Wednesday 5 December 2012

wahai pengguna konteklenssss

Assalamualaikum

helloooo guysss ! saya tengah sem break sekarang. heaven. tak heaven sgt pon sebab kat umah takleh bangun lewat . kat hostel boleh bangun suka hati jeww . mencik ah . *pang*

okok stop part ngada-ngada.

nak cerita sket bab pemakaian kanta lekap atau contact lens. well, pemakaian contact lens ini adalah bergantung kepada sikap pengguna itu sendiri ye. kalau pengguna itu pengotor, maka risiko untuk beliau buta adalah tinggi. wakaka eh tak, serius.

aku merupakan pengguna contactlens yang telah berkhidmat bersama konteklens sejak dari tingkatan 4 lagi, now aku telah berumur 20 tahun. maknanya dah 4 tahun aku memakai konteklens. tujuan sebenar aku memakai konteklens adalah kerana aku nak lawa . eh tak . hahaha tujuannya ialah aku rimas pakai spec. disebabkan dulu aku ni jenis aktif bersukan dan pernah membawa nama negara ke persada olimpik, ,maka aku telah memilih untuk melaburkan duit untuk membeli benda alah tersebut.
sekarang dah tak aktif, so aku pon pakai la spec. comel ke tak comel belakang cerita la kan. yang penting mata aku sihat walupn rabun 500 kiri dan kanan. weheee nak test power tak ?
aku pakai lens bila nak keluaq or g kelas je. kalau kat rumah, ang dah kenapa kan pakai lens ? waya putus ?

adakah pernah mendapat tentangan dari keluarga ?

- ya, pernah. puan ibu telah melarang sekeras-kerasnya tindakan aku memakai konteklens. kerana beliau sudah tidak tahan mendengar suaraku yang seperti halilintar apabila mata aku merah dan sakit. aku jugak pernah berjaga di hospital kerana jangkitan kuman pada mata. *pakai lens expired 2 hari je pon* huh
dan puan ibu dah takmau bagi duit. so, aku beli pakai duit sendiri. kumpul sehari 2 hinggit.


apa itu jangkitan kuman pada mata ?

- jangkitan kuman pada mata ialah mata anda berasa tidak selesa, merah, berair, mata takboleh bukak dan kepala anda pening. yes, aku pernah mengalami jangkitan kuman dan terus demam. sakit ye, sakit nak mampos. sungguhpun begitu, aku tidak pernah serik sehinggakan puan ibu sudah memberi amaran keras ' kalau sakit lagi lepas ni, ang p hospital sorang'
ok bos!


kedai optometri, orang yg menjual konteklens di pasar malam, kedai2 di kaki lima, laman sosial tidak akan bertanggungjawab sekiranya mata anda buta atau sakit. apabila anda berurus niaga, keselamatan diri anda bukanlah masalah kepada peniaga.
pesanan aku, JANGAN BELI LENS YANG MURAH SEMATA-MATA UNTUK NAMPAK SEPERTI BARBIE. hey baby, you wont looks like barbie la kalau pakai konteklens buat mata jegil2 mulut itik. no! its annoying tahu ?

aku pernah jugak pakai konteklens yang murah, alah. . sekarang sepasang rm20. gilaaaa ah murah ! dan sebagai akibat menjadi anak derhaka, ingkar arahan ibu. maka mata aku sakit lagi. waaa padan muka. eyemo tidak lagi berkesan bila mata anda sakit melainkan pergilah menangis di hadapan doktor. doktor tersebut meletakkan satu kertas yang pedih dalam mata. pedih sampai aku rasa nak terajang doktor tu sebab sakit. kalau nasib malang lagi, kena la ceramah . bagus la, tengah sakit kena lak ceramah. pakej lengkap. 'engkau boleh diam tak doct ? aku tengah sakit ni tau dak!'

kalau nak efek yang lebih dahsyat lagi pakai konteklens murah, boleh lah tanya kawan baik aku yang sudah trauma melihat lens hahaha . Nana. malas ah nak cerita, g tanya sendiri pengalaman beliau menangis se per tiga malam .

kesan pakai lens murah ni tak tentu. ada yang cepat, ada yang ambik masa. tapi hakikat yang pengguna lens murah perlu tahu, hakikatnya anda akan buta. buta ye sayang. .
di sini aku bukan nak cakap, pakai lens mahal tak buta . bukan macam tu. pemakaian lens biarlah yang disahkan selamat oleh orang yang lebih arif mengenainya.
yang awal2 tu aku dah cakap, kesannya bergantung pada diri kita sendiri. kalau pandai jaga, insyaallah takdak apa. ikot arahan optometrist tu hokay.

nak bagi juga tips; sebelum pakai lens cuci tangan dengan pencuci tangan yang 'free-soap'
lap tangan dengan tuala mikrofibre . kalau takmau ngada-ngada tuala biasa pon ok tapi kena make sure yg tiada bulu2 halus lekat kat jari tu.
pastikan lens case tu bersih, tukar bila perlu
jangan pakai lens expired hhhuhhuh like me
elakkan memakai lens ketika hendak tidur walaupun sekejap
elakkan juga pakai lens lebih dari 8 jam.
gunakan larutan yang baru selepas menggunakan lens
dan yang penting, JANGAN PAKAI LENS MURAH.

pakai la, acuvue clear . sekotak ada 3 lens, rm55 je . selesa dan ada uv protector lagi tau.

semoga entri ni memberi manfaat kepada anda semua. maaf kalau tersalah bagi info, terguris perasaan . yang baik semuanya datang dari allah . dan yang buruk itu silap saya sendiri .

byee !


Tuesday 13 November 2012

merepek seorang diri

Assalamualaikum.

well, saya di sini lagi . ishh dia ni kata busy dgn final exam la blablabla pastu update lagi .
hahaha tahu dah ayat tu la sorang2 dok cakap ken ken ken .

i am extremely bored . baru lah aku tahu bagaimana seksanya study week . no, it was a big lie when people said that, hello im study all day long masa study week . kami di sini, yakni di hostel saling bertukar2 cerita hindustan untuk tatapan ketika boring . mungkin terkena penangan hari depavali agaknya . semua orang kalut nak tengok movie hindustan . tak paham btol aku . ni sekali dengan aku dah berjangkit tau takk =='

buat masa ini aku hanyak menjenguk sedikit buku marketing . aku rasa, otak aku lebih suka menghafal dari mengira . dan mula berfikir, kalau dulu aku ambik tafsir al-quran dah hadith, mungkin sekarang ni aku sudah habis menghafal hadith2 . hmm hmm
tapi takpelahhhhh . subjek yang membunuh akan start pada minggu akhir bulan ini . so, i still have time . dahulukan yang mana datang dulu kan. .
masalahnya sekarang, bila aku bukak je buku marketing yang berat nak mampos tu, aku dah menguap namplohlapan kali . gile engkau . ngantok ya rabbi. .

sudahnya, baru selak satu sub-topic aku terbongkang layan movie melayu . yeah , cerah lak bijik mata . dalam hal ni, hati mau kuat je . bukan apa pon . nafsu syaitonnnnnn :')

                  ~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~
rite now, dalam bilik sensorang . semua dak bilik aku balik kampung . yelahh, depa je ada kampung , aku kan perantau . aku nak balik kot, siryes rindu kat mak, abah, semua lah kat umah tu . rindu dak muhammad yang cakap tak berenti tu . rasa macam nak menangis, menyesal lak aku study jauh2 . (-___-')
nasib baek la ada kawan-kawan yang sangat ceria laksana kanak-kanak ribena . frens, i love youuu ols tau . you ols sangat happy-go-lucky

besok nak g lepak, tak kiraaaaaaaaaaa !

byee . study timeeeee :)

*tadi masa balik dari kedai makan, ada keling tu bawak anjing . besarrrr gilakkkkkkkk ! sekali tengok cam anjing, dua kali tengok cam serigala . i just wondering, kalau lah dua ekor anjing tersebut terlepas dari tali tuannya . apakah yang akan berlaku ? SMS jawapan anda sekarang dan menangi Ipad 2 ! ! tertakluk kepada terma dan syarat :P

Thursday 8 November 2012

betullah manusia bukan sempurna. .

Assalamualaikum

i got a fever today, not going to the last class of this semester, rugi ? dan lebih rugi kalau aku g kelas just sebam muka kat meja layan kepala tengah high . dan buang masa juga di sini sekadar mencoretkan sebuah karya yang kurang berfaedah untuk tatapan bersama . oh pening ! g kelas lagi baik ke ?
actually nak cakap aku punya demam teruk tu tipu sgt la, kalau dah teruk mana mungkin aku menghadap blogspot ni ye. boleh la tahan, masih boleh bangun . nak tidoq pon boring sampai lenguh2 . so, takyah layan sangat . wake up and do some exercises !

dalam usia menginjak 21 tahun ni, aku rasa aku dah jumpa dengan bermacam-macam orang, mummy never lied to me . ada yang sekepala dengan kita, dan mestilah ada yang suka mengikut kepala mereka sendiri . kadang2 mahu melempang sekor2 yang buat perangai tak pikir hati orang dan suka membajet tu . serius, bukan takat lempang, aku rasa nak lenyek2 je . benci . Astaghfirullahalazimmmmmm~ bila pikir balik, untuk apa aku membenci manusia sebegitu, bukankah aku tahu mereka hanyalah seperti aku ? tidak sempurna, pengisian jiwa pon kurang mantap . lantas, aku sabarkan hati.. biarlah, aku tidak mahu hati aku berbintik hitam membenci manusia . merugikan diri.

dalam usia ini juga, ramai manusia sekeliling yang kurang senang dengan tindakan, perangai, tutur kata, dan segalanya yang aku buat . ada yang bermulut laser jet printer, main cakap je depan2 sampai aku sentap, tak kurang jugak yang mengutuk dibelakang . aku lebih rela taktau sapa yang mengutuk itu . biar juga. . penat mulut berhentilah mereka . yes people, i did wrong . masih belum matang dari segi pemikiran . masih keliru dengan arah tuju hidup . pokoknya, hidup tak tentu hala lagi ni . masih banyak salah yang aku buat dan belum diminta kemaafan dari mereka lagi . aku hanya berdoa agar Allah lembutkan hati mereka yang kurang senang dengan cara aku, tingkah laku supaya belajar menerima diri ini seperti mana aku menerima mereka . life is simple ! live your life !

kadang-kadang bila aku marah sorang2 tu, aku mula la nak cakap bukan-bukan, aku nak benci . bagi aku benci tu bukan boleh puaskan hati aku pon . tengah marah, mesti nak benci orang je kejanya kan ? sebab itulah bila aku sakit hati, aku akan sehabis jujur dengan orang . aku cakap segala benda yang menyesakkan dada aku. aku cuba kawal perasaaan, cuba kawal hati supaya bersabar, paling penting aku cuba kawal perangai panas baran aku yang tak sudah ni . Alhamdulillah, aku boleh lihat perubahan diri aku sekarang . :) tak tahu la sampai bila . Insyallah, sampai bila-bila

people dont even know you, they cant judge you . well guys, this is wrong . dalam hidup kita, orang sekeliling yang menilai kita . urusan pahala dosa itu adalah urusan yang atas sana dan manusia takboleh masuk campur. kita semua silap bila kita kata , 'eh kau tak kenal aku, jangan sedap2 hati nak judge aku okkk!' betulkan cara otak anda berfikir. kalau orang lain tak tegur kita, kat mana kita sekarang ? takkan berubah . sebab segala benda orang cakap tu semuanya kearah perubahan yang lebih baik . bukan teguran yang menjatuhkan ye . do not listen to negative :)

dalam entri ini juga, sebelum aku sibuk dengan urusan duniawi yang lain . Final exam is just around the corner gaiss! aku nak mintak maaf atas segala ketelanjuran kata, segala perli-memerli yang menyakitkan hati semua, yang mana buat semua yang baca tu terasa hati, kalau mana entri yang aku buat tu kena betul2 kat dahi ampa, satu je aku nak cakap . imma straight . kalau aku nak cakap something aku akan mention sapa dia . so, u dont have to touching2 ni ye kalau aku tak sebut nama . ishh terlaser lagi :P
maafkan saya, doakan kejayaan saya, doakan kebahagiaan hidup saya, doakan saya dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat . saya juga mendoakan begitu kepada anda semuaaa !
**nak mintak maap terus letak saya kannnnnn haha**

study week starts tomorrowwww ! lets study ? no, lets sleep . yeah hahaha

byee :)







Thursday 25 October 2012

Just go with the flow

Assalamualaikum

mood raya ? ehehehe me too . tak mau raya kat kl, nak balik alor setaq jugak sat lagi . :)) tengok tiket yang mana ada, rembat je . bas sekolah ke, bas kilang rempah ke naik je lah . hari apa pon tak kesah janji balik .

well, anda tahu sistem pembelajaran di U tidak sama langsung dengan apa yang ada di sekolah . memang la kan, dah nama pon U . banyak bezanya . di sekolah lebih mudah, lebih praktikal, disiplin. tudung engkau singkat2 ni memang sakit la kena tuju dengan ustazah . kalau di U selagi dianggap sopan oleh HEM, pakai sajee . takdak orang nak tegur lu banyak2. suka hati engkau
kalau di sekolah, tak siap homework, sakit jugak kena membebel dengan cikgu, bukan engkau sorang . kalau sorang tak buat keja sekolah habis satu kelas kena bebel . memang cari nahas ! kat U kalau engkau tak buat assignments, padan la muka engkau kan . sikit la markah final exam nanti . paling teruk loan mara kena tarik, berenti la jwb dia.  tu masalah engkau, lecturer peduli hapa . bukan ada pengetua nak marah dia pongg . tapi bukan semua lecturer tak ambik peduli . ada gak sorang dua yang ambik berat . sebelum start kelas dia bagi kata-kata semangat . macam lecturer Management Accounting aku . sejam bagi motivasi, sampai tersengguk-sengguk aku tahan ngantok . dengaq je laa. . penat bebel dia berenti .

mula-mula tu aku kelam kabut, aku rasa dah mula hilang mood . rasa macam eh apa ni ? serabutlah! tapi bila dah nak habis sem 1 ni mula sedaq diri dah . kat sini nobody cant help me . semua kena buat sendiri . kalau aku tak buat, lantak aku la kan . kalau kat bilik asyik fb-ing je memanjang takdak sapa nak tegur ang suruh study . kena sedar sendiri lah beb . semua orang bukak buku, kita sorang2 je baca 9gag . cam bangang tak ?
mau tau mau ambik jugak buku atas kepala, bukak dan buat . nak hipokrit boleh, tapi sampai bila ye dak ?
engkau mesti penat kan berpura-pura ?

aku tengah biasakan diri sekarang . dulu mummy pesan, kalau nak g mana2 ajak kawan . untuk tidak menyusahkan kawan lain, atau tidak mahu dianggap leceh . aku p sorang2 . tawakal, doa ibu bersama aku, dan Allah bersama aku juga . :) takut memang takut, tapi nak buat camana ye dak ? im twenty you know .
balik jalan kaki dari LRT Bangsar sorang2 sampai ke hostel sebab taknak ikot kawan g shopping kat Masjid Jamek .wakaka gila engkau. . sampai hostel menggigil .

biasakan diri dengan orang sekeliling, walaupun aku tak rapat dengan semua budak2 kat hostel ni . tapi aku rapat dengan budak2 kelas aku . hihihi depa ni tak kurang pon cam budak2 Pra U 2A . they were shoo comelsssss !

sekarang ini, aku tengah try untuk hidup sendiri . yeah, i have to . tak boleh nak harapkan orang . lepaskan yang mana bukan milik aku . tamatkan cerita yang aku tak mahu habiskan jalan ceritanya .

cerita tamat :)

satu cerita epic, memang aku takkan gemok ke apa ? =='



Friday 19 October 2012

Pilihlah saya untuk dipimpin :')

Assalamualaikum

hujan . sejuk . masih belum mandi . masih memikirkan apa aku akan jadi pada hari ini . semalam bertekad mahu setelkan business math, bila bangun rasa malas . malam nanti lah buat . pagi2 cuti ni takyah spoiled nak buat math sangat la kan . semalam jugak mahu berubah, jadi lebih baik . penuh harapan. .

perubahan bukan berlaku dalam sekelip mata . perubahan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit . tanpa paksaan . ikhlas . yang utama, perubahan ke jalan Allah SWT . sebagai muslim, tujuan utama hidup adalah mahu jadi hambanya yang lebih bertaqwa . hm tapi pagi tadi solat subuh pukul 7 lebih . ingat nak solat dhuha dgn solat hajat . tapi terlajak bangun lepas tu rasa malas nak mandi . takkan nak solat tak mandi ? jumpa pakwe nak melawa . nak jumpa tuhan sendiri ala kadar je ?

siapa kata saya tak mahu berubah ? mahu jadi muslimah terbaik , mahu jadi anak solehah, mahu jadi isteri yang terbaik untuk suami satu hari nanti . stended la umoq 20 cerita pasal kawen haha . k serius
saya mahu berubah, mahu berubah secara total . secara logiknya, mesti orang akan cakap . nak tunggu matahari naik blah barat baru nak taubat ke ? pedas menusuk .
saya tidak mahu perubahan yang seketika . mahu berubah sepenuhnya, seperti tidak mahu orang mengenali saya yang lepas .

orang jugak akan bercakap, sembang serupa cukup kebal iman didada tapi tutup aurat pon tak sempurna lagi . baiklah, saya mengaku masih kurang dalam ilmu agama . masih membuka untuk pandangan umum . saya tidak mahu bertshirt dengan tudung, tak mahu berseluar jeans dengan tudung, saya tidak mahu bertudung dengan pakaian yang menampakkan susuk tubuh, saya tidak mahu digelar muslimah padahal gaya seorang muslimah bukanlah sebegitu . saya tidak mahu sekejap bertudung sekejap tak . g kelas bertudung, hang out bukak . realitinya saya begitu . masih keliru . celaru dengan identiti diri sendiri . setiap hari berdoa agar ditetapkan hati untuk berubah . nampaknya doa masih delay . saya ada berhutang dengan Allah .

saya tahu sekarang ibu mahu saya menjadi anak perempuannya yang solehah . Ibu mana boleh melihat anaknya berpakaian seperti, (paham-paham sudah la ) tapi doa seorang ibu hanya akan dimakbulkan bila saya sendiri yang bertekad mahu berubah . doa lah sebanyak mana, tanpa usaha daripada diri sendiri, tidak akan nampak kesannya . fakta .

saya mahu dipimpin, jadi yang lebih baik . kalau saya dipimpin dan perubahan itu mampu mengubah hidup saya sepenuhnya ke arah yang lebih baik, lebih dekat dengan cinta Allah SWT . pilih la saya untuk dipimpin . paksa saya jika perlu . kerana sekeras mana pun perempuan, dia sangat lemah dengan pujukan . itu saya . sangat lemah dengan pujukan . sangat

*****adaptasi dari sebuah cerita benar . cerita saya sendiri . jalan hidup saya . semuanya tentang saya .


Wednesday 17 October 2012

minggu-minggu sebelum final exam bermula

Assalamualaikum

hello friends . selepas entri yang berat2 , kali ni kita rilex-rilex hembus asap rokok if you merokok . haha aku tak kesah kalau lu orang nak merokok . but not infront of me . stended, bau asap rokok memeningkan kepala . dah la 2 minggu ni aku asyik sakit kepala . bila panas je kepala aku pening, sakit, dan seterusnya aku akan terbaring tertidur menahan sakit . masa tu aku ingat mummy .sebab bila aku sakit kepala, hanya mummy yang paham perasaan aku . sakit . sungguh . *tahan air mata

sekarang, musim assignment ke apa aku tak tahu la . sebab aku punya assignment berlambak . dah usik tapi takdak idea pulak . tambah dengan sakit kepala . serius, aku tak boleh buat apa . baring, tidur tahan sakit . bila bangun ok sikit, gagahkan diri nak buat . malas . lepas tu terbongkang aku bersembang kencang . hilang sakit . hahaha perangai

walaupun hati saya menangis, saya juga mampu tersenyum seolah2 tiada apa berlaku .
live while we're young bak kata One Direction


aku tak paham kenapa minggu2 nak sambut final exam ni,  banyak sangat esaimen . Ujian Allah . pasrah. redha . aku mahu berjaya . Alhamdulillah, lately ni sifat malas dah kurang . maybe sebab enviroment aku kot di mana semua orang sudah bizi belek buku, buat nota . get ready nak berperang . jadi aku pon takkan nak sembang sensorang . bukak buku and start menghafal .

aku curi sedikit masa nak update . aku mahu up to date dengan readers . eceh ! bajet gila . macam nak lempang pipi sendiri . lepas cuci baju nanti, nak buat esaimen marketing . setelah dibahagi2 tugas, aku kena buat tentang pricing, conclusion, dan work cited . nasib la si grupmate volunteer nak buat last edit . selamat huhuhi
selepas itu mahu slow2 buat esaimen Writing For Academic Purpose, research tentang Penderaan Seksual terhadap Kanak-Kanak . any idea ? dalam 10 grup yang buat research tentang tajuk masing2, hanya 2 grup sahaja tidak dicaj sebagai plagiarism . grup aku termasuk dalam grup yang kopipes dalam bahasa mudah . hahaha pemalas punya olang *oppa gangnam style
saat ini aku teringat, kalau time degree researchnya sebegini detail, master, phd ? i cant imagine that !

aku mahu siapkan semua kerana, mahu fokus untuk exam . nak score, nak dean list ! go ninis . i know you can do it .

selamat menyiapkan esaimen wahai sahabat . walaupun kita bergambar bagai mahu gila, tetapi hakikatnya dalam hati masing2 berperang dengan esaimen . padan muka kita kan ?

hebahan supaya meraih simpati semua, raya haji ni aku tak balik . sedih ?

untunglah budak2 yang dah stat cuti sem . jeles tahuuuuuuu ?
dan tidak kurang jugak, ramai yang pelik awat gaya tulisan aku pelik . sebabnyaaa. . aku ada blogwalking kat blog sapa ntah . she's soooooo relax . aku terpengaruh . you like it or not ?
bye !

Sunday 14 October 2012

Make Up By- Givenchy

Assalamualaikum

ceritanya simple mimple sahaja sebab aku malas tulih panjang-panjang pastu p merapu mana hala . nak tulih pasal mekap pastu cerita makan sushi sampai demam . oh tu sangat sakai . nampak sangat tekak melayu tak boleh jadi tekak jepun . bak kata Kiot, saka aku tak boleh makan makanan Jepunggg . tengokkk, dah terlajak

oklah, cerita dia aceni

Rabu lepas aku telah mengikut Kiot ke KLCC untuk mencari barang kahwennyaa . Bukan aku ye nak kawen dengan Kiot . bukan aku . Kiot akan berkahwen dengan orang lain wahahaha . nanti lah dia kawen aku jemput . ecehh dia kawen aku lak nak jemput dah apahal pulak kan ? baik lah . mesti orang cakap, barang kahwen pon g cari kat KLCC . Datuk Siti beli barang kawen kat Jalan Tar je . walaupun dibelanja semangkuk besar Tutti Fruiti aku masih boleh mengutuk bride-to-be . wakakaka naseb lah bawak yang mulut laser .

barang kawen tersebut hanyalah 2 set perfume terbaru Givenchy kot tak silap aku . wangi toksah sembang la, memang bau tahan 2 3 hari . tak pon seminggu ( cam tipu sangat tak ? ) hahaha . padahal time Kiot tengah pilih perfume aku melangut menikmati eskerem tanpa mengambil peduli . takkan aku lak nak g sibuk2 pilih barang kawen orang ? nampak sangat meroyan pastu Kiot bagi penampaq sedas .

disebabkan terlalu lama dak Kiot pilih perfume aku pon terpaksa la g menyebok . awat yang lama sangat ni oiiii ? beli perfume cam pilih ikan . yelaa2, orang nak kawen mestilah nak yang terbaik . kfine
maka aku pon mengambil kesempatan untuk test2 perfume Givenchy ni . nak harap aku beli ? hahaha sedih kot tak mampu . ambik bau pon jd lah kan

padah orang menyibuk hal rumahtangga orang ni ialah, aku telah dipaksa mekap oleh promoter Givenchy dan tentulah sekali dak Kiot yang memaksa aku untuk mekap supaya tak rugi wang beliau yang berharga tettttt membeli 2 set perfume laki bini hahahaha . maybe sebab depa ni tengok muka aku selebet je tak mekap kan . ok takpa, alah setakat test mekap tu apa lah sangat kan. .

nahhhhh ! ambik . 2 jam mekap . 2 jam jugak aku digelakkan oleh Kiot sebab selama aku keluar dengan beliau mana penah aku apply mekap .

amoi2 kat situ ; jahat eh boyfren you, dari td gelakkan you .
aku ; kalau boyfrren saya yang gelakkan memang nak mampos saya bagi penampar tau tak . :'( bila nak abes ni moi ? badan saya dah sakit la . kata mekap biasa je, ni dah berejam nih. . saya ngantok lah
amoi ; ni eyeshadow, blusher nak letak color apa ?
aku ; you je lah pilih, saya mana reti .

ok dah siap . weeeeeeeee ~

amoi ; muka you nampak lain la adik . you memang tak penah pakai mekap ke ?
aku ; lain ? ha'ah tak penah
amoi ; i ambik gambar you ok, nanti you bg number telefon dengan fb you ok
aku ; okay .dah siap eh . thankss

amoi ; eh blom lagi . you duduk sini dulu . nanti ada orang datang buat rambut .
aku ; apahal lagi nak buat rambut bagai ni ?

ntah kali ke berapa aku digelakkan oleh Kiot . muka dah masam sebab rambut kena gulung2 macam apa dah . cucuk sana sini, rasa cam tembus ke otak . sakit tau takkk !

amoi ; lepas ni ada orang panggil adik photoshoot tau ? dapat gambar 1 keping free .
aku ; yelaa2 free . kalau dah beli perfume sampai beratus tu kalau kena bayar memang #$*(^&*( la *dalam hati sebab nak ambik hati

dak Kiot gelak lagi sambil main Ipad beliau . ohh ! time ni aku rasa nak hempuk Ipad beliau menggambarkan bahawa aku tidak suka diperlakukan begini . aa ayat apa ni hahaha

setalah bertungkus lumus posing tetengah mall tu, akhirnya selesai .

nak tengok gambar ? satu je laaa eh

muka cam zombie
slack inai kat jari huhuhii
ekceli gambar lain time mekap aku tak ambik, takdak orang nak ambikkan . :( amoi tu cakap kalau nak softcopy gambar lain rm80 . oklah tak jadi . hahaha

i dont like make up make up ni okay . disebabkan tak berduit dan memang aku tak suka nak apply those things ni . semak

semalam

kiot ; patotnya ko ambik soft copy tu . agak2 dorang simpan lagi tak gambar ko ?
aku ; ha'ah yela, memang pon aku sorang ja kena ambik gambaq kat situ (-____-')

p/s ;selamat pengantin baru kawan ! eh awal lagi
p/s 2 ; menimbulkan rasa cemburu di hati Mr Danny . hoho sorry
byee


Tuesday 9 October 2012

Bukan susah pon nak jadi diri sendiri .

Assalamualaikum

hello there ! wkwkwk tetiba tulih bahasa inggeris pulak kan, buang tebiat ka apa haha . saja je weh .
dah masuk bulan seploh ni oi, bulan 11 final exam . huwaaa masa berlalu dengan begitu pantas . dean list menjadi tajuk utama padahal ulangkaji time nak quiz je blah aa niniss !
tak lama lagi nak raya pulak . hihi raya haji . boleh balik kampung . lama gila tak balik . rinduuuu umahhhhh .rindu pak gemok . rindu danial okbai

tajuk yang aku nak cakap ni ada waktu boleh bertumbuk ang dengan kawan sendiri, takpon kecik hati . tapi nak cakap gak, sebab dah membuak-buak nak cakap niii haa .

masalah kecelaruan identiti ni jadi bila kita datang tempat baru, lebih kurang cam culture shock la . yeah, kadang2 pon aku celaru . sikit2 nak sembang key ell padahal beranak kat kedah hahaha . it happen to me , eh tak, benda tu jadi kat sekeliling aku . bila ramai manusia berkumpul dari serata negari memang lah berlaku masalah bahasa . sorang kecek kelate, sorang kecek ganu, sorang kecek kedah, sorang key ell . mau tak serabut pala hotak . hakikatnya orang cakap bahasa uganda pon kita tetap akan paham cuma ambik masa sikit . tapi tu bukan bermakna kita perlu berubah semata-mata nak pahamkan orang lain or sedikit sentap, malu dengan identiti kita sendiri . wahhh !

seriously, aku bukan nak sembang aku ni perfect asyik nak mencari salah orang . bukan bukan macam tu . aku just pelik . nak cakap bahasa kedah ni pelik sangat sampai orang tak paham, aku rasa tak sebab kalau aku g shooping blah key ell tu aku bantai cakap kedah je pon . paham pulak salegirls tu haa . dengan dak danial aku cakap kedah piaw dia gelak macam orang gila ada aku ambik peduli ? paham je dia . cuma kalau aku cakap laju2 tu la danial cam menganga sikit . so kena la ulang dengan nada slow motion . kedah ni bila kita cakap laju2 ja orang tak berapa nak paham, kalau cakap lemah lembut tu orang paham . bahasa kedah bukan bahasa keling pon !

dalam kelas aku, eh ramai gak la dak kedah . boleh buat grup dak kedah unikl lagi haha . negeri lain pon ramai . tapi biasalah, kedah kan famous dengan bahasa dia yang pekat sikit cam, 'ayaq kelapa satu nyok lebih'. secara tidak langsung bila aku kena jawab soalan, tergagap-gagap gak la aku nak explain dalam bahasa kedahku ini hahahaha . tapi nak buat camana kalau sejak lahir orang keliling aku cakap kedah, tiba2 aku cakap key ell dengan abang aku , memang makan penampaq dua das la weh .

kalau orang alor setaq mai sembang key ell dengan aku kat kampus tu, aku rasa cam pelik gak la . apahal engkau malu nak cakap bahasa sendiri ? kalau ang nak guna pepatah dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung dengan aku silap la , aku balas balik, ang tu bagai kacang lupakan kulit hahahaha boleh ?
kemon guyss, bukan aku nak bangkang sangat truly kedah cakap key ell kat kampus . aku sedih sebab semata-mata nak setaraf dengan orang, ang lupa dari mana asal ang . bukan orang tak paham kalau ang sembang kedah . sekarang bukan macam dulu .

ada gak la dua tiga orang tegur aku, macam dak bilik . eh kek nis cakap pekat la kedah . wuwuwu malu 2 minit haha . aku cakap jujur, bahasa kedah ni best, lagipon dah 20 tahun hidup cakap kedah, tiba2 baru mai key ell 4 bulan dah sembang serupa dok berpuluh tahun . nak gelak pon ada dengaq orang kedah cakap key ell . bunyi cam siam ada jawa pon ada .

ingat ka benda ni jadi kat budak yang masih kecik ni ja, kat kampus aku which is semua budak degree pon jadi key ell celup . rasa nak tegur, tapi membe sendiri . so, act likes normal . lama-lama nanti depa sedaq la kot . kalau tak kena tegur dengan orang kedah sendiri . truly orang key ell yang akan tegur, dah kedah tu kedah jugak takyah nak key ell sangat . masa tu muka ang dah jadi kaler hijau kuning . caya cakap aku hahahahaha

membe2 aku yang dekat U lain pon siap update status lagi pasal orang key ell celup . maknanya benda camni berlaku di setiap tempat . sudah la tu eh. . jangan memalukan diri sendiri . kita tak boleh ubah asal kita pon kalau nak cakap key ell . ce ang balik kampung pastu g kedai cakap, ' pak cik, ni berape sekilo ? bungkus eh kat saye' aku berani bet, kalau ang tak kena perli, ang kena juih mulut dengan orang kampung wakakaka siyes tak bohong .

oklah, 
 Yakinkanlah diri sendiri
berjuang lah sejiwa murni
tekun berani sesungguh hati
demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan Hijau Kuning 
lambang kemegahan
jelapang padi tempat sanjungan
Negeri kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
walau sakit jatuh dan rebah
bangun lantas semula gagah
bujur lalu melintang patah

Hijau Kuning tanahku
Darul Aman Negeriku
Hijau Kuning darahku
Negeri Kedah. .
Negeri kuuuuuuuuuuuu !

bukak you tube, search ; bruce lee cakap kedah . dan gelak cam bangang 

Sunday 23 September 2012

update lagi !

Assalamualaikum.

hari ni aku ter-blog walking pulak . haha sebab aku terjumpa sebuah blog yang mana owner dia hensem sangattt aaummm aummm . malas nak mentioned boleh tak ? sebab nanti habis peluang aku nak flirt dengan owner dia tu . takla takla dia da femes pon . so aku takmo la menunjukkan kesakaian aku sebab baru tau wujud blog tu . iskkkk

boleh pulak intro gitu ? boleh sajeeeee

aku rasa blog aku ni blog yang takdak arah tuju . main suka hati mak bapak aku je nak tulih apa . dah tu asyik cerita pasal hostel . sakai much much ah ! dan bila aku tengah menung sorang2 aku rasa cam nak tulih pasal travel travel pulak . bila pikir balik, celah mana aku g travel . setakat g menganga tengok wayang kat mall tu nama travel ke ? tak logik pulak . paling jauh aku travel pon kat Langkawi . nak travel g London dalam mimpi, peliknya tak penah pulak aku mimpi g London.

nak cerita pasal fesyen . aku bukan lah jenih pompuan yang kemaruk sangat fesyen, mekap apa semua tu . apahal kejam sangat ayat kemaruk tu haha . tak kena dengan gaya . setakat pakai jeans dgn tshirt tu apalah sangat, buat kena cemuh dengan viewers je . nak mekap ? g kelas pon kadang2 aku lupa nak pakai bedak, kalau hari kalut sangat sampai terlupa pakai deodorant kahkahkah naseb lah badan aku jenis air wick. tak bau . dan mengeluarkan bau yang wangi . bukti ? kawan2 aku mulut laser tak cakap apa pon bila aku kat sebelah (or depa ni nak jaga hati aku je ? nonono depa jujur) . see ? kadang2 kalau hari kalut aku tiba2 menjelma, terbangun lambat ke . baju tak sempat nak iron, aku sebat je g kelas pakai baju kurung tak ber-iron . lantak  . aku tak sempat, bukan sengaja . penah jugak aku g kelas tak sempat mandi . pergh gila . memang hari tu tak sempat sangat2 la . naseb kelas aku habis awal . nak tak aku cerita pasal fesyen2 ni ? haa tengok dah geleng takmau . takpa takpa

cerita hal kursus aku ? hmm lagi lah tak kena sebab sem satu ni aku main2 je . dalam kelas aku melangut sampai habis masa, lepas tu jangankan nak study, beg yang aku bawak g kelas pon tak bukak2 . nampak tak betapa malasnya aku ? serius kadang2 aku rasa nak berubah, nak dapat dean list bagai . dean list kejadah ? kalau buku pon tak penah buka . kalau hari ada test ke apa, baru aku terhegeh2 nak bukak, lepas tu tension sebab takboleh nak catch up . kalau orang ajak aku berjalan merayau, fuhh sepantas kilat aku pakai baju nak ikot . kan best kalau orang ajak aku buat discussion aku cepat je angguk . tak perlu menipu cakap pening dan sebagainya kahkah jahatnye sayew . sem 2 mungkin ? InsyaAllah .
lagipon macam tak best lak sebab aku bukan masok IPTA pon, masok UniKL je . nanti orang cakap, budak 10E pon boleh masok UniKL tu sebab private . hmmm hmmm teruk sangat ke aku tulih ni ?

nak cerita pasal love, pakwe, makwe ? lagi lah malasssssssssss . nak cerita tapi buat apa aku menggebangkan status hubungan yang tak tentu hala ni . sat gaduh putus, pastu rindu sambung balik . buat orang menyampah buat apa . ye dop ? likes sesetengah blog yang entri 1 sampai berapa entah semua dia cerita pasal pakwe/makwe dia . alahai, ce cerita kisah Nabi ke apa . bernafsu sikit aku nak baca . bukan nak menghina, mencaci cakap blog aku yang buruk ni best ke apa . just tak sesuai lah nak cerita hal cinta hampa tu bagi public puji wahhh sweetnyeee korang, untung la pakwe hensem blablabla . kemon lah weh !
. serius, bukan aku sorang nyampah . ramai . cehh nak cover ! hahaha

nak cerita pasal tempat makan . hmm setakat yang aku tau, tempat makan yang paling best aku penah masuk ialah hotel holiday villa kat alor setaq tu hahahaha tuh pon sebab ada jamuan alumni . makanan kat hotel bukan sedap mana pon, nama je gah . makan tak gah langsung . eh hang ni taktau bersyukur ke ninis ? kalau tak memang tak merasa nak makan kat hotel la . *nak nanges boleh ?
nak masuk Setabak macam tak mampu je, sebab dalam dompet ada duit singgit2, duit baru lak ada 2 3 keping . setakat tangkap gambaq makan kat kepsi, mekdi, foodcourt mid valley ? lagi teruk kena cemuh . lainlah kat Food Republic ke, restoran dalam The Gardens ke .lagi gempak dinner kat Mandarin Oriental ke baru lah boleh tangkap gambaq then upload dalam fb laju2 haha selalu buat kan ?

nak cerita pasal music ? nak cakap aku taksub sangat dengan k-pop ni tak jugak . tapi aku tau la fenomena oppa gangnam style tu, kl gangnam style tu . heyyyyyyy sexy ladyyyyyy ! op op op oppa gangnam style . serius lagu dia cam haram tapi best la . yang haram tu best, kalau tak takkan ramai suka buat benda yang haram ?
nak cakap aku minat kat retis ni tak jugak . sebab aku rasa kalau dia lalu sebelah aku pon aku tak perasan, sebab aku tak minat pon kat retis2 ni . tak kenal . Justin Bieber kenal . kau pahal ninis ?

nak review pasal wayang2 yang aku tengok . aku malas lak sebab aku tak kenal pelakon holywood sangat . eh semua orang kau tak kenal ni dah kenapa ?
aku malas nak google, aku malas nak tangkap gambaq . pokoknya bukan sahaja malas tapi jika dilihat pada akarnya pulak, memang aku sangat malas . boo me ! bukan tegar mana sangat aku ni . terlepas gak la filem2 yang digembar gemburkan best tapi aku tak tengok sebab takdak geng, takdak duit merupakan alasan yang paling sesuai aku rasa :))

nak letak gambaq setiap entri ? aku sedar yang belog aku ni kekurangan gambar-gambar . tapi tak kesah la . eh suka hati aku lah kan, ni blog aku . bukan aku ni takot kat kamera, tak reti berposing . eceh ! bajet . aku suka gila kot orang tangkap gambar aku . suka gila dan boleh jadi gila . tapi kadang2 je . kalau selalu maybe kawan aku dah bagi seketul pelempang sebab dia je selalu kena tangka gambar aku haha . kat fb pon aku malas nak upload gambaq . kalau upload pon 2 3 minit pastu aku delete sebab segan . segan orang tak like aku ratus2 kahkah sepak nak ?

so, ampa rasa aku patut bagi genre apa kat blog aku ? or ampa lebih suka santai likes suka hati aku je nak tulih pasai apa ?

byee, besok test Financial Accounting 1 . buku tak bukak lagi walaupon petang tadi bertekad bukan main nak study sungguh2 . kalah dengan nafsu .







masalah . review filem, dan habis setakat itu sahaja

Assalamualaikum

hyeeeee ! lamanyewww itew tak update kan. . padahal awal bulan hari tu dah update . jadi ah kan, bukan ada cerita sangat . alih2 cerita pasal kampus aku, muak orang baca . melihatkan kepada jumlah viewers yang meng-view-kan post2 aku takla ramai seperti Dr Blogger kita . but it is quite high you know for a merapu's blogger like me . kahkahkah macehhh awak semua ! biar jasa jadi kenangan . walaupon Kedah akan main untuk Prime League (bubuh bahasa inggeris sikit bagi nampak cam unsur wahhh wahhh) tapi itu tidak menghalang niat murni aku untuk berbelog . Kedah telah seri dgn ATM weh, maknanya team Kedah bukan team sayoqqqq . sila jaga mulut anda wahai keyboard warriors ! dan Manchester City telah tewas ke atas Real Madrid . kemon la City . aku rasa engkau menang musim lepas macam takdak makna je ponn . kemon laa ! real tu team pakwe gwa, jgn bagi gwa kalah bet . (-_____-') tiba-tiba City masok ni pahal kau ninis . bukan kau Arsenal ?
enough with bola ok

****awat asyik typing error je ni wehhh .

aku kat hostel ni, dah habis pon mid sem break . seminggu hmm hmmm aku bergegas-gegas balik awal sebab ada orang inform pasal kelas ganti, padahal harammmmmmmm . menyesal gwa serius gwa menyesal !
jadi aku pon melangau la menjadi langau kat dalam bilik ni . naseb lah mempunyai kawan yang berjiwa unta (unta suka jenjalan tak ?) . dia ajak aku merayau-rayau kat kl . pergh takkan aku nak tolak tuah ? takkan . huahahahaha *gelak cam haram

aku ada masalah sikit sekarang . aaa tapi semalam g MPH baca buku Dr Muhaya, jangan cakap 'aku ada masalah' tukar kepada ' aku ada ujian daripada Allah swt' . lebih manis dan bersemangat takk ?
yeahhh, ujian daripada Allah . ringan ringan pon sakit jugak weh . tapi takpa, kita kasik cool down dulu

bulan September ni menyaksikan banyak muka aku masok tengok wayang memperabih duit dak Kiot dan dak Danial . sound macam kaki kikis je kan ? hoho taklah . sampai hati engkau kan ? dah orang nak belanja, nak tolak rezeki ? hm hmmm nono . wait, tunggu duit Mara masuk then boleh la aku jadi baik hati dengan membalas budi pulak .

antara filem-filem yang best untuk ditonton ialah , ni best bagi aku lah kalau orang lain tak tahu la best ke tak .

1. The Expendables 2 - film aksi yang berkisar tentang sebuah kumpulan komando yang aksi bunuhnya sangat keterlaluan . time beli tiket kakak tu da cakap filem ni untuk 18 tahun ke atas je cik . ok kak, apa muka aku dan dak Kiot cam budak lepasan UPSR kah ?
untuk menggempakkan lagi cerita, aku tengok The Expendables 2 ni dua kali okkk . ulang DUA KALI .
sekali bersama dak Kiot dan sekali lagi bersama dak Danial . bersama dak Danial aku tengok separuh ja sebab 4 kali menguap lepas tu aku tidoq kahkahkah . bazir duit orang je engkau ni Ninissssss !
sebenarnya, aku tak tau pon cerita The Expendables yang mula-mula tu camana, alih2 g tengok wayang The Expendables 2 . wkwkwkwk

2. filem kedua ialah filem francais yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua gamers Resident Evil . Filem zombie ni merupakan filem feveret akuuuuuu sebab jalan ceita sangat bohong nak mampos dan tak berat kepala hotak cam Ombak Rindu kahkahkah . Resident Evil 5 Retribution . Kalau dulu si Alice lawan dengan sekor raksasa zombie yang bawak kapaq besaq nak mampos tu dengan Claire . sekuel kali ni Si Alice dan si amoi lawan dengan raksasa zombie yang sama, tapi 2 ekor . sangat awesome sebab zombie tersebut diletupkan dengan petrol . part paling menyedihkan, aku dan sahabat menonton filem ni di seat yang paling depan sekali kat GSC Mid Valley (-____-'') apakan daya, hanya itu tiket yang tinggal . seperti biasa, filem Resident Evil ni akan bersambung-sambung lah ye . so, kita tunggu tahun depan pulak .

helo sayang, aa saya dah nak balik ni . aa tak tak saya keluar dengan pompuan, saya tak curang . yaya okok bye love you :D *muntah
 lokasi ; tetengah jalan kat Mid Valley

3. filem ketiga, yang mana merupakan filem terakhir untuk aku tengok bagi bulan ini . Dredd . lokasinya ialah di Time Square Kuala Lumpur . bukan Time Square kat London ye (eh kat London eh ?)
filem ini agak best la, nak dibandingkan dengan Resident Evil, memang tak boleh tanding . Dredd is not bad . rugi la kalau tak tengok . mula tu aku ingat ni filem Masked Rider sebab Dredd punya kostum sebijik cam Masked Rider , cam Kamen Rider pon ada gak . Masked rider tak bunuh orang laaaaaa . Cam Ultraman ja bukan .
filem ni pon aku tengok separuh jugak sebab filem bunuh2 ni aku tak tahan sikit, ngeriii . setengah jam gak la tidoq dan sambung tengok balik buat cam panggung tu hostel aku :D
sapa rasa yang tak berapa lalu nak makan, takyah la terhegeh-hegeh nak tengok . bukan sahaja sedikit lucah malah aksi bunuhnya sangat sangattttt eeeee . alahh, lebih kurang bunuh cam Final Destination . bezanya ni orang bunuh orang, bukan pasal takdir . dak Kiot bawak aku tengok cerita lucahhhhh ? naseb panggung tu gelap, rasa cam nak tutup muka dengan helmet . bodonye  buat cerita gitu, malu la kiteee !

semalam time nak balik, nak g basement kat BB Plaza, boleh pulak blackout . gila . aku ingat rompakan bersenjata ke apa . dah la time tu kat atas eskalator and almost nak tersembam . disebabkan itu telah berlaku jammed angkara blackout , kereta pon berpusu-pusu keluaq . sapa ada kat situ semalam ?

tamat

Monday 3 September 2012

hm hmmm

Asslamualaikum.

