita masa ni tengah bersekolah. tapi depa tu hmmm.

boleh dikatakan kat kl ni lubuk emas untuk peminta sedekah. peminta sedekah ni datang dari serata alam. kadang2 aku takut tau peminta sedekah ni. bukan sedikit jumlah mereka. tsssskkk yang banyaknya orang tua, orang yang kurang upaya. serius, kesian :/ ada yang bawak anak kecik. ada kot kalau hampa perasan jalan shortcut nak ke Pavi masuk ikot Giant Sungei Wang tu ada ibu yang anak dia 3 orang mintak sedekah. Masa tu aku lalu tengah hujan ikot situ. maka terjadilah drama swasta aku dengan Encik Pakwe (maksud saya bekas pakwe)

aku ; awak, takkan lah kerajaan Malaysia, JKM dan semua jenis badan kebajikan takdak usaha nak kurangkan jumlah peminta sedekah ni ? tolong bagi duit sikit untuk survive ke ?

encik pakwe ; dah mula dahhhh soalan dia ni. Malaysia ni awak, kaya sangat. kaya lah jika nak compare dengan negara Asian yang lain kecuali Singapore. bila awak tengok rumah menteri kita, wakil rakyat kita, awak rasa dorang semua tu nampak tak rakyat sedang mengemis di negara sendiri ?

aku ; saya taknak main politik dalam hal ni okk. u just answer me mengikut pandangan awak je ok.

encik pakwe ; yelah. jawab salah tak jawab membebel aku taknak layan dia.

aku ; @#$%^&*()

perlu ke kita kaitkan politik dalam hal ni ? ataupon kita nak lihat sebanyak mana rakyat Malaysia ni suka bersedekah ? ataupon ramai pengemis yang prefer untuk mengemis sebab sehari boleh collect 2 3 4 rat kot hujung minggu.

sumber dari DBKL bila serbu area dekat Bukit Bintang tu. gila engkau kan 2 3 4 rat.

dan bagaimana pula pengemis like di Facebook ? kehkehkeh

bye

Saturday 22 June 2013

Bagaimana menghadapi rasa perit dengan cara yang sangat 'cool'?

Assalamualaikum

hai! aku dah kat kl ni. start short sem. hokay, first week memang la layu lagi kan. aku pon macam tak bersemangat langsung. mood berterbangan. dalam kelas pon asek berangan. tengok klcc teringat tengok bas rapid teringat. haihh so aku stopkan aktiviti merayau ke tempat2 yang boleh mengimbau kenangan. hahahaahaha apahal macam bodo gila statement ni!

hm setelah menghadapi saat sukar sebelum ni, i made it everyone! i am me again!

sampai membawa diri ke Pahang sebab stress melampau. aku p sensorang kot hahaha. lepas ni nak p Johor lak ah. dah okay, semangat baru. dunia baru. yeah semua baru. dah rasa lain bila berhadapan dengan orang-orang yang tahu the story. depa kesiankan aku . jangan la kesiankan aku, nanti aku nanges cemanaaaaa. jangan okk. hurm :/

ramai berkata, baguslah ditinggalkan. ada lebih baik menanti. tak kurang jugak berkata, padan la mukaa. perangai tak elok mana orang nak. hahaha okay. tak salahkan sapa pon. biar lah, tengok diri sendiri sudah. orang yang melihat diri sendiri apabila terjadi sesuatu perkara ialah orang yang akan berjaya . see, aku dah berjaya lalui. sebab kalau tak diri kita ni yang salah, takkan la nak jadi semua tu kan.
berhentilah menyalahkan orang lain. apa yang kita buat, akarnya datang daripada diri sendiri, bukan orang lain pon.

terima kasih sahabat yang tak putus2 bagi semangat. yang suka buat lawak bila aku jerit, 'weyyyy aku sedih niii!' yang suka suruh aku tukar lagu bila aku layan jiwa. you guys rawks! yang selalu pesan suruh aku wake up, aku kuat, aku boleh. aku taktau nak cakap cemana. serius aku terharu dengan sokongan2 camtu.

