Saturday 26 May 2012

Positif :)

Kata hati merayu aku pergi meninggalkan dirimu tapi ku tak berdaya, mengapa kasih , sangggup ku hadapi . .
setelah aku korban segala-galanya sangggupku harungi hidup bersama dirimu, meninggalkan semua yang aku cintai . . 

wah wahhh gitu lah tajuk lagu Erema - Pelita Di Bawah Purnama . haaa tuh baru Erema satgi takot keluaq Data - Mengulit Kenangan baru tau cering . hahaha . Tuh antara lagu yang aku suka melalak kalau sedih ka ada masalah apa ka . hihi jiwangnye sayee ! 
apa ni tak rock la layan jiwang , cehh . Bukan selalu pon . hari lain guwa layan Avenged Sevenfold , Paramore , Greenday . dulu guwa minat indie . sapa yang berani kutuk indie memang guwa rasa nak menangis sambil bertempik lah mempertahankan apa yang guwa minat . tuh blom lagi orang kutuk JB , habis semua orang nak maki . konon fanatik la, tapi sejak band indie sekarang nyanyi lagu macam haramjadah , terus hilang minat guwa terhadap indie . tak semua lah, setengah2 band je aku pon tak paham lagu cemana yang depa ni cuba nak sampaikan . 
K-pop ? diam la hang . sorry, aku tak minat k-pop. tapi kalau big bang, Suju jadah apa lalu depan aku memang aku koma seminggu . kehkehkeh

ah sudah ! mari kita kembali ke tajuk utama .

alamak kecik, sila klik untuk enlargement

nampak tak, ok tuh status aku kat fb . kalau tak nampak jugak, rabun tahap super duper cam aku meh nak copy balik .

''Kalau niat nak study rajin2 pastu dapat keja bagus, dapat nama, dapat kecoh2 dekat orang kampung memang takkan berjaya lah ya . Niat mencari ilmu kerana Allah . Betoikan niat dulu okkk . Apa2 pon niat tuh sangat penting . Kalau niat kita baik, insyaAllah segalanya akan jadi baik . :D''

aku tak nafikan, semua orang berhak untuk bercakap apa saja . tapi gaya bercakap perlu lah disertai dgn rasa hormat dan kalau nak bagi orang terasa sangat2 pon  guna lah bahasa yang lebih halus . halus lagi senang nak meresap masuk dalam hati tau hahaha . tp aku kadang2 cakap main lepas ja weh . bukan tak penah dok ngutuk orang, ngumpat orang . haishhh jahatnya . Astaghfirullahalazimmmmmm .

aku penah jugak dengaq orang cakap dan aku pon ada jugak cakap ceni dekat orang . ''elerhh.. bajet baik la tuh padahal perangai cam hantu''
''cakap orang tak bertudung, dosa tak tutup aurat apa semua, dia pon bukan alim sangat'', '' nak nasihat orang macam la dia baikkkk sangat , blah la'' 

''orang buat belog, dia pon sibuk nak buat , dah la belog macam apa ja pon .''

okay, i admit semua yang orang cakap ni betoi2 belaka . takdak salah sikit pon .
tetapi, tidak boleh kah diantara kita semua berfikir dengan cara yang lebih terbuka ? berfikiran positif ?
ni bila orang buat apa2 semua nak kutuk, nak komen sampai sakit hati . bukan aku nak cakap takbuleh komen, tapi apabila komen yang depa bagi menyakitkan hati dan mendera jiwa, itu bukan komen yang baik . nak tegur pon kena ada cara dia oi . memang lah ikot hati sedapnya cakap pasal buruk orang . benda buruk ni la kita suka buat . tapi bila kita pikiaq balik , ya allah. . kita ni pon tak tera mana sangat , nak bandingkan buruk baik orang , takboleh la macam tu . sangat tidak profesional .

aku nih pon bukan nak serius sangat setakat nak komen sampai sakit hati dalam facebook, dalam Twito tuh . semua tuh duniawi je ! haha anggap ja ni macam contoh untuk aku sampaikan apa yang aku rasa ni . :')

tipu lah bila kita tak terasa hati bila orang cakap macam tuh kan , pedih cek oi . kita buat baik pon orang nak kata , buat jahat lagi lah, kena maki berbakui !
ambik lah semua benda yang jadi sebagai satu input yang positif untuk membentuk diri yang lebih baik , jadikan inspirasi . wahhh ! adelle ni cakap macam cikgu pulak . hehe taklah, ni semua aku dapat daripada bahan bacaan . tak salah kan berkongsi ? ^^

bersangka baik lah dengan orang, jangan terlalu awal menghakimi orang lain sedangkan blom tentu dia betoi, blom tentu dia salah . Kalau sungguh dia salah , takbuleh jugak ''wuuuu ! padan muka hang , tuh la bodo piang sangat'' suatu dulu aku penah mempunyai jiwa sebegini . now, jiwa sudah matang seiring usia . kehkehkeh . ini awesome !

