Thursday 22 August 2013

Sambil mengunyah rasa hati. .

Assalamualaikum

selesai melantak dua keping roti teloq dgn ayaq masak (sebab malas nak masak air buat teh o kekekek)
nak taip laju2 sebab satgi lepas zohor nak balik alor setaq. im still somewhere in kl. eh takyah nak somewhere sgt boleh tak ? ang bukan femes, macamlah org nak tau sgt ang kat mana haha. pulun!
lama gila iolss tak update kan, rindu tak rindu tak ? cakap ah rindu kitew, tak baik tau bagi kitew malu sendiri. sebenarnya nak update tiap2, banyak idea dalam kepala yg ingin diterjemahkan dalam bentuk kata2 tapi biasalah, masa dalam bilik dok termenung takdak kerja, idea bercambah-cambah bak cendawan lepas hujan, tapi bila menghadap laptop idea yg tadi bercambah telah layu bagai diracun. apakahhh ? ini masalah gwa sebenarnya, tak fokus. selalu berangan bila buat kerja. masa tengah study bleh plak pkir bilalah nak habis 4 tahun degree ni. astaghfirullahalazimmmm. . kena sabar.

all this while, im living happily! walaupun adalah masalah sikit. alahhh biasalahkan masalah bukan pernah habis. selagi hidup selagi tu lah ada masalah. tapi jangan cakap masalah, pakai bahasa manis sikit. ujian allah. so stay strong!

kita ni kalau hidup tak kacau orang, orang la kacau kita. kalau kita tak sakitkan hati orang, orang pulak yg sakitkan hati kita. satu je kena ingat, jangan buat orang sakit kalau taknak kita sakit. biar orang buat kita, kita jangan buat orang. biar orang mengata kita, jangan kita mengata orang. kalau orang nak kita, kita taknak dkt orang ? tu masalah kita. pandai2 lah jawab haha

eleh sembang kencang tak nak kalah lagi, padahal diri sendiri dah serabai macam hilang arah tuju matlamat hidup. tapi setakat hari ni, alhamdulillah, sabar itu separuh drpd iman. walaupun iman senipis kulit bawang, bersyukurlah masih ada iman. iman tak dapat diwarisi. . dari seorang ayah yg bertaqwa :) bersyukur jugak dgn hidup yg dilalui walaupun masalah datang berlumba-lumba. . kalau kita ada masalah tu, ingt yg allah tu ada dgn kita. maka kita akan jadi kuat. sekuat tiger.

tepis masalah yang datang bukan macam keeper menepis bola, macam lah aku tau perasaan menepis bola tu kan. argh aku paham. keeper pandai tepis bola tapi tak pandai nak tepis masalah. menepis masalah yang datang ibarat berjalan kaki dari Perlis ke Johor. penat dan sakit.
selalunya aku lebih suka ignore masalah, aku kan malas nak berat2 kepala hotak mikir. yang mana aku rasa tak penting, aku letak tepi. nanti nanti la pkir. mana dgn perasaan orang lagi nak kena jaga. orang ni satu hal gak, kita cakap sepatah taknak paham. bila kita marah cakap kita kurang ajar. susah btol aku dgn orang macam ni. bila aku buat tak reti, mula lah nak cakap aku macam2. eeeee gerammmmmm ! last last aku ignore jugak. hati besi. lepas gwa putus cinta itu hari, gwa dah pesan siap2 ke hati jangan nak lembut hati sgt. kawal perasaan. kawal diri.

oklah, screwed up! entri ikhlas walaupun tak ada cerita sgt. cukuplah mengisi hari khamis hampa. nanti ada masa aku update lagi. takleh nak janji bila dan tajuk apa, aku bukan bleh percaya sgt. kuat sembang gak kekekeke

selamat hari raya. sudah2 la tu beraya, bawak bertenang dan doakan Mesir.

bye!
 dgr lagu Plain White T's buat aku khayal dgn suara vocalist dia tu. haish watchu do to meeeeee


No comments:

Post a Comment