wah wahh kemain lama aku tak update blog kan . adakah aku sedang busy dilamun cinta ? pergh memang tak la , takyah nak dilamun sangat la kan . sepak nak ninis ? haha

sudah masuk bulan ketiga aku dekat Ubis ni, sudah banyak shopping complex aku jejakkan kaki walaupun sekadar menganga tak beli satu habuk pon . mahal hokay . ada ke patut bawak aku g butik Coach, Burberry (tipu sangat yang ni haha). memang sampai mampos pon aku tak beli . perli aku la tu kan. . takpe aa, orang kampung cam aku mana ada duit bai, nak study pon terkapai2 . sedih aa aceni

dan sudah masuk minggu ketiga aku study Accounting kat sini . hmmm Accounting ? mulanya aku tak minat langsung, tapi disebabkan aku ni jenih mata duitan . aku dah gedik2 suka dekat Account . main duit ribu riban bai. . gila apa lu tak suka ? Unikl Business School is not bad la . okay je . menara gading sungguh sebab kelas je dah tingkat 13 . ==' **elerhh 13 je ponnnnnnn**

buku Account aku baru ada sebuah, tu pon bukan buku Account . Buku Marketing yang tak bayar lagi sebab lecturer suruh pay later . hikhikhik senak jugak la nak bayar tu kan .
tension kepala hotak, buku2 u tebal gila and mahal nak mampos . saing2 buku dak medic je aku rasa, takpon sama cam buku dak engineering . hmm hmmmm demi cita2 korban je la harta yang ada (walaupon takdek harta sesen ==')

sedaq tak sedaq jugakkk, lagi 2 minggu aku nak mid-term . bapak la kan. . celah mana aku nak study kalau hal mara tak selesai lagi ni . buku pon ada satu . nak harap paham Dr Dino yg Financial Acct tu memang takkan paham . dia tanya soalan, dia yang jawab . sekor2 haram tak berjawab . aku ? tunduk sampai habis kelas . tapi we ol suka tau kelas Dr Dino, masuk pukul 9.30 kadang2 pukul 10 dah boleh balik .
sem 1 boleh la camtu kan. . tunggu la naseb aku di kemudian hari .

disebabkan iman aku yang senipis kulit bawang ni, matlamat aku tergugat gak . nama pon study tetengah bandaraya metropolitan . sesak napas aku tau takkk. .


hmmm aku nak tulih apa benda ntah. . dah lupa . . . . . . . . .
nak balik Alor Setaq byee

Saturday 11 August 2012

the past was never come back

Assalamualaikum.

Ramadhan yang penuh rahmat sedikit hari lagi akan pergi meninggalkan kita . persoalan ; adakah kita masih sempat untuk Ramadhan yang seterusnya ? Insyaallah

im coming home, im coming home . tell the world im coming home . well, kita dah nak raya ni weh. . tengok setiap orang prepare, wah wahhhh ! bestnya . aku ? hehe aku takdak pon baju raya . bukan nak mintak simpati ka apa, memang tahun ni aku takdak baju raya kalau ada pon lambat, time raya haji baru aku buat. bukan sebab financial problem sangat, aku just takmau nak membebankan my mummy . mak aku dah bagi banyak time nak study kat UBIS ni , so aku tak sampai hati nak mintak beli baju raya . so bagi mak aku beli kat muhammad dgn adik aku yang pompuan tu dah la kan. budak2 ni dia lain . persepsi raya aku berubah mengikut umur . dah besar ni dah pikir lain . okay enough, aku nak menangis pulak ni kenapa ? haha

selalunya bila ada masalah teruk2 baru aku teringat nak luahkan dekat blog kan, pergh macam nak lempang pipi sendiri . nak kata masalah sangat pon tak jugak, tapi ntah lah. . serabut kepala aku camni . taktau nak cakap dekat sapa , pakwe ? oh pakwe jugak mempunyai masalah sendiri . seorang makwe yang baik tidak akan membebankan pakwenya . ekekeke comel .

dulu kalau aku ada masalah or apa benda ah, aku boleh bantai gelak tak hengat, g lepak main game kat mall, g karok, semua benda lah aku buat . but now, bila mai ja masalah sikit aku dah gelabah . hati aku dah tak kuat . cepat  pulak aku nak menangis, nak balik alor setaq, takmau study . rasa down sangat2 . dan rasa apa yang aku dah buat semua tak kena, semua macam menyusahkan diri sendiri . aku rasa terukkkkkkk
dulu kalau kena maki, tahan air mata takmau bagi keluaq, jadi apa pon aku sedaya upaya takmau tunjukkan yang aku lemah dekat orang . aku bina kekuatan diri sendiri . sekarang dah lain, maybe sebab aku dah besar kot . orang sekeliling aku dah lain . budak2 bilik aku pakai baju reben2, kembang2, aku still dengan t shirt kebangsaan . tu ke sebabnya ? :P

hmmmmmmmmmmmmmmmmmm ;'(

baju dah rendam dari semalam tak berbasuh lagi, dok dalam bilik sorang2 . malas nak bangun g basuh . malasnyaaaaaaaaaaaaa . nak tidoq lagi, tapi kepala dah berpinau petanda nak migrain .

oklah oklah oklah . bubui ~


kita perlu semaangat untuk menghabiskan 4 tahun degreeeee ! yeah . hahaha
EH SELAMAT HARI RAYA YOU OLS . MAAF ZAHIR BATIN, KALAU  TERKASAR BAHASA, TERSAKETKAN HATI, TERMENGUMPAT, TERTOUCHING KIRA ZERO LAH YA ? HARAP LEBARAN KALI INI MEMBAWA BARAKAH .
*nyanyi lagu Maher Zain - Barakallah ramai2 haha

Friday 3 August 2012

peritnya tekakkkkk :'(

Assalamualaikum.

good morning ! amboi, anis ni kan sejak2 dah jd student ni jarang sangat update entry baru . well, frankly speaking. . anis dont have enough time . lagipon mungkin masih terkejut dgn lambakkan assignment . rasa macam bangang lak, bila lect bagi assignment then aku macam tercangak2 taktau nak start camana . wkwkwk kerana aku suka texting dalam kelas untuk hilangkan ngantok .

first of all, nak ucap ampun dan maaf kat group member yang buat group discussion pagi ni tapi aku tak dapat turn up, tskkk bukan sengaja takmau p . tapi aku batuk, 2 hari takbuleh tidoq sebab dok batuk pumpangpumpang . habis kacau dak bilik aku, pukui 2 3 4 5 pagi bangun batuk2  . sorryyyyy. .
saket tekak takyah cerita la bai, saket. . takleh bukak mulut langsung, kalau tak berjam2 la aku batuk sampai jatuh ayaq mata . saket dia buat aku rasa nak tahan je batuk ni . tp tak tahan. . batuk gak la . mana nak cari ubat ni ?

elerhhh, batuk2 pon boleh je g tawaf kat mid valley sehari suntuk , lepas tu p hantaq membe dak bilik kat kl sentral then jalan kaki balik hostel . WEY TAU DAK MID VALLEY DENGAN HOSTEL AKU DEKAT GILA ? MENYESAI AKU PULUN NAIK TEKSI . LEPAS NI AKU NAK JALAN KAKI, JIMAT DUIT ! fyi, 1st time aku jumpa membe zaman speesh dulu, Kiot aka abang saifuddin atau dikenali jugak cipotdinn haha . nak abang je kan . aummm hensem ah Kiot . tapi malas nak puji depan2 sebab si Kiot ni kalau dipuji, hmm buat aku rasa nak tarik balik semua pujian tu . maceh gak kat Kiot sebab sanggup tinggal moto kesayangan beliaw semata-mata nak teman aku g makan mcd kat kl sentral . tskk terharu mak cik tau ! dan maceh banyak2 sebab belanja aku and the geng makan mcd . standard lah, org keja kena tolong student yang kekurangan cam I ni kan . ehemm

so enough with cerita like that yang tak best langsung tapi bila pikiaq balik, rasa macam nak gelak terguling2

eh nak cerita yang tu je kot ? ha'ah tu je laa . hikhik motif sangat kan .

p/s; peribahasa seperti telur di hujung tanduk sgt sesuai digunakan untuk menggambarkan keadaan aku saat ini :'(
dak bilik aku takleh dengaq kakak depa ni buat bising sebab aku batuk . :') mesti depa rindu nak dengaq aku buat lawak cam haram hahaha
junior aku dak dip tengah angau kat kiot . wkwkwkw langkah mayat aku dulu dik haha . kiot dah nak kawen la tskk
danial, ailebchuu ok :'(

bye

Saturday 28 July 2012

I love you, You love me .

Assalamualaikum.

wah wahh tajuk, geli2 ni nak kena penampaq ? haha , ingat nak taip entri ni besok tapi takot tak sempat, besok nak balik kl da . :( so kita taip hari ni saja lah . lebih praktikal kalau buat keja tak delay . sejak bila aku dapat hidayah tak suka bertangguh keja ni ?

ok tajuk tu mesti lah bercerita pasal love love jugak . ah tipu la kalau cakap tak suka love2 ni . aku pon suka wkwkwkwk gedik :') tapi entri dalam ni bukan nak cerita pasal love story between me and danial . segan la kan. . macam orang hadap pulak nak layan love story aku ni haha . so anggap la aku menyembunyikan perhubungan yang masih belom kukuh lagi . nanti dah betoi2 teguh, i'll get u all know ok ? dan kalau ada pon aku hanya memberi contoh sesuai dengan keadaan . tak rasa macam anoyying ke yang ni ?

bagi aku, love is about how can both of you terima pasangan masing2 . bukan terima hati, terima apa saja yang berkaitan dengan diri pasangan anda . tu bagi aku, orang lain pon ada pendapat sendiri yedok ? tak kira la pakwe/makwe you all gemok ke, kurus cekeding cam aku ke, exam selalu tak skor ke, naik kapcai ke, whatever it is kalau nak sebuah hubungan yang baik dan diberkati Allah swt, belajar lah erti bersyukur .

im sorry kalau entri ni mungkin tak sesuai, aku just nak sampaikan je pon . nak tolak boleh, nak terima pon boleh . aku pon baru nak build up a relationship dah nak entri bagai . memang macam pelik la kan. . pelik satu, tak menyempat lak satu . ha hambik kena kat aku !

masalah utama orang bercinta ni ialah selalu pikiaq, ishhh betol ke awak sayang saya ? or awak nak main2 ?
serius tak tipu, aku yang bangang ni g tanya danial camtu . then bila dia bagi jawapan, aku macam tak cukup yakin . nak yakin apa nya kan, ayat dia tu buat aku tergelak seminggu . then aku kurang yakin dekat cinta facebook ala najwa latif ni . setelah istikharah, akhirnyaa. . we are done . even cinta facebook risiko nak kecewa dan saket hati tu tinggi, aku pikiaq positif je la . dah aku yang nak, everthing happen aku la kena tanggung . saket tak saket terpaksa la kan . sebab tu la kalau bersedia nak bercinta, kita mestilah bersedia nak lepaskan dia suatu hari nanti . erkkkkk ! danial, i love you for a thousand years !

masalah kedua pulak ialah apabila anda diserang rasa cemburu teramat sangat hingga mengambil langkah untuk off handphone sebab merajuk . hahaha tu aku . 2 kali ganda bangang pangai cam dak bodo . sebenaqnya bukan jeles sebab apa sangat, saja la tu nak mengada ngada . takyah deny la kalau si pakwe makwe still contact dengan her/his ex .  dalam hati ada cam bara sebab jeles . jeles is not good kalau tidak dikawal ok . disebabkan aku takda ex dan tak penah ada, kalau ada pon ex time zaman jahiliah dulu , takyah  la nak kira jugak yang zaman tu . danial dikira untung la sebab tak perlu nak jeles2 bagai . manakala si danial pulak agak ramai ex(s)nya buat aku rasa macam pergh menyirap gak la . haha tapi bila dah lama2 aku dah boleh terima, sangka baik dan tawakal . now, hati dah kuat . bersangka baik dengan orang tu penting . lagi2 dengan pakwe sendiri ok ! praktik nak jadi isteri solehah dah boleh ni , mak mentua pon sayang .