sebenarnya, aku jugak tidak sebaik yang macam status aku tuh pon . banyak jugak la yang tak baik daripada yang baik kat diri aku ni . aku jugak masih perlu repair yang mana tak betoi kat diri aku sendiri . yeah you know, nobody perfect kan ?
kita cakap orang, kena kat kita balik . what goes around comes around .

lain orang, lain perangainya . yedak ?

bak kata Prof Dr Muhaya - jom audit diri ! celik mata reset minda .

have a nice day friends !

p/s ; kalau ada sesapa cakap aku buat entri ni macam bajet baguih, open table aa weh ! hahaha
xoxo

Tuesday 22 May 2012

Tajuknya mestilah gempak !

Assalamualaikum.

Alhamdulillah , syukurrrr. . sila lah bertepuk tampaq sebab aku dah rajin nak karang ayat . cepat la tampaq cepat laaa . hahaha
macam biasa masalah utama aku kalau nak hapdet tentulah nak bagi tajuk . bukan senang derr nak letak tajuk . kalau tajuk tak best, takdak la makhluk2 nak usha belog engkau . jangan berangan . acewahhh ! macam la tajuk aku best sangat . 

hehe DP kat facebook, muka I tak berubah dari dulu sampai lah sekarang sama lah jugak tubuh I yang kurus ni . IM UNDERTAKER. eh underweight !

setelah ditilik-tilik, aku tengok banyak entri yang dulu banyak cerita asal kehidupan orang lain, motivated, blablabla tak best . now, today, this momento. . aku nak cerita pasal diri ini pulak . wiwi eksaited tak ?

Seperti yang anda semua ketahui, I ini adalah seorang pelajar lepasan STPM from SMK Dato' Syed Omar , Alor Setaq Kedah . Ofcoz I amat berbangga sebab capslock kan stpm tuh walaupon result buat bapak I nak campak I dalam loji kumbahan . tapi I masih selamat melangha di rumah sementara menunggu hari pendaftaran kemasukan ke universiti dalam kos yang tak berapa best . I dah istikharah semua, nampaknya Allah mahukan I berada di jalan itu jadi apa pon I tetap-harus-kena minat . :')

Mempunyai susuk tubuh haluihhh dan tinggi seperti pokok nyok . LOL . jangan tanya kenapa I sangat slim . I dah penat doe jawab sebegini rupa. I kurus sebab genetik . Kenapa I makan banyak tapi tak besaaq-besaq ?
melihat pada nafsu makan I, semua orang tak percaya kenapakah I masih kecik . Nafsu makan I sangat la tinggi . sekali tambah nasik berpinggan2 selagi mampu I akan makan tanpa memikirkan orang lain . I sangat tamak ok . byee !

ramai kawan-kawan sebaya cakap 'huh adell repsy sombong. . jarang nak senyum' tapi bila dah bersua muka, merapu tak ketahuan hala . baru lah depa ni tau betapa gilanya I . wakakakakaka . sehari sembang rapu dengan I pon tak kan habih la you . come on join me bebeh ! dan bila sudah mula bercakap, I mengalami masalah sukar untuk berhenti . so mulut I akan hingaq sampai lah i tidoq . weeee ~ lemme tell you how cool I am .

kenapa nama adell repsy, bajet hawt lettewww . hey babes, everyone have their own secret . Nama Adell tuh sebenarnyaaaaa nama yang dah lapuk ditelan zaman . Semenjak dari usia 16 tahun I mula dikenali dengan nama Adell . so banyak la jugak teman2 yang panggil kite Adell . kite tak kesah . Adell ke Anis ke. . ape lah, panggil je . hey adell, boleh tak hang jangan cakap keyel dekat sini !

mempunyai masalah kulit muka yang berminyak, tapi sekarang sudah mampu dikawal dengan Garnier light Oil Control . yay ! sikit lagi boleh ganti heliza . #pang . sekarang ni muka banyak parut2 jerawat sebab dulu balik keja dah malam, pastu malaih nak cuci muka . lepastu naik la jerawat . tapi dah kurang sikit parut ni . gimme 5 !