Alhamdulillah, ketenangan sebenar datang bila kita bersujud pada Dia. Kekuatan dalaman tu tak dapat dekat mana2 selain dalam solat. Solat la bila susah atau senang. Sesiapa yang menjaga solat, nescaya Allah akan menjagamu. dalam apa jua keadaan, solat adalah perkara utama. nak lihat manusia bermasalah, lihat bila dia meninggalkan solat. selerakkkkkkk

ermmmmm, tu je kot. nanti update lagi okay.

bye

Wednesday 12 June 2013

sedih sebak serius dan sedikit lawak.

Assalamualaikum semuaa!

yeay! setelah mengharungi pahit getir selama sebulan, maka dengan ini saya mengisytiharkannnnnnn
'TONGKAT ALI ADALAH KHAZANAH KITAA!' sepp sikit kakakakaka
okok sorry kita serius

you know what peoples. . i go speechless bila bercakap soal hati dan perasaan. tapi aku sendiri mudah nak luahkan bila menulis. apa saja yang aku tulis pasal perasaan itu sebenarnya dari hati. bila bercakap aku akan lebih kepada loyar buruk dan melawak macam bangang.

bagi teman2 rapat yang tak putus2 bagi semangat dkt kite, (teman2 jadah apa sorang je kot) Cik Awek Orang aka HajarulAswad atau nama penoh beliau Nur Syariena Hajar Bt Mansor. merupakan teman aku selama berbulan2 (2 tahun pakat dok buat belagak) ni tapi baru-baru beliau menunjukkan bahawa beliau sangat gila dan mereng nak mampos.
untuk bukti yang sahih, kalau berwassap dengan beliau, pastilah aku tergolek2 gelak sebab lawak yang sangat bangang. kadang2 macam bodoh gak tapi yeah! she motivated me alot wakakakaka nak reyau ah ceni

sampai sekarang we still kontek2 dok bercerita kisah hidup masing2 yang penuh ranjau berliku. sakit kot! tiap2 malam aku wassap sampai aku tanya kat diri sendiri, aku ni straight ka kona sket ? kakakaka lawak

dalam perhubungan Allah tidak merancang semuanya harus berakhir dengan happy ending. ok itu fairytale. lu orang cakap ah fairytale mana ada tak happy ending. tu semua rekaan duniawi. hakikat sebenar yang aku lalui, penuh ayaq mata ohh wahwahh drama sangat. berdoalah pada Dia untuk sebuah hubungan yang berpanjangan dan berkekalan.

aku pernah menangis untuk menjadi yang terbaik at the end aku gagal. aku berusaha untuk orang lain., aku juga gagal. yang pada mulanya nampak gah tetapi akhirnya sia-sia. aku cuba menyempurnakan keadaan tetapi aku gagal. yang aku lulus, aku boleh ketawa walaupun masa tu dok lap air mata kat pipi.
kadang2 aku menyesal untuk dunia lepas yang baru sahaja aku tinggalkan. perit nak terima hakikat, pedih hati nak tanggung apa yang depan mata. semua yang jadi buat aku lemah selemahnya.

aku jugak bodoh, masih mengharapkan sesuatu yang telah musnah berkecai. harapan tipis aku serahkan pada Dia. Dia Maha Merancang. Dan rancangan Dia adalah sebaik-baik perancangan. Doakan aku tabah kawan-kawan. . :'(

Sekarang aku sedang menerima ujian ataupun sedang menghadapi hukuman. Aku sendiri taktau sebab aku takboleh nak fokus tentang perasaan. celaru.

dont do stupid things when you're upset. because you upset temporary.

setiap hari yang aku buat, crying crying sampai penat. tipulah kalau aku cakap aku tak nangis kan. .
this is the worst thing ever happened to me. berat turun mendadak, i dont eat something good to my body masa dilanda kekecewaan sebab melayan sedih sangat. stupid me menyeksa diri. but those yang lalui keadaan macam ni, awak akan faham and it taking time to fully recover. taktahu sampai bila, mohon pada Allah dipermudahkan jalan dan diberi ketabahan.

