Wednesday 25 June 2014

Buat Sang Cinta

Assalamualaikum.

entri kali ini dedikasi khas untuk Sang Cinta, tidak kira yang tengah bercinta, akan, dan telah berkahwin, dan segala bentuk situasi yang boleh dikatakan sebagai cinta lah kan.

Buat Sang Cinta,

kadang-kadang ada bicaraku pedih, mencengkan rasa..
maafkan aku..

kadang-kadang aku lemah, jatuh dalam gaung emosi, menyentap tangkai hatimu..
bersabarlah denganku.. aku hanya hamba. 

kadang-kadang hati ini berbolak-balik, yakinkah aku dengan cintamu?
bukan niat aku meragui cinta kasihmu.. tapi begitulah rasa hati.

kadang-kadang, melihatmu sahaja sudah beralih rasa hati..
maafkan aku..
hati ini sememangnya mengundang rasa sabar darimu.

kadang-kadang, ada perilaku yang membuatmu berjauh hati..
sesungguhnya, yang keluar dari mulut tidak sama dengan kata hati.
aku menyayangimu, sepenuh rasa.

kadang-kadang, air mata yang ditahan, luruh jua..
payah benar jalan cerita cinta ini..
kuatkah hatimu dengan aku ?

terbit dari nurani, aku tak mahu jadi penyebabmu sakit hati,
aku mahu jauh, mahu pergi..
tapi, hari hari mendatang aku ingin kamu. 
selalu..

memahami kehendak hatimu seakan terlalu payah,
lumrah hamba, hati itu payah dijaga..
tapi, aku cuba.. sehabis daya.

segala janji, kata kata penuh makna..
aku sisip kemas dalam hati..
dalam.. aku mahu begitu
ingat sampai akhir nanti.

apa jua keadaan mendatang, 
kenang janjimu.. segala kata yang mahu dikota, 
kita sama-sama mahu bahagia..

untuk cinta hati, Muhd Shazwan bt Shapiey..
im losing my words with you.. speechless.
i love you.. to the moon and back.

Ya, cinta Allah itu utama. Kejarlah cinta Dia, di situ kau temui juga cinta sesama manusia.




No comments:

Post a Comment