Wednesday 5 December 2012

wahai pengguna konteklenssss

Assalamualaikum

helloooo guysss ! saya tengah sem break sekarang. heaven. tak heaven sgt pon sebab kat umah takleh bangun lewat . kat hostel boleh bangun suka hati jeww . mencik ah . *pang*

okok stop part ngada-ngada.

nak cerita sket bab pemakaian kanta lekap atau contact lens. well, pemakaian contact lens ini adalah bergantung kepada sikap pengguna itu sendiri ye. kalau pengguna itu pengotor, maka risiko untuk beliau buta adalah tinggi. wakaka eh tak, serius.

aku merupakan pengguna contactlens yang telah berkhidmat bersama konteklens sejak dari tingkatan 4 lagi, now aku telah berumur 20 tahun. maknanya dah 4 tahun aku memakai konteklens. tujuan sebenar aku memakai konteklens adalah kerana aku nak lawa . eh tak . hahaha tujuannya ialah aku rimas pakai spec. disebabkan dulu aku ni jenis aktif bersukan dan pernah membawa nama negara ke persada olimpik, ,maka aku telah memilih untuk melaburkan duit untuk membeli benda alah tersebut.
sekarang dah tak aktif, so aku pon pakai la spec. comel ke tak comel belakang cerita la kan. yang penting mata aku sihat walupn rabun 500 kiri dan kanan. weheee nak test power tak ?
aku pakai lens bila nak keluaq or g kelas je. kalau kat rumah, ang dah kenapa kan pakai lens ? waya putus ?

adakah pernah mendapat tentangan dari keluarga ?

- ya, pernah. puan ibu telah melarang sekeras-kerasnya tindakan aku memakai konteklens. kerana beliau sudah tidak tahan mendengar suaraku yang seperti halilintar apabila mata aku merah dan sakit. aku jugak pernah berjaga di hospital kerana jangkitan kuman pada mata. *pakai lens expired 2 hari je pon* huh
dan puan ibu dah takmau bagi duit. so, aku beli pakai duit sendiri. kumpul sehari 2 hinggit.


apa itu jangkitan kuman pada mata ?

- jangkitan kuman pada mata ialah mata anda berasa tidak selesa, merah, berair, mata takboleh bukak dan kepala anda pening. yes, aku pernah mengalami jangkitan kuman dan terus demam. sakit ye, sakit nak mampos. sungguhpun begitu, aku tidak pernah serik sehinggakan puan ibu sudah memberi amaran keras ' kalau sakit lagi lepas ni, ang p hospital sorang'
ok bos!


kedai optometri, orang yg menjual konteklens di pasar malam, kedai2 di kaki lima, laman sosial tidak akan bertanggungjawab sekiranya mata anda buta atau sakit. apabila anda berurus niaga, keselamatan diri anda bukanlah masalah kepada peniaga.
pesanan aku, JANGAN BELI LENS YANG MURAH SEMATA-MATA UNTUK NAMPAK SEPERTI BARBIE. hey baby, you wont looks like barbie la kalau pakai konteklens buat mata jegil2 mulut itik. no! its annoying tahu ?

aku pernah jugak pakai konteklens yang murah, alah. . sekarang sepasang rm20. gilaaaa ah murah ! dan sebagai akibat menjadi anak derhaka, ingkar arahan ibu. maka mata aku sakit lagi. waaa padan muka. eyemo tidak lagi berkesan bila mata anda sakit melainkan pergilah menangis di hadapan doktor. doktor tersebut meletakkan satu kertas yang pedih dalam mata. pedih sampai aku rasa nak terajang doktor tu sebab sakit. kalau nasib malang lagi, kena la ceramah . bagus la, tengah sakit kena lak ceramah. pakej lengkap. 'engkau boleh diam tak doct ? aku tengah sakit ni tau dak!'

kalau nak efek yang lebih dahsyat lagi pakai konteklens murah, boleh lah tanya kawan baik aku yang sudah trauma melihat lens hahaha . Nana. malas ah nak cerita, g tanya sendiri pengalaman beliau menangis se per tiga malam .

kesan pakai lens murah ni tak tentu. ada yang cepat, ada yang ambik masa. tapi hakikat yang pengguna lens murah perlu tahu, hakikatnya anda akan buta. buta ye sayang. .
di sini aku bukan nak cakap, pakai lens mahal tak buta . bukan macam tu. pemakaian lens biarlah yang disahkan selamat oleh orang yang lebih arif mengenainya.
yang awal2 tu aku dah cakap, kesannya bergantung pada diri kita sendiri. kalau pandai jaga, insyaallah takdak apa. ikot arahan optometrist tu hokay.

nak bagi juga tips; sebelum pakai lens cuci tangan dengan pencuci tangan yang 'free-soap'
lap tangan dengan tuala mikrofibre . kalau takmau ngada-ngada tuala biasa pon ok tapi kena make sure yg tiada bulu2 halus lekat kat jari tu.
pastikan lens case tu bersih, tukar bila perlu
jangan pakai lens expired hhhuhhuh like me
elakkan memakai lens ketika hendak tidur walaupun sekejap
elakkan juga pakai lens lebih dari 8 jam.
gunakan larutan yang baru selepas menggunakan lens
dan yang penting, JANGAN PAKAI LENS MURAH.

pakai la, acuvue clear . sekotak ada 3 lens, rm55 je . selesa dan ada uv protector lagi tau.

semoga entri ni memberi manfaat kepada anda semua. maaf kalau tersalah bagi info, terguris perasaan . yang baik semuanya datang dari allah . dan yang buruk itu silap saya sendiri .

byee !


No comments:

Post a Comment