bila sorang2, aku mesti fikir teruk-teruk dan tiba2 nangis. ok nangis nangis sampai aku rasa nak penampaq diri sendiri. kalaulah aku boleh sekat ayaq mata ni. . memang aku dah buat. well, awak semua tahu kan. . saya menangis bila betul-betul sakit. selagi boleh tahan saya akan tahan. pastilah ujian ini aku tak boleh tahan lagi yedak ?

untuk 2 hari, aku dah berhenti nangis walaupun rasa sebak angatttt. ada perkembangan kan ? hehe
maybe kilang air mata aku sudah mengalami komplikasi kot.

aku tahu berat mana pon ujian, aku kena hadapi jugak hidup aku sehari-hari. mana aku nak lari lagi kan. .
perit mana pon dalam hati, apa lagi yang boleh aku buat. solat baca al quran tenang sikit lepas tu aku tidoq. bangun rasa sedih lagi, cepat-cepat istighfar sebab takut nangis lagi hehehe
aku baca buku motivasi, aku pesan dekat diri aku to be strong, aku muhasabah diri. Cik awek, the reason why i always sleep sleep is. . (sila sambung)

kalau sebelum ni aku yang motivated orang sebab cita-cita untuk menjadi seorang Motivator. sapa je aku tak pernah nasihat untuk segenap hal. . sebab aku rasa aku boleh handle masalah orang lain. tapi bila jadi dekat aku, hambik! terus aku down to the max. aku rasa aku patut tukaq cita-cita jadi Accountant. sebab lecturer aku cakap Accountant is lifelessss. what the! kutuk dak akaun mana bolehhh!

jujur dari hati, ini kali pertama aku rasa kecewa sebegini rupa, aku tak pernah masuk dalam dunia yang sebenar sebab sebelum ni aku tak pernah serius tentang perasaan. buat macam biasa, rilex2 kawan takdak hal yang ditekankan pon. betulah orang cakap past is a lesson and present you'll apply the lessons. padanlah aku rasa macam ni, aku ditinggalkan dalam dunia yang aku tak pernah lalui sebelum ni. i am all alone cari jalan keluar untuk semua ni.

untuk ke arah hidup yang lebih baik, i must fight. ujian allah bukan untuk melemahkan hamba-Nya. Alhamdulilah ya allah, i still breathing. aku masih bangun bersujud pada dia awal pagi. Dia saja tahu apa yang aku tak tahu.

untuk semua yang memberi semangat, terima kasih. life must go on , remember ? buat masa sekrang aku tak dengaq lagu sedih sebab aku rasa nak meroyan bila denga lagu sedih lagi-lagi lagu Sheila On Seven. sedih nokhorommmmmmm lagu SO7. aku benci tauuu huwaaaaa

fokus dekat study sebab i must pass 3.75 untuk MARA support ke Master. *verangan is my middle name ok* padahal baru nak masuk tahun kedua weee. im the second year student! call me senior bebehhhh!

good bye loves, hard to say that. . but itu sudah ditentukan.
good bye past, future, . im ready to go

Tuesday 21 May 2013

Cuti Semester

Assalamualaikum

hai! lama aku menghilangkan diri. pergi menenangkan hati yang kusut. wahh! kusut kemain engkau kan, . padahal takdak kusut mana pon . saja bagi sedikit unsur emosi .

sebelum ni sibuk dengan PRU 13, then final exam. Semua tu dah habis. nak sembang politik, tapi aku ni kan kalau bab politik suka emosi tak tentu pasal. politik ni menaikkan darah orang. tak memasal lak aku maki hamun orang sebab fahaman politik yang berbeza nih. hehehh

takyah kot aku jawab kemana aku pergi selama tidak berupdate ni. yelah , nak jawab apahal. takdak pon orang tanya, dak anis mana p? lama tak update belog ? sedih I ols tau. tapi takpelah, belog tak famous kan. mana lah orang nak tanya. kerek sehh kalau tanya pon. kalau banyak orang tanya mestilah aku riak sikit. orang tanya kot ? nampak sangat dia slalu stalk blog i. ish apa aku ni!

