Friday 18 April 2014

saya ada kucing !

Assalamualaikum.

hai you olssssss, lamanya i tak hapdet belog ni. hmm usang dah. bukan selalu memang usang ke ? okay :'(

pada hari Jumaat yang penuh barakah ini, marilah kita bercerita tentang makhluk kesayangan Rasulullah, iaitu kucing. eeeee comelnya kucing. untuk pengetahuan semua. saya memang seorang yang gemar kucing .
gemar ? macam aku jadikan kucing sebagai makanan kegemaran je kan ? haha! gua seorang Vegan yang makan daun sayur saja. batang kangkung ke batang sawi ke tak makan. itu digelar sebagai Vegan Kepala Bana.

tak perlu rasanya aku cerita pasal kucing2 aku yang dulu, sedih angat ! tragis woi depa mati. mengundang air mata mengalir bercucuran kalau aku cerita. tak cukup dengan tu, 2 3 hari pon tak boleh hilang sedih tu (k hiperbola melampau)

mari dengar cerita kucing aku yang gemok comel sombong angkuh dan boleh bikin lu orang jatuh hati. kekekek puji-pujian mestilah untuk kucing sendiri wakakakaka

***selepas melantak nasik di kafe, jadi mari sambung cerita..

My baby booo eww eww ni sebenarnya bukan lah kucing yang yang dibela sejak dari anak-anak lagi. (bela dari tua bangka) beliau bukan lah kucing aku pon wakakaka. aku beghebut dengan budak kampung aku sebab nak bela. biarpon budak tu baru berusia 11 tahun wkwkwkwkwk itulah yang dikatakan semangat juang yang tinggi!



Introducing my lovely kittehhhh (still a kitty sebab tak sampai setahun lagi, obesity cat kot)! Snowball atau nama kampungnya Cimok (pure betul nama kampung). sebenarnya aku lah yang beria-ia letak nama Snowball, bagi glamer sikit. yelah kan, kata kucing Siam. nama peh, tak style langsung dgn bulu bulu meriahnya itu. aku sorang je kot dalam rumah panggil dia Snowball, last2 terpanggil jugak Cimok. Dia pun suka nama Cimok tu sebab whenever we call dia Cimok, mesti dia pandang sambil buat muka angkuh. rawrrrrrr i wanna bite you kittehhh! dan bila aku panggil dia Snowball, dia akan pandang sambil berkata' dahell Snowball? Im not even white!' begitulah aku describe cara pandangan beliau wakakaka pandai betul tuan Cimok ini translate kata-kata. dah la Cimok ni speking Siam haha!

mula-mula datang rumah, aku kurung dalam sangkar. sangkar kecik, kehhjam sangat kucing gemok kurung dalam sangkar kecik. tapi nak buat macam mana, takdalah kecik sangat, muat2 je cuma tak boleh la beliau berlari-lari anak dalam tu -,- kenapa kurung ? sebab dalam rumah aku ada lagi 2 ekor makhluk berbulu jugak. takmau lah nanti bergaduh sampai terkeluar2 bulu, tak hensem la der! lagi pon si gemok ni jantan. kucing jantan sama kucing jantan ada perangai tak helok ye. kerja nak bercakar. kalau ada pesen kucing pondan, agaknya tak bergaduh la kot, tapi pondan2 sekarang tidak boleh diberi muka. 

setelah biasa dengan keadaan rumah tangga yang gegak gempita pada waktu maghrib, maka Si gemok pon diberi peluang untuk bebas dari kekangan sangkarnya itu. dia hidup bahagia bersama seekor puteri raja! penerimaan dari dua ekor bulu lain tu so far agak baik. kadang2 tu terkeluar jugak taring. ehh claws.

maka hiduplah beliau dalam rumah aku sampai sekarang.. tak banyak kerenah, senang jaga. malam2 pon tak meragam wkwkwkwk

mari kita lihat pulak ciri-ciri seekor kucing siam yang hensem macam Hero Siam. wew!

1. Berbulu oren kecoklatan
2. muka tak manis langsung walaupun diberi makan Whiskas 1.5KG harga RM17.50!
3. he dont eat fish or even nasik! dasar kucing belagak.. patutlah mula-mula aku bagi nasik dia usya slek je. pfft
4. takut lelaki bermisai\ berjambang. (abah dengan abang selalu mengusik beliau hingga lari lintang pukang meninggalkan whiskas. wak doyok pon beliau rasa Wak Doyok seorang yg creepy -_____-
5. tidak suka budak kecik yang suka uli-uli beliau hingga penyek. 
6. kalau mandikan dia, jadi good boy sangat. diam je. ee geram!
7. tak suka orang dukung dia. big boy mestilah malu kalau didukung dikhalayak umum wakakaka
8. sukakan anak ayam kecik comel loteh . habis anak ayam jadi mangsa serangan hendap beliau ye. sampai mak gua mengamuk nak buang ke market. tskk :'(
9. suka tidoq. 
10. jarang mengiau kecuali ekornya dipijak
11. tak suka bulu dan ekornya dipegang-pegang. kalau pegang siap la, berbirat la kena cakau! kena pujuk2 baru dapat pegang. muka mafia tapi manja. hehehe 
12. entah.. dark side dia belum keluar lagi. 


itu sahaja. 

sesiapa yang sukakan kucing, yay! geng. lelaki yang suka kucing ni memang aku tabik aaaaaaa. terserlah sifat penyayang tu. bikin cair. 

dan juga, sayangilah makhluk kesayangan nabi ni. bela kucing ni murah rejeki tau.. sebab orang kata dia selalu mendoakan kita. 

bye




No comments:

Post a Comment