masalah lain pulak ialah jangan suka memaksa pasangan . tambah2 yang baru nak mula cam aku ni, kalau baru je mula dah nak paksa nak tu, nak ni, tu tak boleh buat, ni tak boleh buat memang saket la makan dia . janda la lepas tu haha . selepas itu kalau dah rasa macam dah cukup kukuh hampa punya cinta, nak paksa ke nak lempang sorang sedaih ke, dah boleh buat sekarang . siap mintak akaun fb danial sebab nak stalk dia supaya jangan curang, nanti saya marah awak haha . ni kes mintak akaun password bagai ni semua punca nak gaduh je la . contoh, lepas mintak stalk sana stalk sini, baca benda yang tak sepatutnya mesti gaduh . eh macam aku je ? hahaha . aku diam2 je, malas nak kecoh sebab aku kan fleksibel . pasangan anda yang betol2 ikhlas dan bercinta kerana-Nya pasti dah paham, takyah terang lagi . itu semua cerita masa lalu, now he/she with you . tapi lain la kalau dia memang camtu, meraung la :P


awak, awak.. camana kalau pakwe saya ni jenis macam gedik, semua nak try even kita orang still together lagi ?

oh yang ni . hmmm, lelaki kalau dia dah matang dia takkan buat camtu . selalunya lelaki ni lebih bertindak ikot sifat semulajadi iaitu suka nak berkawan nak try that girl, those girl padahal dalam hati memang dia sayang kat awek dia ni . contoh paling kuat, mana pon awek yang dia try dalam hati dia mesti dia cakap ; nobody was like you . gila punya sweet . camana aku boleh tau perasaan sang jejaka ni wey ? hahaha reading get you closer dengan hati perasaan orang . contoh lain, secantik mana pon awek yang dia try, takkan sama pandangan dia terhadap awek sendiri . sebab tu la, kita tengok dalam majlis kawen ke, akad nikah ke, si isteri biasa2 je padahal si suami pergh cair . lelaki bukan pilih pompuan yang perfect nak buat soulmate, sebab lelaki ni ego dia tinggi . dia memang taknak awek dia lebih perfect . ego depa ni sangat tinggi ya kawan-kawan. . klcc pon boleh runtuh

camana pulak kalau i still love my ex ? and now dia dengan orang lain.

pergh boleh bayangkan dia punya pedih dalam hati . kalau aku pon, memang rasa makan 2 3 hari sebab sebak . haha . lagi2 kalau baru 2 minggu putus si pakwe/makwe dah update relationship dengan orang lain .  menusuk ke dasar hati, rasa cam kena panah pon ada gak kan ?
nak suruh chill pon tak leh lagi dah . melainkan bina kekuatan diri, sampai bila nak sedih ? trust me, your new crush lebih membahagiakan dari ex you all ni . Allah bukan kejam , Allah maha penyayang . :')

kenapa sampai sekarang saya still single ?

hoho sedih ah yang ni . kita serupa . honestly, i've been single start form 4 , 16 tahun now 20 tahun . 4 tahun kot , ilex je hang out dengan dak2 laki bajet macam pakwe sendiri haha padahal takdak org nak . then, aku kenal dgn danial . kenal tak lama tapi rasa cam ada kimia , so get on je lah . :')
maybe awak yang still single tu taknak bukak hati terima orang lain, nak hidup lagi dalam dunia yang sunyi sebagai lone ranger . still mengenang cinta lama yang tak kesampaian . guys tolong jangan  sekat kemahuan anda sebab masa lalu yang kecewa tu . mana tau sekali pancing dah terus kawen ke. . takkan tak heaven ?

ok lah, kadang2 aku sangat kagum tgk orang lain bercinta sampai bertahun2 . ilex2 je . dan kadang2 aku takot tengok orang bercinta bertahun2 lepas cmtu je . sapa2 pon takmau jadi cmtu . me too. . kalau boleh biaq lah kekal, kalau takdak rezeki sangat pon Allah masih bagi aku semangat nak kenal dgn orang lain .

happy reading ! kalau baca entri ni disarankan supaya bayangkan muka pakwe/makwe sendiri tau. .

Friday 27 July 2012

Campus life

Assalamualaikum.

morning, this is the only time yang aku ada . sebab hari lain aku tak sempat nak jenguk blog , pastu kalau terjenguk pon segan kat dak2 omey bilik sebab depa asyik usha apa kebenda akak ni dok keletuk keletak . malu hokay .

apa yang lain eh ? lot of story to tell you guys, tapi nak cerita semua cam tak best lak kan. . perasaan orang perlu difahami juga . baeklah !

kalau you guys tak tau lagi, now aku kat KL . aku dah jadi sakai kat sini haha . nope, aku dah sambung belajaq kat UniKl Business School in Bachelor Of Accounting(Hons) . Im a student now ! sila sepak sebab dah riak . well, khamis semalam ni dah habis aku punya Minggu SilatuRahim (MSR) . wey MSR untuk geng2 degree 4 hari je ok . tapi 4 hari pon aku dah rasa macam nak gila sebab 1 hari dengaq orang brief dalam bilik aircond sejuk gila bangang . engkau boleh bayang tak sejuk sampai nak solat pon menggigil ?

last day MSR kat Keramat Mall, dari pukul 8.30 sampai 11 malam . pergh takyah tengok muka aku time tu . aku dah cam katak kena pijak kena lenyek . benci . dengan bas parking sebatu, nak berebut lagi, dapat seat terus tdoq :') badan penat otak penat, emosi kacau bilau . si danial pon aku sembur padahal motif marah dia pon aku taktau . kesian lak bila pikiaq balik. . naseb ah danial, sapa soh nak kat aku hahaha ailebchuu tetttt!

time MSR kena lah sopan . kakaka even kat luaq pangai cam haram .

muka nak start bebai tapi tukang tangkap gambaq sangat baek, dia tangkap gambaq aku banyak dengan muka nak bebai . sikit ja publish

kawan baru, dak penang . kakak aku ni tapi bangkai aa. . dia tak bagi aku panggil dia kakak . bajet tak dia ni ? kepala cam aku lah, suka buat benda bangang . haha

UniKL best la jugak, even tak study dekat City Campus, tapi dah pindah kelas kat Yayasan Selangor yang dekat Kampung Baru tu . eh betol eh dekat Kg Baru ? kakakaka aku main hentam je sebab aku depan YS tu ada petrol pump Kg Baru . lantak
kalau dak2 UniKL City Campus yang stalk blog aku, susah tentu mereka merasai keperitan hidup untuk g kelas dari hostel dalam jarak berbatu2 . Hostel dekat Bangsar , kampus kat City Campus pastu nak g kelas kena berebut2 naik bas . serius rasa cam dak bodo , benci . pastu nak berebut lak naik lif sebab kelas dekat atas pucuk bangunan .

bab hostel, emmm.. hostel standard hostel dak2 U lain la . but hostel or KKS sangat cantik (SANGAT ?) , aku punya bilik luas boleh main tuju kasut dalam tu  haha . dapat satu bilik ngn dak kedah sorang, dak kuantan, indian girl from JB . best la dapat dak kedah, so that i can talk blablabla like nobody else know wkwkwkwk jahat engkau ni kan
still segan2 , malu malu kucing lagi, tapi dalam 2 hari je sebab lepas tu aku dah start buat bising, gelak kuat2, macam aku sorang duduk bilik tu . kita takleh hipokrit ok. . hahaha kesian dak2 tu dapat kakak cam bangang suka buat lawak bodo . suka bebel . budak gayat ni jugak dapat katil blah atas . gila ah tinggi kot, aku boleh nampak pakcik guard bila nak tidoq . pergh gigil. gigil tak gigil, sahur nak terlepas gak :')


yang bestnya, kat hostel tak payah nak berebut bilik ayaq sebab semua perangai cam aku kot . mandi koboi wakakaka . takla, bilik ayaq okay, bilik mandi cukup. pokoknya selesa la kalau nak mandi nak apa ke. . nak makan dalam tu pon boleh kalau lalu haha

lepas tu lagi, tiap2 malam sebelum tidoq. mesti aku bayangkan yang hari tu aku terlepas bas nak g kelas . BAYANGKAN. nak jalan kaki ? memang tak . nak naik tren ? macam aku tau je naik tren = ='. itupon kalau aku tak putus asa naik tren yang KTMB balik aloq setaq . tu kita pencapain paling bagus . mana aku reti naik tren naik apa kebenda lagi . kalau orang tanya , kampus kat mana ? aku dah start sebak nak nanges . aku tak reti, serius . then , eh kolej awak dekat mid valley la nanti boleh la kita g dating kat mid . wkwkwkw dialog ni ditokok tambah je . mid valley dekat ngn hostel aku ? tskkkk macam mana nak g mid valley tu ? *bye off phone


tapi semalam, aku dan 2 orang kawan telah berjaya sampai ke Pudu untuk cuti 4 hari . yeayyyyyy ! maceh pak cik teksi bawak teksi laju2 . personal best ni. . nak tulih dalam blog . dan sekarang tengah cuti kat alor setaq . bangga dengan diri sendiri sebab berjaya sampai Pudu Sentral pastu tercangak2 cari kaunter tiket . rasa diri cam orang asli je kan. .

okay lah. . thats all . maceh sudi baca .
p/s ; ada 2 3 orang dak kedah cakap ko ko dengan aku, tergamam gak la sat . ngn danial aku bantai cakap kedah piaw takdak hal pon . pesanan untuk diri sendiri, KITA KENA LA KENAL SAPA DIRI KITA, ASAL KITA DAN SIAPA KITA . aku anak kampung tiada pelajaran blablabla, tiada kereta ku bawak kau jalan-jalan. . *tetiba

bye

Tuesday 17 July 2012

Kesedihan Kerinduan . nanti kita mesti rindu awak sangat-sangat. .

Assalamualaikum.

hye friends, silent visitors. . datuk datin sekalian, fb user, twitto .