kalau you ols nak tau, aku ada jugak dapat komen yang mengatakan, "ehhh awak ni lawak tau tak", "saya suka entri awak" kehkehkeh malu la sayaaaaa. aku pon taktau bila masa pulak aku buat cerita lawak dalam entri aku tu. kalau ada pon lawak ke ? lawak sangat eh ? hahaha maceh la. bila orang cakap aku ni lawak, maknanya dia happy dengan aku. bila orang happy, automatically kita pon happy. yippppiiii!

aku memang lawak pon, aku suka buat lawak bodo. kalau sehari tak buat lawak bodo boleh sengal2 badan. takpon boleh kena darah tinggi hahaha. kadang2 bukan semua orang boleh terima lawak bodo yang kita buat. nak buat lawak bodo pon kena beragak jugak. takkan orang tengah serius aku buat lawak bodo. memang melekat la penampaq sedaih kan? selain suka loyar buruk, aku ni kalau orang yang aku tak kenal bukak cerita, aku boleh plak masuk sekali sembang kencang. ilex2 je aku ni kan muka tembok wakakakaka

oklah oklah. cuti semester kan. . sebulan jahhhh. lain la dak2 lain 4 bulan. ohh UniKL tidak adil. mengapakah student degree hanya diberi cuti sebulan ? gwa sebenaqnya jeles dak lain cuti sampai 4 bulan. gila ah 4 bulan cuti! hurm nak buat guane yedak. . dah cuti depa bagi sebulan, cuti je lah kan. kalau unikl tu bapak aku nye memang suka hati aku lah nak cuti namblastahun pon wkwkwkwk yang bodonye aku jugak, bukan orang lain

selamat bercuti semester ya adik2! kawan2! (walaupun dalam hati terselit secebis rasa cemburu! cis)

cuti sem ni aku tak p memana pon. dok rumah, pagi2 bangun cuci baju kotoq, malam tgk tv, siang tgk tv. heaven! nak makan mak masak. mak tak masak g beli kat kedai. masak ? aku masak tak sedap (padahal malas)

sedar atau tidak, bagi yang follow perkembangan blog ni (ada plak nak follow hidup aku yg tak tentu arah ni kan!) aku sudah menjadi pelajar tahun kedua ijazah pertama. wahh! anis you did well (kononnya) . bermacam2 dugaan hidup di perantauan (kl je pon), peritnya hidup sebagai pelajar. dalam perit tu banyak jugak kenangan dan pengalaman manis yang tercipta (eceh!)

matlamat hidup aku letakkan pada paras normal. bukan tak mau letak paras tertinggi. kadang2 aku ni kan bangang sikit, sat macam tu sat macam ni. biasalah. . manusia.

perkara yang tak penting aku letak tepi. letak tepi dulu bukan letak tepi dan terus takyah pikir. yeah! dahulukan yang mana penting. yang tak penting ni boleh pikir lepas ni. hidup ni kan kena ada perancangan. mana boleh ang main redah je. Padahal aku pon kadang2 redah jugak. at the end jadi macam harem. kelam kabut nak handle. heheheh manusia, .

sekarang ni aku malas dah nak semakkan palahotak aku dengan benda remeh. macam, aku kecik hati dengan orang sampai tak lalu makan, orang kecik hati dengan aku sebab aku ni kasar macam jantan, orang mals nak sembang dengan aku sebab aku cakap taktau berenti, orang macam tu, aku macam ni. argh! aku malas!

ok kawan2, nikmatilah cuti anda sebaik-baiknya. buat benda yang bermanfaat.

insyaallah akan ada entri seterusnya lepas ni.