peoples, i dont know what fashion is all about . I just pakai apa benda yang I rasa sesuai tanpa memikirkan fesyen tersebut telah out-of-date, zaman dahulu kala ka. . apa ka . I pakai je . peduli ah kan . I bukan anak tokey petroleum pon nak spend money untuk fesyen .
I tak kesah sangat pon fashion2 ni sebab selalu I pakai t-shirt dengan jeans koyak2 je . Boleh dikatakan setipa kali aku merayau ke mana hala mesti pakai t shirt dengan jeans kecuali la p ziarah orang mati kan. . nak mampos bapak I sekeh kepala . sekeh ke sembelih ? -___-
i tak suka tau baju2 yang merambu ramba ala-ala Ramlah Ram, all day with baju kurung sebab I ni kan hyperaktif . i tak suka pergerakan i terbatas . sebab selalunya bila I bercerita kencang mesti nak siap dengan gaya, efek bunyi bagai . so tak best lah nak pakai ribbon2 whatheee. imej I mungkin tercalar . kahkahkah

maybe bila dedahkan hal ni, I telah direjek menjadi calon awek, calon menatu ? oh jauh sekali . rugi la tak ambik aku jadi awek hang . p cari mai mana nak dapat awek cool camni. hahaha !

disebabkan mengalami masalah kulit yang tak berapa cun, dulu time muda kulit licin berseri la jugak . cewahh menipu la hang ni . benda paling I tak suka ialah mekap aka conteng muka . Bukan lah anti sangat dengan mekap2 ni .I just feels not confortable bila apply foundation, eyeshadow, mascara whatsoever . but I suka pakai eyeliner . cool enough ? :P
so jangan la mencebik bila tengok i p mana2 muka sememeh je . Less is more right ?
i okey je kalau keluaq pakai bedak baby rm3.20 . sebab i tak berapa nak putih tak berapa nak gelap sangat, i malaih doe nak apply all these things . maybe bila i dah matang, dah ada duit nak beli. . mana tau i akan lebih bersemangat nak pakai mekap ? tolong la doakan benda yang baik untuk i . teheee

yaaa, rasanya tuh ja la kot benda yang i nak gebang terok2 . bukan apa sangat kan.. just basic thing yang peoples kena tau . ceyyy, awat pulak orang kena tau, you ni artis ke del ? jangan nak bajet bagus la . **cakap dekat diri sendiri haha

suka la plak cakap i you i you gini . hahaha 

bubui !

jumpa lagi ! thank you for reading .


Tuesday 8 May 2012

Sekali sekala .

Assalamualaikum .

Good afternoon/evening guys . Sebenaqnya dah lama dok tqingin nak buat entri baqu tapi gaya nak karang ayat, membe dok ajak lepak plak, gaya nak bukak tulih ja dok tehege nak main game lak . Dah nak buat cemana, iman senipis kulit bawang , cepat terpengaruh . wuwuwuuu kecik sungguh jiwaku .

yang dok gatai buat entri nih pon sebab ada sorang dua dok tanya, lama dah noh tak buat belog . cehh sorang dua ja pon, kot beribu dok tanya buleh gak la nak buat gempak . apekehal ? hahaha . dak la, sorang dua pon aku terharu gak la kan. . dok tulih cambodo pon ada gak oqang dok mai baca dok selak habih sampai page last nuh . yang heqannyaaaa tengok trafik ada visitors hok mai daqi California pon ada , dia nak ajak aku buat klip video California Gurls kot . wakakakakaka aku nak la ! mai la ajak oii . heqannnnnnn ! trafik ni muhong aku ka apa ? jangan dok belajaq muhong nohh, satgi habeh aku kena ayat dengan depa nih . :PPP

untuk pengetahuan bersama, kebanyakkan entri hok lama2 semua aku dah padam buang . bukan apa, kebanyakkan entri hok dulu tuh tak menepati citarasa aku . cehh . camana dulu aku buleh p buat entri macam harey gitu taktau . bila dah membesaq ni baca balik rasa pelik lagu mana ntah . tuh yang p delete habih .
tinggai hok syok2 ja . ehh syokk ka ? #PANG

benda paling baqu dalam hidup aku lani ialah aku rasa senarai kawan baqu aku dok bertambah . senarai pakwe ? ok yang ni lupakan .

Alhamdulillah, ada la oqang yang ikhlas nak kawan dengan budak peqangai gila cam aku ni . serius wey, aku terharu . ni dok sapu ayaq mata sobss sobss sobss . Terima kasih kawan-kawan baru . kawan lama tak penah cek lupa, hampa memang The Rock la . Mai nak tampaq pala sorang sedaih . hahaha

lanih jugak tak penah dah dok rasa loser, dok rasa rendah diri tahap melampaui batas , dok rasa tak cekang pala lutut , rasa besa ja . Rasa macam Selena gomez ngan Justin Bieber, bahagia cek oi ! . hahhaa .
merapu terok entri kali ni .

okay lah, rasanya takdak dah berita baru dah . semua biase-biase je pongg .
Oqang alor setaq malam ni kita pakat p tengok bola nohhh . Jommmm !

bubui guys !