Thursday 24 January 2013

Hobi sampingan

Assalamualaikum.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul. Setelah lama menyepikan diri di arena blog. Kini saya kembali. wahh giteww intro. tak best langsung. banyak senanya draft yang aku buat. tercongok kat dalam ni sebab malas nak publish. malas ? kadang2 rasa nak publish cerita yang tak penting. bila baca balik, eh cam bangang lak aku tulih ni, takyah la kot. hahaha tu la kisahnya.

sem baru dah start. sibuk takyah cakap ah bai! bayangkan la minggu pertama pon lecturer dah bagi assignment, research whatsoever. dengan kelas tak sama dengan grup asal aku. aku dapat kelas yang semua budak sem 3, aku sorang je kot sem 2. rasa kerdil sangat dalam kelas tu. wuwuwu pandai2 lah aku adapt dengan budak2 baru tuu. depa tu hokay, aku kan jakunnsss. dalam kelas tu aku jadi pasif, cakap pon bila orang tanya je. punya jakunss. rasa nak balik aloq setaq pon ada gak. tapi semangat masih kukuh. baru sem 2 dah putus asa, ni ada lagi 6 sem kot. :')

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

dulu aku ingat nak jadikan hobi menulis blog sebagai hobi tetap. tapi biasalah, melayu mudah lupa. aku dah bertukar ke hobi baru. iaitu ? termenung depan balkoni bilik tengok geng2 NSTP buat surat khabaq. 
lama gila kot aku tak update, dari tahun lepas lagi kan. kalau tak silap. entry masa bulan berapa ntah. ni dah tahun baru, so bagi lah entri tahun baru sikit. tahun baru lagi ka ? 

aku ada lah sekali dua jenguk blog, tu pon jenguk pakai henpon. kecik tak best. ni pon baru bukak laptop. mak aiii berabuk laptop gwa yang cabuk nih! laptop hanya digunakan bila nak buat assignment je. kalau takat nak online pesbuk, baik aku online pakai smartphone. apa guna smartphone kalau tak boleh tolong time nak jawab quizzzz ? haha tiba-tiba lak

aku perasan gak, trafik blog macam dikunjungi walaupon takdak entri, yang ada pon entri masa lampau. tskk jangan buat aku terharu buleh dak ? 

meh nak cerita serba sedikit apa yang aku buat kat sini.

okay, sekarang ni aku stay hostel lagi. sedih jugak sebab ramai kawan2 yang dok umah sewa. depa kata hostel tak best. bukan sem lepas aku beria-ia nak stay kat luaq eh ? ngee~ bila pikir balik, baik lah aku dok hostel dari nak membayar duit sewa mahal2 dok pulak bilik sempit (-______-') kat hostel ni pulak, kalau dah ada cuti lama sikit, mesti lah sunyi dan sepi. bilik mandi pon tak meriah macam hari2 biasa. ampaian pon lenggang. cafe pon tutup. jadi makanlah megi kari cap maggieee! pfftttt. 

maka disebabkan itu, aku pon mengambil langkah untuk berbelog. semalam dah taip sikit. lepas tu terganggu sebab atun dengan su datang bilik nak tengok movie, Saw ? terjeritlah2 kami bertiga. muka kemain ganas, tengok Saw dah macam kena sampuk. selepas itu, tidoq dan bangun pukul 11 tadi wakakaka. bangun awal nak bakpe kan ? 

kehidupan diteruskan seperti biasa. nak jalan2 mana hari ni ? dengan sapa ? okay takdak sapa. mari tidoqqqq!

zohor sudah ?

InsyaAllah, akan ada entri baru lagi lepas ni. kalau sempat. . pheww

byee!



No comments:

Post a Comment