ohh kalau entri kali ni macam biadap, mintak maap banyak. bak kata pepatah, kami orang alor setaq memang loqlaq pon! hahaha memandai aku buat pepatah sendiri.

p/s; page kat facebook "Kami budak Kedah memang kasaq, hang kalut kat mana ?'' "Hang buat leklok sikit, aku hawin kot tingkat baru tau"

walaupun kasaq janganlah ambik hati, kita gughau2 je lah. wek wekk byee

Friday 29 March 2013

MALAS

Assalamualaikum

masing2 sibuk dengan final exam. aku ? heheh unikl lambat lagi luls. good luck!

aku ni nak cakap rajin study tu taklah sangat, tak rajin. macam bila besok ada quiz or test masa tu lah terhegeh2 nak study. kalau takdak, aku belek lah jugak nota2 walaupun tak bersungguh2. nak cakap aku malas, boleh la. malas ni lagi banyak daripada part yang rajin. malas nak susun nota masok file, malas nak salin nota. nak highlight nota pon malas. kadang2 tertanya-tanya, boleh kah aku survive degree ni sampai 4 tahun dek kerana malas, malas ataupon tak bersemangat ?

disebabkan sejak azali lagi aku suka buat kerja last minit, maka masok bulan 4 ni aku akan bersengkang mata lah yee. . sebab hujung bulan 4 ni dah study week, perlu lah bersungguh2 untuk mengekalkan pointer agar MARA tidak menarik balik loan tersebut. ciss! MARA main ugut2 Iols :'( kalau sem satu gwa masih terkejut dengan dunia kampus yang rata2 mereka berperangai bermacam2 jenis sehingga aku asyik touching. sem ini tidak boleh begitu lagi, kena semangat lah derr! insyaallah, sem ni gwa nak perform sehabis baik! nak skor subject yang mana aku rasa buleh skor. yang takboleh go tu try an error lah.

paling aku pelik sem ni, assignments yang bertulih tak banyak, tapi assignment kena buat video2 bagai. kejadah apa, kalau tak kerana carrymarks tingggi, memang mampus aku malas nak buat video2 ni haa. aku ambik accounting, bukan perfileman. rasa macam nak cakap kat lecturer aku suruh Farid Kamil ah buatkan. apahal aku pulak. tapi mak aku tak pernah ajar aku berkurang ajar dengan pendidik. hadap je lah, buat setakat mana yang boleh. jangan nak merungut sangat. merungut kerja siap takpa, ni merungut kerja tak siap.

hidup aku sekarang makin kusut, ntah lah. . nak kata kelas aku pack sangat, tidak jugak. sehari satu kelas je pon. nak cakap assignment banyak, ada ah sikit. sempat submit. nak cakap masalah banyak, bukan hidup namanya kalau takdak masalah. aku bukan peduli sangat pon pasal orang, tahap ignorance aku tinggi. aku malas nak pikir benda2 yang buleh buat aku down. setakat kawan turun kafe tak gtau aku, aku nak touching. memang tak lah. orang tak peduli pasal kita, jadi put simply, biarlah kat depa. . janji kita tak buat benda yang tak sakitkan hati orang. dan paling penting jagalah hati kita dulu sebelum nak jaga hati orang. sebab kalau kita sendiri serabut, camana kita nak jaga hati orang yedak ?

besok ada event dengan MARA kat PWTC. so adik2 lepasan STPM dan SPM yang mana ada masalah belajar, financial, loan, nak study tapi taktau nak pilih kos, nak pilih kos engineering tapi tak cukup syarat, silalah meramaikan event tersebut. pegawai2 kat situ banyak dan akan menjawab setiap patah soalan yang adik2 nak tau. ok ?

bye (-___-)

tahu. entri kali ni macam apa ntah. tapi entri ni aku sungguh2 tau buat , mungkin sebab kepala aku dah mereng, so macam yang takdak kaitan pon aku bubuh sekali haha.





