Sunday 23 September 2012

masalah . review filem, dan habis setakat itu sahaja

Assalamualaikum

hyeeeee ! lamanyewww itew tak update kan. . padahal awal bulan hari tu dah update . jadi ah kan, bukan ada cerita sangat . alih2 cerita pasal kampus aku, muak orang baca . melihatkan kepada jumlah viewers yang meng-view-kan post2 aku takla ramai seperti Dr Blogger kita . but it is quite high you know for a merapu's blogger like me . kahkahkah macehhh awak semua ! biar jasa jadi kenangan . walaupon Kedah akan main untuk Prime League (bubuh bahasa inggeris sikit bagi nampak cam unsur wahhh wahhh) tapi itu tidak menghalang niat murni aku untuk berbelog . Kedah telah seri dgn ATM weh, maknanya team Kedah bukan team sayoqqqq . sila jaga mulut anda wahai keyboard warriors ! dan Manchester City telah tewas ke atas Real Madrid . kemon la City . aku rasa engkau menang musim lepas macam takdak makna je ponn . kemon laa ! real tu team pakwe gwa, jgn bagi gwa kalah bet . (-_____-') tiba-tiba City masok ni pahal kau ninis . bukan kau Arsenal ?
enough with bola ok

****awat asyik typing error je ni wehhh .

aku kat hostel ni, dah habis pon mid sem break . seminggu hmm hmmm aku bergegas-gegas balik awal sebab ada orang inform pasal kelas ganti, padahal harammmmmmmm . menyesal gwa serius gwa menyesal !
jadi aku pon melangau la menjadi langau kat dalam bilik ni . naseb lah mempunyai kawan yang berjiwa unta (unta suka jenjalan tak ?) . dia ajak aku merayau-rayau kat kl . pergh takkan aku nak tolak tuah ? takkan . huahahahaha *gelak cam haram

aku ada masalah sikit sekarang . aaa tapi semalam g MPH baca buku Dr Muhaya, jangan cakap 'aku ada masalah' tukar kepada ' aku ada ujian daripada Allah swt' . lebih manis dan bersemangat takk ?
yeahhh, ujian daripada Allah . ringan ringan pon sakit jugak weh . tapi takpa, kita kasik cool down dulu

bulan September ni menyaksikan banyak muka aku masok tengok wayang memperabih duit dak Kiot dan dak Danial . sound macam kaki kikis je kan ? hoho taklah . sampai hati engkau kan ? dah orang nak belanja, nak tolak rezeki ? hm hmmm nono . wait, tunggu duit Mara masuk then boleh la aku jadi baik hati dengan membalas budi pulak .

antara filem-filem yang best untuk ditonton ialah , ni best bagi aku lah kalau orang lain tak tahu la best ke tak .

1. The Expendables 2 - film aksi yang berkisar tentang sebuah kumpulan komando yang aksi bunuhnya sangat keterlaluan . time beli tiket kakak tu da cakap filem ni untuk 18 tahun ke atas je cik . ok kak, apa muka aku dan dak Kiot cam budak lepasan UPSR kah ?
untuk menggempakkan lagi cerita, aku tengok The Expendables 2 ni dua kali okkk . ulang DUA KALI .
sekali bersama dak Kiot dan sekali lagi bersama dak Danial . bersama dak Danial aku tengok separuh ja sebab 4 kali menguap lepas tu aku tidoq kahkahkah . bazir duit orang je engkau ni Ninissssss !
sebenarnya, aku tak tau pon cerita The Expendables yang mula-mula tu camana, alih2 g tengok wayang The Expendables 2 . wkwkwkwk

2. filem kedua ialah filem francais yang sangat ditunggu-tunggu oleh semua gamers Resident Evil . Filem zombie ni merupakan filem feveret akuuuuuu sebab jalan ceita sangat bohong nak mampos dan tak berat kepala hotak cam Ombak Rindu kahkahkah . Resident Evil 5 Retribution . Kalau dulu si Alice lawan dengan sekor raksasa zombie yang bawak kapaq besaq nak mampos tu dengan Claire . sekuel kali ni Si Alice dan si amoi lawan dengan raksasa zombie yang sama, tapi 2 ekor . sangat awesome sebab zombie tersebut diletupkan dengan petrol . part paling menyedihkan, aku dan sahabat menonton filem ni di seat yang paling depan sekali kat GSC Mid Valley (-____-'') apakan daya, hanya itu tiket yang tinggal . seperti biasa, filem Resident Evil ni akan bersambung-sambung lah ye . so, kita tunggu tahun depan pulak .

helo sayang, aa saya dah nak balik ni . aa tak tak saya keluar dengan pompuan, saya tak curang . yaya okok bye love you :D *muntah
 lokasi ; tetengah jalan kat Mid Valley

3. filem ketiga, yang mana merupakan filem terakhir untuk aku tengok bagi bulan ini . Dredd . lokasinya ialah di Time Square Kuala Lumpur . bukan Time Square kat London ye (eh kat London eh ?)
filem ini agak best la, nak dibandingkan dengan Resident Evil, memang tak boleh tanding . Dredd is not bad . rugi la kalau tak tengok . mula tu aku ingat ni filem Masked Rider sebab Dredd punya kostum sebijik cam Masked Rider , cam Kamen Rider pon ada gak . Masked rider tak bunuh orang laaaaaa . Cam Ultraman ja bukan .
filem ni pon aku tengok separuh jugak sebab filem bunuh2 ni aku tak tahan sikit, ngeriii . setengah jam gak la tidoq dan sambung tengok balik buat cam panggung tu hostel aku :D
sapa rasa yang tak berapa lalu nak makan, takyah la terhegeh-hegeh nak tengok . bukan sahaja sedikit lucah malah aksi bunuhnya sangat sangattttt eeeee . alahh, lebih kurang bunuh cam Final Destination . bezanya ni orang bunuh orang, bukan pasal takdir . dak Kiot bawak aku tengok cerita lucahhhhh ? naseb panggung tu gelap, rasa cam nak tutup muka dengan helmet . bodonye  buat cerita gitu, malu la kiteee !

semalam time nak balik, nak g basement kat BB Plaza, boleh pulak blackout . gila . aku ingat rompakan bersenjata ke apa . dah la time tu kat atas eskalator and almost nak tersembam . disebabkan itu telah berlaku jammed angkara blackout , kereta pon berpusu-pusu keluaq . sapa ada kat situ semalam ?

tamat

No comments:

Post a Comment