*ini mungkin post terakhir sebelum aku berangkat pergi meninggalkan kampung halaman yang tercinta . walaupon lagi 2 3 hari lagi, tapi disebabkan ke-busy-an aku takleh la nak update kan . engkau kena paham, sebab sekarang ni satu jadah apa aku tak prepare lagi bai. . kain baju apa segala mana aku pack lagi . engkau boleh bayang tak cemana keadaan aku yang huru hara ni ? ekekeke . eh takyah nak cemas sangat la kan . bajet cool pulak padahal dalam hati hujan turun mencurah2 ke ladang gandum ni . sedih der. . 

ada sorang dua yang tanya aku, wey nis. . awat unfriend dgn aku weh ? awat aku cari facebook hang tak buleh ? sudah sudah jangan panik . takkan aku kejam sangat nak unfriend org tak tentu hala . fyi, im just deactivated my facebook  untuk suatu jangkamasa . alaaaaaa, jangkamasa kepala hotak aku la kan . kalau ada orang reactivate balik tu, thats is not me okay . tu pakwe kite. . muahh love you . wakakaka waklu pakwe . taklah. . yang penting bukan aku . ingat tau, skandal2 jangan text sayang2 dekat IM okay. .  peringatan ni , nanti kantoi aaa .

okay enough, sebenaqnya masa aku belek facebook pakai akaun adik aku tadi, aku ternampak la suatu link blog my bestfriend yang baru jinak2 merpati dalam arena seni blog . PLEASE GUYS SUPPORT OUR NEWBIE BLOGGERS ! . wah arena taknak kalah haha . tersentuh sangat baca entri dia tu. . mau tak tersentuh sebab entri tu pasai aku, kalau pasai orang lain pahal aku nak tersentuh bagai lak kan . memang tak la . enrti tak gempak sangat pon, tapi dia tangkap kepala gak oh . haha aku kata kat hang weh !

she is my best friends ever, memang mak aku dah cakap. . sejaoh mana pon aku p, aku takkan dapat lagi kawan baik yang macam Nana . even kami kenai dalam 4 tahun bukan dari zaman childhood pon, kami dah rapat sangat2 . apa benda aku taktau pasai dia ? pakwe dia, keturunan dia, baju dia, pokoknya semua aku dah boleh tau . hebak dop ? wahaha . 
walaupon jarang lepak sekali lately ni, tp tu bukan maksud aku tak kawan dengan dia, lost contact . lost contact apa kebenda kan. . rumah dia dgn rumah aku bersin pon dengaq la . 
orang dok tanya gak, tak sedih ka nak tinggai kembaq aku tu ? sedih la oi. gila apa tak sedih 

aku nak tinggai Nana dah tskkkk. . sedih sangat sangat . can you imagine that ? kawan yang sama2 susah senang, basah hujan, panas terik, sama2 kena maki hamun. . macam2 dah kami kena sepanjang tempoh perkenalan ni . bak kata pepatah, kat mana ada Anis kat situ la ada Nana **ada pulak pepatah camni** . kalau salah sorang dari aku dgn dia tak dak, memang tak best la hari tu . dia sorang ja boleh tumpang merapu tahap gila babi . bagi ja satu topik nak merapu kat dia, memang kami kupas sampai habih la .
selalu la dok gaduh pumpangpumpang, tapi tu yang buat kami makin rapat . takla gaduh tarik2 rambut bajet macam gangster tu. . gaduh sebab dia suka lelaki jambu, aku suka lelaki macho . haha gaduh sebab dia suka k-pop aku tak suka . gaduh sebab dia suka laki pakai shorts pants dgn sweater, aku suka laki pakai t shirt dgn jeans koyak2 je, gaduh sebab dia kata keeper Kedah Helmi Eliza keeper terbaik, aku suka Baddrol sebab Baddrol macho, gaduh sebab dia suka tengok sinetron Putri yang Ditukar aku tak suka , gaduh sebab dia suka lagu jiwang aku suka lagu heavy2 . tapi both of us suka Greenday ! yeayy . both of us suka main game sampai gilaaa ! yeay lagi . dan both of us sangat kurus . yeayyyyyyyyyy 6 harakat

*aku tengah sebak ni :'(

nana, hari aku tak dak tu birthday hang kan ? kita tak leh celebrate sekali taon ni :'( :'(

remember that love, kat mana pon aku , dengan sapa pon aku nanti. . nobody can take your place . hang tetap bestfriends aku sehidup semati . nanti mai study kat UBS dengan aku . lambat sikit pon takpa .

aku takleh nak tolong dia edit blog . ptuih ! macam aku reti sangat nak edit blog. . blog aku pon tunggang langgang, nak edit hok orang lain . nak bagi lingkup ? takpa weh, usaha tangga kejayaan . bukan susah pon . mula2 memang tak reti, lama2 nanti dah tak serabut . cari blog yang ajaq edit2 ni , belambak . 

hmm benda yang aku takleh lupa sekali ialah kami suka buat benda bodoh . lepas tu bila lepak, cerita balik. . gelak kahkahkah dan cakap, 'kita suka buat benda malu camtu' wakakaka . malas nak cerita bab tu sebab malu sangat . :s nana, takdak dah orang nak buat benda bodo dengan hang lepaih ni. . p cari la, memang tak dak orang cam aku . hahahaha belagaknya aiii

**lap ayaq mata. .

kawan bukan diktakdirkan untuk berpisah by The Road to El Dorado .

love you friend, NurShazana Bt Halim

membe tengok bola, membe tukang maki player, tukang maki coach , tukang jerit, dan segala jenis tukang lagi

masa keja dekat kedai game dulu . ce cakap game apa, semua kami tau . hhaha
aku suka tgk dia main PES12, dia tengok aku main Battlefield 3 . jiwa gamers okkkkk !


balik keja awai, tipu bos cakap nak p tuisyen . wakaka padahal nak p tengok bola . padan muka bos !
bersama geng2 bola kuala ketil . rindunyeww  ni moment paling lawak sepanjang game bola piala fa . 

membe main need for speed the run sampai menang dapat nombor satu dan menjerit ! haha
balek keja bersama2

baju kapel made in langkawi

mandi pon sama2, eh takkan nak mandi ayaq terjun sorg2 . = ='
lap ayaq mati lagi ;'(

bubui ~

Wednesday 11 July 2012

Adakah anda seorang yang gayat ?

hello fellas . oh my english sangat kan. .

Assalamualaikum.

hihi best lak dok update post memanjang , rasa macam golongan bijak pandai sebab idea mencurah-curah ke ladang gandum dah puff ! jadilah koko krunch . wakakaka

berita gembira untuk rakyat jelataaaaaaa ! aku sudah menelefon pejabat mara negeri tadi dan mereka di opis memberitahu aku supaya datang ke pejabat kerana semuanya telah disetelkan . bahagia sangatttttt macam orang baru kawen la ! sungguh la tok nenek kita cakap, penantian satu penyeksaan . bagi aku ni bukan penyeksaan dah weh. . siryes wa cakap lu, azab rasa macam putus cinta dengan anak datuk . pedih baqhang ! kakakaka tetiba kan .
ada plak anak datuk nak kat engkau kan ninis, engkau hengat engkau tu sapa ?

okay okay enough with introduction, aku ni kan cepat ja merepek pantang leka sikit mula la aku nak menaip panjang lebaq, kalau fakta takpa gak, ni dok merapu meraban tak tentu hala . rasa cam nak lempang diri sendiri sebab tak fokus .

baeklah !

pernahkah anda menaiki menara dan apabila melihat ke bawah, anda berasa seram sejuk seperti jantung mahu terkeluaq dari sistem badan ? jika ya, anda seorang yang gayat . bukan gayat gelabah bajet hot ye . ni gayat lain ok !

tapi bagi aku, jangan kan menara, . bila naik shopping complex pon peluh jantan keluaq walaupon hakikatnya aku ini perempuan . aku tak mungkin la nak jalan tepi2 besi sambil tengok bawah ada fair ke juai bantal ke. . memang tak la sebab aku takot . dalam istilah perubatan orang panggil phobia, tapi kan ada pelbagai jenis phobia . mampos la aku nak hafal nama dia plak kan . mustahil

tapi keadaan ini berubah kalau aku p theme park ka, funfair bodo2 pon aku sangat teruja nak main roller coaster. . flying spider , haunted ship apa segala . padahal takot ya rabbi .

penah sekali nana ajak aku naik flying spider, mulanya aku tak mau sambil menolak habis habisan, setelah dipujuk  rayu. . aku ni lak cepat sangat terpengaruh dengan hasutan maka aku telah bersetuju nak naik . weeeeee setelah membayar token , kami berdua pon berhempas pulas nak berebut dengan orang . rasa seperti jakun sebab berebut dengan kanak2 . apa da hal ! ini hal orang besaq .
dalam hati ni cuak tahap infinity dah, serba salah, dah pasang safety belt apa. . peluh jantan aku pon keluaq . jantung mula berdetak seperti lagu Greenday . tanpa berlenggang kangkung lagi, aku pon terjerit-jerit la panggil abang kat situ suruh bukak belt balik and aku nak turun dengan segera . ayaq mata sudah bertakung tunggu nak turun ja tu, tapi tahan . kakak engkau nanges ? adik2 yang naik muka eksaited kakak boleh nanges ? no way ! abang tu dah tergelak-gelak , lantak la hang nak gelak yang penting I WANT MY TOKEN BACK ! ! akhirnya, nana naik la flying spider dengan kawan yang seorang lagi dan aku hanya memandang dari bawah . wakakakaka lalu aku mengambil keputusan untuk main bumper car sahaja .
tak gayat pon bumper car !

maybe bagi orang lain dia akan cakap , elerhhh tinggi tuh pon nak gayat ka ? mungkin nampak cam ngada-ngada, tapi realitynya aku tak batak pon nak mengada2 . *ayat nak taiko lak kan**
bagi aku gayat tetap gayat . takmo takmo . bila naik tempat tinggi rasa nak menanges je sebab takot .

nasib lah naik moto ka, keta ka, kenderaan lain2 aku ta gayat . kalau tak memang putuih kaki nak berjalan . hukk :'(

jangan main2 dengan perasaan gayat ni tau. . tapi teringin sangat nak naik cable car dekat langkawi tu, tapi gayat. . tapi takot . banyak sangat tapi tak payah naik la woi ! buatnya sampai kat tengah2 tu cable car berenti , aku pon hentak2 kaki tarik baju orang ka sapa, confirm lekat sebijik penampaq abah aku . takot buleh saket pon buleh .

ok bai :'(


Tuesday 10 July 2012

kelam kabut

Assalamualaikum

did you guys know ? perjalanan kita menuju kematian bermula sejak kita lahir .


sedaq tak sedaq, minggu depan aku dah nak berangkat dah kan ? rasa cam cepat je masa berlalu, padahal setiap hari dok tick kalendar cap kedai runcit ah tuck sambil countdown . bermakna, minggu depan kita akan berpuasa . yeayyyy ! dah habis ganti blom ? ka aku sorang ja tak habih lagi ? pleaseee cakap tidakkkk !

hilang sudah sakit-sakit, sengal-sengal di badan akibat daripada cuaca yang sejuk selama 2 3 hari kebelakangan ni . serius, badan aku tak tahan sejuk . now, tambah lak saket lain . atas lutut lebam biru sebab kena starter kick moto abang aku . pergh dia punya saket macam kena renjatan 100voltan TNB . masa kena tadi rasa kebas tak sakit sangat, bila dah hilang kebas mula lenguh. . hah masa tu la azab dia. . dah biru . comel je lebam . kakakaka saket ! moto abang aku memang penjenayah, berapa orang dah kena menatang tu .

hari tu aku ada publish entri baru, tapi bila bukak dekat post list dengan tidak sengaja aku terdelete sebab aku ingat draft . so aku malas la nak taip balik . mesti ayat dia dah tak sama macam mula-mula . sikit punya feeling kot aku buat . hampeh silap diri sendiri tak reti berhati-hati ketika memadam data . tuh pon nak ambik akaun. . ***tetiba mention dah kenapa kan ?***

eh ! aku nak mintak maap dekat mmbe2, adik2, boyfriends girlsfriends or yang berkenaan, yang mana yang dok ajak hang out sekali tu. . im sorry, aku tak sempat weh . rasa cam tak sempat dah keluaq sekali . lately ni aku busy sangat . gabenor Uganda pon tak busy macam aku . yelaaaa, advance duit mara tu tak setel lagi . server down la plak website mara tu . masalah sungguh ! aku rasa nak nanges ja bila bukak 'harap maaf, sistem capaian kami masih diselenggara buat sementara waktu, sila cuba dari masa ke semasa ' berapa puluh ratus ribu kali aku cuba still tak boleh lagi sampai sekarang . dokumen semua aku dah send kat pejabat mara negeri, depa kata nak call dalam masa terdekat ni . wey, dah nak sampai tarikh aku daftar kot, bila lagi nak call ? alih2 bila cakap dekat mak aku, 'geng2 goment ni kita lah kena tolong peringat sebab bukan depa tu dok setel yang kita sorang, beribu cek oi ! ' okayyyy, besok aku call sambil menanges meratap sayu pilu . cepat sikit duit masuk . wakaka

barang2 aku satu apa kebenda pon aku tak beli lagi, baju-baju apa tu memang aku bawak yang mana ada dulu lah. . nak beli baru rasa membazir lak sebab aku rasa lepas minggu induksi aku cuti raya, so lepas raya lah aku shopping . barang2 lain tu yang tak beli lagi . alahai. . dengan duit pon tak berapa nak cekang niii .
surat pejabat zakat pon tak sampai2 lagi . please la pejabat zakat. . i need the money desperately ! ya allah, percepat dan permudahkan lah urusan ku ini . aminnnnn ~

hmmm, aku memang camni kan. . bila last minutes baru nak terhegeh2 nak setel semua . lepastu mula lah nak stress cam nak gila . gelabah-gelabah nak update dekat facebook kan . melampau la tu . tampaq nak ?

okay lah, nak tunggu cerita ameera tv3 , best . aku sudah pandai layan drama melayu . hahaha

untuk pengetahuan bersama, karangan perihal diri untuk mara sudah siap ! rasa nak gelak terguling-guling la bila baca balik . segan nak bagi kat depa lah nanti . wakakaka segan gila !

bubui !