Thursday 28 February 2013

Semester 2 yang Huru Hara

Assalamualaikum. wassup guys ? entri lepas aku ada janji nak update tiap2 minggu kan ? eh ada ka kat entri yang lepas ? eh ehh ? kira ada lah nohhhh! hahaha . aku rasa, kalau ada anugerah Blogger Paling Sembang Lebat dan Tak Famous (panjang gila nama anugerah!) memang confirm anugerah tu dapat kat aku. or ada lagi anugerah yang paling teruk, rasanya buleh kat aku gak (-____-') suka sembang lebat memang hobi aku satu habuk pon takleh pakai.

siryes wey, kalau aku tak penah rasa kelam kabut sebelum ni, sem ni lah yang menyedarkan aku. masa dulu time STPM dekat2 nak exam aku ilex2 je lagi. . hm old me, now is better. Alhamdulillah. kalau mak gwa tengok kehidupan gwa sekarang yang berulit buku sepanjang minggu, pastilah beliau akan menangis teresak-esak kerana kat rumah dulu pemalas tahap tapir anak pompuan dia ni hahaha. rindu mak lah! bukan nak samakan anak dia dengan tapir, tapi sebagai perumpamaan. ada ka perumpamaan, pemalas seperti tapir? non hado!

kesibukkan yang aku hadap ni bukan calang-calang (sembang lebat lagi), kadang2 bila balik dari kelas, nampak katil tu rasa cam nak tidoq tak ingat apa. boleh la tidoq petang sepam dua, tu pon kadang2 takleh. sebab kalau kelas petang, sampai hostel dah dekat asar, kalau tidoq time tu memang sampai ke isyak la cerita dia, takpon ke subuh pagi esok. ntah2 subuh pon terlepas. Nauzubillah min zalik :')

bila dah sibuk, mana sempat lah ye nak dating. nak curi masa ? ada plak masa aku nak g dating dengan esaimen bertimbun. masa ang dating pahtu ang teringat keja tu tak siap, keja ni nak kena submit. tenang dak ? mesti pakwe ang tension sebab dia cakap dengan tunggui. lepas ni dia bosan, dia p dating dengan tunggui samalah cam awek dia yang ada iras2 tunggui ni tskkkk!

aktiviti harian aku ialah, bangun pagi. . siap2 nak p kelas, dok dalam kelas, lepas 3 jam, balik, mandi, cuci baju, malam sembang kencang pasal dak2 batch baru yang kerek, pastu mula lah ektibiti berulit dengan esaimen. lihatlah betapa tak bersosial nya aku dengan alam sekeliling. update status pon tak sempat nak reply komen. pahtu orang cakap sombong. naseb baek yang tak hensem tu cakap aku sombong, kalau yang hensem cakap. . aku libas sorang sekoqqq! cis jenis racist!

tak banyak pon ektibiti yang aku buat senanya. bosan gila hidup aku, tapi sebab esaimen banyak. kononnya study hard padahal study sejam yang lebih tu menguap2 depan buku. rasa macam nak lempang muka sendiri sebab perangai gitu tau dak :') petang ini setelah mendapat tidur yang cukup, ermm nak sikit lagi senanya haha. masa dalam kelas Economics tu dah kuatkan hati nak update blog. Alhamdulillah tercapai. terpaksa topup tidoq sebab semalam berjaga sampai ke subuh, berdengung kepala hotak check tengok nota Eco. Alhamduillah, boleh kot jawab tadi. boleh.kot.??? kita kenalah yakin terhadap kemampuan diri kita ok!

besok ada lagi satu test untuk midterm. aku ingat bulan Feb ni buleh ilex sket. tgk2. . harem! menggelabah adalah. besok juga last untuk 2 minggu yang menyesakkan otak. bulan Mac boleh lah jalan2 sebab duit mara dah masok wakaka

oklah oklah. cerita panjang sangat ni. . bacalah sampai muntah.

p/s; naseb gwa bukan peminat running man kejadah hape tu. sebab roomate gwa boleh hadap cerita tu dari maghrib sampai ke subuh pagi besok wa cakap lu! pelik gwa, beliau ni macam takdak test pulak padahal satu kampus dgn gwa. (-____-') makan tengok running man, study pon bukak running man. . sungguh, gwa tak paham btol. benarkah Running Man sangat lawak macam Maharaja Lawak Mega ? lu pkirlah sendiri!

