Wednesday 27 June 2012

marilah mengarut sambil mengurut . huwarghh boring terok bai !

Assalamualaikum.

good morning everyone ! wahhh cik anis kita hapdet. . awai gila . mimpi dapat hidayah ka apa ? hidayah ka hapdet ni ? banyak la !

amaRan keras, entri kali ni sarat dengan unsur2 merapu tahap 18SX

selalunya pagi2 begini, lepas subuh aku dah terbongkang tdoq balik . yeah apa lagi yang mampu aku lakukan selain tidoq balik bagi mengelakkan masalah boring terlampau . lepak kedai makan minum teh tarik ? dan membincangkan isu politik semasa di kedai kopi starbucks ? Kerajaan nak bagi lagi duit bantuan ? pemandu teksi dapat habuan ? peneroka felda dapat duit lagi ? kerajaan buang duit ? aku pembangkang ? ciss !
lagi la mustahil . toksah sembang Euro la dengan aku, skuad La roja nak p final . anyone ? apa germany ? puihh cium bau trophy pon tak boleh aa .
tapi hari ini aku menaip pula di pagi hari, adakah ini petanda maut sudah menghampiri ? Astaghfirullahalazim

walaupon tak duduk sensorang kat umah ni, aku tetap boring . mak aku ada, tapi mestilah beliau sudah letih melayan kerenah aku suka merapu tak tentu hala ni, adakah patut aku bertanya kepada puan emak 'makk, bibott ni tau dak dia tu seekor kucing ? awat bibott tak makan pakai tangan eh mak ?' mak aku meneruskan pembasuhan pinggan mangkuk dan belanga tanpa sebarang respon positif . aku pon berlalu menonton wanita hari ini . waaaa ! tengok p lah kan wanita ka lelaki ka, pondan ka. . janji hilang boring . bila beralih ke fb pula, lagi lah aku boring . Mark , you need to upgrade your facebook, this is facebook mark. . can you ? sambil silang kaki depan mark . :)

selepas adik aku pulang dari sekolah, mood aku happy la jugak . dengan adik aku sembang baik boleh aa dalam setengah jam, yang lain kami akan bertengkaq seperti sedang berdebat di dalam debat perdana . bibott dan bobot mungkin malu bertuankan seperti aku dan adik . masing2 tak mau mengalah, masih mahu menegakkan benang yang basah, benang yang kering pon tak boleh ditegakkan apatah lagi yang basah. . eh siapa pula yang mereka peribahasa sebegini rupa ?

bila dok sorang2 pulak, asyik memikirkan hala tuju kehidupan di kampus nanti . gimana deh mahu survive macam survivor ntv7 tu ? perlukah membawa seterika di hostel bagi mengelakkan pergaduhan di awal2 sem ? bagaimanakah keadaan toilet hostel tersebut ? kekurangan air ? kotor ? penghuni pula ? adakah berperangai seperti gadis bajet hawt dalam drama tv3 ? ada tak kawan aku nanti suka melepak bersembang kencang dengan aku bila tension ? atau masing lebih suka menelaah pelajaran berbanding dengan melepak di katil2 ? bagaimana jika bas mengambil student lewat ? eh bas pulak, aku yang lewat . Bagaimana aku mahu ke kampus ? berjalan kaki ? atau menaiki keretapi tanah melayu KTMB ? apakah rancangan yang diaturkan oleh fasi ketika minggu induksi nanti ?
ohh hoho kenapalah hidup ini sangat complicated ?

mak cakap, jangan memberatkan kepala dengan perkara yang belum kita hadapi . mana boleh main sangka2 sebab dalam hidup ni full of surprises . tapi aku ni. . tak hadapi lagi dah pikiaq bukan2 . apa ni anis ? kemon laa .

oh adakah hostel aku ni mempunyai makhluk yang bermuka buruk ? atau lebih jelas, hantu . even aku suka sangat tengok cerita hantu, tetapi itu tidak bermakna aku seorang yang berani . kalau hantu itu di depan mata, mestilah tidak cukup tanah aku lari, memang aku speed habis la .

dah la tu , dah la . (-___-')

sepanjang hari sementara nak berangkat, aku menghabiskan sisa2 masa dengan menonton video One Direction, habis video tu mata pon mula la nak mimpi Zayn Malik yang berambut hitam mata cantik, hidung pacak gigi susun rapi, wahhh heaven . Zayn ! mai aa aloq setaq kita lepak . lu pehal der ajak dia lepak aloq setaq ? hahaha

mata pon dah lali, aku nak tdoq sat aa buang 2 3 jam . lepas tu nak bangun g jumpa dentist tampal gigi . serius aa wa cakap, paling gwa takut doktor gigi la . tapi gwa pikiaq positif, kalau gwa tak buat hari ni. . takkan gwa nak tunggu sampai gigi gwa rosak teruk, buruk dulu baru terhegeh2 nak p dental check up ? so gwa kuatkan semangat, iman dan jati diri , lagu mana pon gwa mesti p tampal gigi . nih pon dah saket sangat bila nak kunyah, kalau tak saket mampuih la gwa nak p . memang tak la. . miahahahaha

bereh, bubui ~

p/s; kalau suka tolong la promote belog gwa yang hina ni kat membe2 . gwa upah sorang sekupang . hehe

No comments:

Post a Comment