Friday 14 February 2014

celaru. cerita satu hari sahaja.

 Hari tu, macam biasa.. kalau tiada apa di rumah, aku hanya ralit melayan jiwa tengok movie, AADC. bagi bukan seorang peminat sinetron malah membenci, ini adalah satu-satunya karya Indon yang aku tengok berulang kali. karya yg punya isi kata aku. ringan tapi menyentuh hati. pehh sudahlah.. kau tidak mahu dilihat jiwang dgn menonton AADC tetapi melayan pop punk pada malam hari setiap kali sebelum tidur. ahh aku selalu menipu diri sendiri. tipu diri sendiri lagi baik daripada engkau pergi bercerita havoc menipu orang kan ?
entah dari mana havoc ini muncul, nampak sangat aku juga jenis sapot musik lokal yang kosong. sesetengah orang kata Mayday Parade kesayanganku juga nyanyi musik kosong. peduli apa gua suka Derek Sanders dan geng-geng beliau yang pakai wristband berselirat tapi still macho bergaya. cair hati aku. buat video cover macam haram pon boleh cecah ribu riban punya view. nak harap video cover budak2 lokal ? nyanyi background katil bilik je. lepas tu pumpang suruh kembangkan industri. what the hell ? indie2 band kesayangan aku terkecuali ya. muah.

      Bergaduh lagi dengan diri sendiri. hidup ini adalah sebuah perjalanan yang singkat. maharaja lawak mana cakap hidup ini sangat panjang ? celaka apa. hari ini kau sedut asap esok kau boleh mati tak pon malam ni boleh jalan ke kubur. sarkastik sangat aku perli smokers. padahal bagi aku smokers ialah seorang yang misteri. lihat sahaja hero hollywood, mana ada yang tak hisap rokok. ya, lelaki misteri ialah lelaki pilihan. hukhukhuk bukanlah yang seorang 24/7 hapdet status kat facebook apa yang kau buat satu hari. ah bosan sebegitu. aku nak yang misteri. misteri yang bila mana aku bercakap dengan dia, aku rasa ada something surprise yang aku perlu ambik tahu tapi dia tak cuba ungkap. gila kau tu misteri sangat hahahaha

   Jalan lagi. orang juga angkuh berkata dunia ini kau diberi banyak pilihan. ah lagi menipu. pilihan apa kau ada ? bagitau aku apa yang banyak. Bagi aku hidup ini ada dua pilihan, satu syurga satu neraka. Hidup berdasarkan falsafah yang aku cari sendiri tapi still berlandaskan iman. rockers hempuk gitar mana pon kau, mestilah ada iman. tak ada banyak sikit pon jadi lah. atleast tahu mengucap. yang lain, kan aku sudah bagitau kau ada 2 pilihan. kalau aku ulang lagi pasal pilihan, memang artikel ini takkan habis dan alih2 aku jemu.

satu hari itu, banyak juga yang aku fikir. pasal dunia, pasal hidup, pasal semua yang aku nampak. bongkak sangat kalau aku cakap, masa aku dihabiskan dengan berfikir. lihat sekeliling, sesak mesak jiwa. bukan apa, kerajaan sudah cakap, kalau kau tak suka, boleh keluar dari Malaysia. biar kerajaan hidup dengan Bangla Nepal Myanmar. betul sangat orang kata Malaysia punya banyak bangsa. haramjadah. polis tak buat kerja ke ? kalau kau marah ke polis sebegitu, tak kurang jugak kau akan dapat sepinggan kata nasihat berupa pakej maki hamun 'warganegara tipikal'. itu orang geng Najib dengan Anwar yang bergaduh. bergaduhlah.. sedup asap dan hembus.

macam aku baik sangat cakap macam ni, adalah tu yang cakap aku kerek. biasalah, kalau tok guru pon orang bleh maki.. apatah lagi orang biasa macam aku. sudahlah hanya tahu bercakap, duduk dan menaip tapi ada hati mahu mengubah dunia. bercinta pulak failed separuh jalan.. jangan mimpi.

nanti aku sambung.. aku blur.

**baca dengan penuh emosi ya..

terima kasih

   






No comments:

Post a Comment