Thursday 24 January 2013

Hobi sampingan

Assalamualaikum.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Setelah lama menyepikan diri di arena blog. Kini saya kembali. wahh giteww intro. tak best langsung. banyak senanya draft yang aku buat. tercongok kat dalam ni sebab malas nak publish. malas ? kadang2 rasa nak publish cerita yang tak penting. bila baca balik, eh cam bangang lak aku tulih ni, takyah la kot. hahaha tu la kisahnya.

sem baru dah start. sibuk takyah cakap ah bai! bayangkan la minggu pertama pon lecturer dah bagi assignment, research whatsoever. dengan kelas tak sama dengan grup asal aku. aku dapat kelas yang semua budak sem 3, aku sorang je kot sem 2. rasa kerdil sangat dalam kelas tu. wuwuwu pandai2 lah aku adapt dengan budak2 baru tuu. depa tu hokay, aku kan jakunnsss. dalam kelas tu aku jadi pasif, cakap pon bila orang tanya je. punya jakunss. rasa nak balik aloq setaq pon ada gak. tapi semangat masih kukuh. baru sem 2 dah putus asa, ni ada lagi 6 sem kot. :')

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dulu aku ingat nak jadikan hobi menulis blog sebagai hobi tetap. tapi biasalah, melayu mudah lupa. aku dah bertukar ke hobi baru. iaitu ? termenung depan balkoni bilik tengok geng2 NSTP buat surat khabaq. 
lama gila kot aku tak update, dari tahun lepas lagi kan. kalau tak silap. entry masa bulan berapa ntah. ni dah tahun baru, so bagi lah entri tahun baru sikit. tahun baru lagi ka ? 

aku ada lah sekali dua jenguk blog, tu pon jenguk pakai henpon. kecik tak best. ni pon baru bukak laptop. mak aiii berabuk laptop gwa yang cabuk nih! laptop hanya digunakan bila nak buat assignment je. kalau takat nak online pesbuk, baik aku online pakai smartphone. apa guna smartphone kalau tak boleh tolong time nak jawab quizzzz ? haha tiba-tiba lak

aku perasan gak, trafik blog macam dikunjungi walaupon takdak entri, yang ada pon entri masa lampau. tskk jangan buat aku terharu buleh dak ? 

meh nak cerita serba sedikit apa yang aku buat kat sini.

okay, sekarang ni aku stay hostel lagi. sedih jugak sebab ramai kawan2 yang dok umah sewa. depa kata hostel tak best. bukan sem lepas aku beria-ia nak stay kat luaq eh ? ngee~ bila pikir balik, baik lah aku dok hostel dari nak membayar duit sewa mahal2 dok pulak bilik sempit (-______-') kat hostel ni pulak, kalau dah ada cuti lama sikit, mesti lah sunyi dan sepi. bilik mandi pon tak meriah macam hari2 biasa. ampaian pon lenggang. cafe pon tutup. jadi makanlah megi kari cap maggieee! pfftttt. 

maka disebabkan itu, aku pon mengambil langkah untuk berbelog. semalam dah taip sikit. lepas tu terganggu sebab atun dengan su datang bilik nak tengok movie, Saw ? terjeritlah2 kami bertiga. muka kemain ganas, tengok Saw dah macam kena sampuk. selepas itu, tidoq dan bangun pukul 11 tadi wakakaka. bangun awal nak bakpe kan ? 

kehidupan diteruskan seperti biasa. nak jalan2 mana hari ni ? dengan sapa ? okay takdak sapa. mari tidoqqqq!

zohor sudah ?

InsyaAllah, akan ada entri baru lagi lepas ni. kalau sempat. . pheww

byee!