Thursday 5 July 2012

Budak hensem nak p belajaq dah :'(

Assalamualaikum

asyik cerita pasal aku ja nak p belajaq kan, ni ada budak sekoq lagi dia nak tinggai aku dulu . ni bukan boyfriend aku tau, ni adik angkat aku yang hensem menawan lemah lembut sopan santun . hahaha .


hensem dak hensem dak ? tengok gambaq tak hensem sangat, tengok depan2 . huwarghhh .  awat jd adik taktauuuuu ?
sangat baik orangnya sesuai sangat nak buat menantu cik kiah, kalau aku mintak tolong tak penah pon dia cakap tak boleh kecuali betoi2 ada hal . cakap dengan orang pon, alahai. . cakap dengan semut ke ? silap pulak dok dengan aku yang suka bertempik pumpangpumpang . satu lagi, mata dia sangat suwiiittt, smiley eyes gitu . ada satu yang aku lemah dengan dia ni, risau . dia ni kalau orang tak bercakap dengan dia, sampai kiamat pon dia tak bukak mulut . pe jadah hang ni dik ? satu lagi nak marketkan dia, dia single lagi . okay, p ngorat dia cepat sebelum dia p penang . hahaha

awak lak jadi sesi puji-pujian ni ? iskkkk

lupa lak, nama budak ni Fitri atau nama penuh beliaw Muhamad Rosmizul Fitri Bin Mohd Suhaimi nombor kad pengenalan. . blablabla umuoq 18 tahun lepasan SPM sekolah sekali dengan aku SMK Dato' Syed Omar, Alor Setar. hero2 Syed Omaq depa ni . haishh

 aku panggil dia adik LC sebab dia naik moto LC . tapi sekarang dia dah bongkak, nak naik keta ja takmau naik LC dah . (-_____-')

untuk menyedapkan lagi cerita, 8/7 ni dia nak sambung belajaq dah kat penang . ambik engineering lagi. . segala mak nenek goment tanggung, p bawak kain baju ja kat sana . cisss !
ishh beza sungguh dengan kakak dia ambik accountancy je tuh pon yuran kena bayaq sendiri . tak adill ! 

sebelum ni dia takmau p belajaq kat penang, katanya tempat tuh dalam hutan . tapi setelah dipujuk2 bagi penampaq 2 3 das, dia pon bersetuju . Dekat lah dengan tempat along dia ni sebab tu kot dia nak p . baik 
hang p dik !

aku taktau la pulak takot dia buat perangai syaitan dok mengamuk takmau p ahad ni, mampuih mak dia . tengok ja lembut, ketegaq nak mampuih hang tau dak . Nasib adik angkat, kalau adik aku sungguh2. . aku pijak perut dah wey .

hm lepaih ni taktau la nak ajak sapa dah teman aku p makan charkueytow dekat Jitra . nak mintak tolong hantaq helmet, nak ajak sembang bohong petang2 . dia p awai 2 minggu dari aku . tskkkkk FYI, hes the only friends i have buat masa sekarang . yang lain sangat sibuk . :'(

okay lah dik, take care tau. . study smart, kalau ada ngorat jangan layan . hahaha kak marah sebab satgi adik gedik . xD . selamat berkawad jugak sebab kak dengaq orientasi hampa pokcik askar yang jaga . wakakaka . tak heran la dia ni sarjan kadet dah . ciss 

bubye dik ! muah tapak tangan sikit .


Monday 2 July 2012

ermmm, entri sekerat :P

Assalamualaikum.

comel dak header baru kitew ? awwww omey kan ? kitew buat sendiri okay . silalah hargai dengan berkata wahhh comel sangat *nada kagum . padahal huduh nak mampoih . wakakaka takpa takpa , cek apa tak kata . cemana pon takpa kita ni . haha

baiklah, sedaq tak sedaq . kempen euro kali ini berakhir apabila skuad La Roja menang 4-0 terhadap The Azzuri . Even ramai peminat bolasepak dunia agak pelik dengan gameplay semalam, apa buleh buat . keputusan adalah muktamad segala surat menyurat tidak akan dilayan . torres hensem dapat dah kasut emas . anak torres yang comel juga sedang aku dukung sekarang, bini torres sedang memasak di dapur . ok tipu . #pang

tak lupa jugak kepada bolasepak tempatan . The Canaries sedang memperbaiki kedudukan liga . ke. . naa. . riiii. . *nyanyi macam Alteraih Kedah .
kenari akan bertemu Selangor di SSA berapa hari saja lagi . Kedah walaupon kalah namploh gol pon, aku tetap akan sokong . terharu dak ? wkwkwkw

maceh macehhh sudi mempertaruhkan waktu dengan membaca secebis idea di sini . wahhh ayat takmau kalah .

ekceli taktau nak buat apa, tu yg gedik hapdet . gigih sangat .

ok byeee !






Wednesday 27 June 2012

Dah nama pon pinjam, mesti kena bagi balik . kan ?

Asslamualaikum.

terima kasih ya allah, kau bagi dia untuk seketika. . dan sekarang kau ambil dia kembali . aku tahu semua ini dugaan, ujian-Mu, semua ini menuntut ketabahan yang bukan sedikit . Aku mohon kekuatan, mohon ketenangan hati, kesejahteraan jiwa . Mohon segala-galanya dipermudahkan .

Dugaan ni buat aku lebih kuat . :')

marilah mengarut sambil mengurut . huwarghh boring terok bai !

Assalamualaikum.

good morning everyone ! wahhh cik anis kita hapdet. . awai gila . mimpi dapat hidayah ka apa ? hidayah ka hapdet ni ? banyak la !

amaRan keras, entri kali ni sarat dengan unsur2 merapu tahap 18SX

selalunya pagi2 begini, lepas subuh aku dah terbongkang tdoq balik . yeah apa lagi yang mampu aku lakukan selain tidoq balik bagi mengelakkan masalah boring terlampau . lepak kedai makan minum teh tarik ? dan membincangkan isu politik semasa di kedai kopi starbucks ? Kerajaan nak bagi lagi duit bantuan ? pemandu teksi dapat habuan ? peneroka felda dapat duit lagi ? kerajaan buang duit ? aku pembangkang ? ciss !
lagi la mustahil . toksah sembang Euro la dengan aku, skuad La roja nak p final . anyone ? apa germany ? puihh cium bau trophy pon tak boleh aa .
tapi hari ini aku menaip pula di pagi hari, adakah ini petanda maut sudah menghampiri ? Astaghfirullahalazim

walaupon tak duduk sensorang kat umah ni, aku tetap boring . mak aku ada, tapi mestilah beliau sudah letih melayan kerenah aku suka merapu tak tentu hala ni, adakah patut aku bertanya kepada puan emak 'makk, bibott ni tau dak dia tu seekor kucing ? awat bibott tak makan pakai tangan eh mak ?' mak aku meneruskan pembasuhan pinggan mangkuk dan belanga tanpa sebarang respon positif . aku pon berlalu menonton wanita hari ini . waaaa ! tengok p lah kan wanita ka lelaki ka, pondan ka. . janji hilang boring . bila beralih ke fb pula, lagi lah aku boring . Mark , you need to upgrade your facebook, this is facebook mark. . can you ? sambil silang kaki depan mark . :)

selepas adik aku pulang dari sekolah, mood aku happy la jugak . dengan adik aku sembang baik boleh aa dalam setengah jam, yang lain kami akan bertengkaq seperti sedang berdebat di dalam debat perdana . bibott dan bobot mungkin malu bertuankan seperti aku dan adik . masing2 tak mau mengalah, masih mahu menegakkan benang yang basah, benang yang kering pon tak boleh ditegakkan apatah lagi yang basah. . eh siapa pula yang mereka peribahasa sebegini rupa ?

bila dok sorang2 pulak, asyik memikirkan hala tuju kehidupan di kampus nanti . gimana deh mahu survive macam survivor ntv7 tu ? perlukah membawa seterika di hostel bagi mengelakkan pergaduhan di awal2 sem ? bagaimanakah keadaan toilet hostel tersebut ? kekurangan air ? kotor ? penghuni pula ? adakah berperangai seperti gadis bajet hawt dalam drama tv3 ? ada tak kawan aku nanti suka melepak bersembang kencang dengan aku bila tension ? atau masing lebih suka menelaah pelajaran berbanding dengan melepak di katil2 ? bagaimana jika bas mengambil student lewat ? eh bas pulak, aku yang lewat . Bagaimana aku mahu ke kampus ? berjalan kaki ? atau menaiki keretapi tanah melayu KTMB ? apakah rancangan yang diaturkan oleh fasi ketika minggu induksi nanti ?
ohh hoho kenapalah hidup ini sangat complicated ?

mak cakap, jangan memberatkan kepala dengan perkara yang belum kita hadapi . mana boleh main sangka2 sebab dalam hidup ni full of surprises . tapi aku ni. . tak hadapi lagi dah pikiaq bukan2 . apa ni anis ? kemon laa .

oh adakah hostel aku ni mempunyai makhluk yang bermuka buruk ? atau lebih jelas, hantu . even aku suka sangat tengok cerita hantu, tetapi itu tidak bermakna aku seorang yang berani . kalau hantu itu di depan mata, mestilah tidak cukup tanah aku lari, memang aku speed habis la .

dah la tu , dah la . (-___-')

sepanjang hari sementara nak berangkat, aku menghabiskan sisa2 masa dengan menonton video One Direction, habis video tu mata pon mula la nak mimpi Zayn Malik yang berambut hitam mata cantik, hidung pacak gigi susun rapi, wahhh heaven . Zayn ! mai aa aloq setaq kita lepak . lu pehal der ajak dia lepak aloq setaq ? hahaha

mata pon dah lali, aku nak tdoq sat aa buang 2 3 jam . lepas tu nak bangun g jumpa dentist tampal gigi . serius aa wa cakap, paling gwa takut doktor gigi la . tapi gwa pikiaq positif, kalau gwa tak buat hari ni. . takkan gwa nak tunggu sampai gigi gwa rosak teruk, buruk dulu baru terhegeh2 nak p dental check up ? so gwa kuatkan semangat, iman dan jati diri , lagu mana pon gwa mesti p tampal gigi . nih pon dah saket sangat bila nak kunyah, kalau tak saket mampuih la gwa nak p . memang tak la. . miahahahaha

bereh, bubui ~

p/s; kalau suka tolong la promote belog gwa yang hina ni kat membe2 . gwa upah sorang sekupang . hehe