Thursday 28 February 2013

Semester 2 yang Huru Hara

Assalamualaikum. wassup guys ? entri lepas aku ada janji nak update tiap2 minggu kan ? eh ada ka kat entri yang lepas ? eh ehh ? kira ada lah nohhhh! hahaha . aku rasa, kalau ada anugerah Blogger Paling Sembang Lebat dan Tak Famous (panjang gila nama anugerah!) memang confirm anugerah tu dapat kat aku. or ada lagi anugerah yang paling teruk, rasanya buleh kat aku gak (-____-') suka sembang lebat memang hobi aku satu habuk pon takleh pakai.

siryes wey, kalau aku tak penah rasa kelam kabut sebelum ni, sem ni lah yang menyedarkan aku. masa dulu time STPM dekat2 nak exam aku ilex2 je lagi. . hm old me, now is better. Alhamdulillah. kalau mak gwa tengok kehidupan gwa sekarang yang berulit buku sepanjang minggu, pastilah beliau akan menangis teresak-esak kerana kat rumah dulu pemalas tahap tapir anak pompuan dia ni hahaha. rindu mak lah! bukan nak samakan anak dia dengan tapir, tapi sebagai perumpamaan. ada ka perumpamaan, pemalas seperti tapir? non hado!

kesibukkan yang aku hadap ni bukan calang-calang (sembang lebat lagi), kadang2 bila balik dari kelas, nampak katil tu rasa cam nak tidoq tak ingat apa. boleh la tidoq petang sepam dua, tu pon kadang2 takleh. sebab kalau kelas petang, sampai hostel dah dekat asar, kalau tidoq time tu memang sampai ke isyak la cerita dia, takpon ke subuh pagi esok. ntah2 subuh pon terlepas. Nauzubillah min zalik :')

bila dah sibuk, mana sempat lah ye nak dating. nak curi masa ? ada plak masa aku nak g dating dengan esaimen bertimbun. masa ang dating pahtu ang teringat keja tu tak siap, keja ni nak kena submit. tenang dak ? mesti pakwe ang tension sebab dia cakap dengan tunggui. lepas ni dia bosan, dia p dating dengan tunggui samalah cam awek dia yang ada iras2 tunggui ni tskkkk!

aktiviti harian aku ialah, bangun pagi. . siap2 nak p kelas, dok dalam kelas, lepas 3 jam, balik, mandi, cuci baju, malam sembang kencang pasal dak2 batch baru yang kerek, pastu mula lah ektibiti berulit dengan esaimen. lihatlah betapa tak bersosial nya aku dengan alam sekeliling. update status pon tak sempat nak reply komen. pahtu orang cakap sombong. naseb baek yang tak hensem tu cakap aku sombong, kalau yang hensem cakap. . aku libas sorang sekoqqq! cis jenis racist!

tak banyak pon ektibiti yang aku buat senanya. bosan gila hidup aku, tapi sebab esaimen banyak. kononnya study hard padahal study sejam yang lebih tu menguap2 depan buku. rasa macam nak lempang muka sendiri sebab perangai gitu tau dak :') petang ini setelah mendapat tidur yang cukup, ermm nak sikit lagi senanya haha. masa dalam kelas Economics tu dah kuatkan hati nak update blog. Alhamdulillah tercapai. terpaksa topup tidoq sebab semalam berjaga sampai ke subuh, berdengung kepala hotak check tengok nota Eco. Alhamduillah, boleh kot jawab tadi. boleh.kot.??? kita kenalah yakin terhadap kemampuan diri kita ok!

besok ada lagi satu test untuk midterm. aku ingat bulan Feb ni buleh ilex sket. tgk2. . harem! menggelabah adalah. besok juga last untuk 2 minggu yang menyesakkan otak. bulan Mac boleh lah jalan2 sebab duit mara dah masok wakaka

oklah oklah. cerita panjang sangat ni. . bacalah sampai muntah.

p/s; naseb gwa bukan peminat running man kejadah hape tu. sebab roomate gwa boleh hadap cerita tu dari maghrib sampai ke subuh pagi besok wa cakap lu! pelik gwa, beliau ni macam takdak test pulak padahal satu kampus dgn gwa. (-____-') makan tengok running man, study pon bukak running man. . sungguh, gwa tak paham btol. benarkah Running Man sangat lawak macam Maharaja Lawak Mega ? lu pkirlah sendiri!

1 comment: