Sunday, 23 September 2012

update lagi !

Assalamualaikum.

hari ni aku ter-blog walking pulak . haha sebab aku terjumpa sebuah blog yang mana owner dia hensem sangattt aaummm aummm . malas nak mentioned boleh tak ? sebab nanti habis peluang aku nak flirt dengan owner dia tu . takla takla dia da femes pon . so aku takmo la menunjukkan kesakaian aku sebab baru tau wujud blog tu . iskkkk

boleh pulak intro gitu ? boleh sajeeeee

aku rasa blog aku ni blog yang takdak arah tuju . main suka hati mak bapak aku je nak tulih apa . dah tu asyik cerita pasal hostel . sakai much much ah ! dan bila aku tengah menung sorang2 aku rasa cam nak tulih pasal travel travel pulak . bila pikir balik, celah mana aku g travel . setakat g menganga tengok wayang kat mall tu nama travel ke ? tak logik pulak . paling jauh aku travel pon kat Langkawi . nak travel g London dalam mimpi, peliknya tak penah pulak aku mimpi g London.

nak cerita pasal fesyen . aku bukan lah jenih pompuan yang kemaruk sangat fesyen, mekap apa semua tu . apahal kejam sangat ayat kemaruk tu haha . tak kena dengan gaya . setakat pakai jeans dgn tshirt tu apalah sangat, buat kena cemuh dengan viewers je . nak mekap ? g kelas pon kadang2 aku lupa nak pakai bedak, kalau hari kalut sangat sampai terlupa pakai deodorant kahkahkah naseb lah badan aku jenis air wick. tak bau . dan mengeluarkan bau yang wangi . bukti ? kawan2 aku mulut laser tak cakap apa pon bila aku kat sebelah (or depa ni nak jaga hati aku je ? nonono depa jujur) . see ? kadang2 kalau hari kalut aku tiba2 menjelma, terbangun lambat ke . baju tak sempat nak iron, aku sebat je g kelas pakai baju kurung tak ber-iron . lantak  . aku tak sempat, bukan sengaja . penah jugak aku g kelas tak sempat mandi . pergh gila . memang hari tu tak sempat sangat2 la . naseb kelas aku habis awal . nak tak aku cerita pasal fesyen2 ni ? haa tengok dah geleng takmau . takpa takpa

cerita hal kursus aku ? hmm lagi lah tak kena sebab sem satu ni aku main2 je . dalam kelas aku melangut sampai habis masa, lepas tu jangankan nak study, beg yang aku bawak g kelas pon tak bukak2 . nampak tak betapa malasnya aku ? serius kadang2 aku rasa nak berubah, nak dapat dean list bagai . dean list kejadah ? kalau buku pon tak penah buka . kalau hari ada test ke apa, baru aku terhegeh2 nak bukak, lepas tu tension sebab takboleh nak catch up . kalau orang ajak aku berjalan merayau, fuhh sepantas kilat aku pakai baju nak ikot . kan best kalau orang ajak aku buat discussion aku cepat je angguk . tak perlu menipu cakap pening dan sebagainya kahkah jahatnye sayew . sem 2 mungkin ? InsyaAllah .
lagipon macam tak best lak sebab aku bukan masok IPTA pon, masok UniKL je . nanti orang cakap, budak 10E pon boleh masok UniKL tu sebab private . hmmm hmmm teruk sangat ke aku tulih ni ?

nak cerita pasal love, pakwe, makwe ? lagi lah malasssssssssss . nak cerita tapi buat apa aku menggebangkan status hubungan yang tak tentu hala ni . sat gaduh putus, pastu rindu sambung balik . buat orang menyampah buat apa . ye dop ? likes sesetengah blog yang entri 1 sampai berapa entah semua dia cerita pasal pakwe/makwe dia . alahai, ce cerita kisah Nabi ke apa . bernafsu sikit aku nak baca . bukan nak menghina, mencaci cakap blog aku yang buruk ni best ke apa . just tak sesuai lah nak cerita hal cinta hampa tu bagi public puji wahhh sweetnyeee korang, untung la pakwe hensem blablabla . kemon lah weh !
. serius, bukan aku sorang nyampah . ramai . cehh nak cover ! hahaha

nak cerita pasal tempat makan . hmm setakat yang aku tau, tempat makan yang paling best aku penah masuk ialah hotel holiday villa kat alor setaq tu hahahaha tuh pon sebab ada jamuan alumni . makanan kat hotel bukan sedap mana pon, nama je gah . makan tak gah langsung . eh hang ni taktau bersyukur ke ninis ? kalau tak memang tak merasa nak makan kat hotel la . *nak nanges boleh ?
nak masuk Setabak macam tak mampu je, sebab dalam dompet ada duit singgit2, duit baru lak ada 2 3 keping . setakat tangkap gambaq makan kat kepsi, mekdi, foodcourt mid valley ? lagi teruk kena cemuh . lainlah kat Food Republic ke, restoran dalam The Gardens ke .lagi gempak dinner kat Mandarin Oriental ke baru lah boleh tangkap gambaq then upload dalam fb laju2 haha selalu buat kan ?

nak cerita pasal music ? nak cakap aku taksub sangat dengan k-pop ni tak jugak . tapi aku tau la fenomena oppa gangnam style tu, kl gangnam style tu . heyyyyyyy sexy ladyyyyyy ! op op op oppa gangnam style . serius lagu dia cam haram tapi best la . yang haram tu best, kalau tak takkan ramai suka buat benda yang haram ?
nak cakap aku minat kat retis ni tak jugak . sebab aku rasa kalau dia lalu sebelah aku pon aku tak perasan, sebab aku tak minat pon kat retis2 ni . tak kenal . Justin Bieber kenal . kau pahal ninis ?

nak review pasal wayang2 yang aku tengok . aku malas lak sebab aku tak kenal pelakon holywood sangat . eh semua orang kau tak kenal ni dah kenapa ?
aku malas nak google, aku malas nak tangkap gambaq . pokoknya bukan sahaja malas tapi jika dilihat pada akarnya pulak, memang aku sangat malas . boo me ! bukan tegar mana sangat aku ni . terlepas gak la filem2 yang digembar gemburkan best tapi aku tak tengok sebab takdak geng, takdak duit merupakan alasan yang paling sesuai aku rasa :))

nak letak gambaq setiap entri ? aku sedar yang belog aku ni kekurangan gambar-gambar . tapi tak kesah la . eh suka hati aku lah kan, ni blog aku . bukan aku ni takot kat kamera, tak reti berposing . eceh ! bajet . aku suka gila kot orang tangkap gambar aku . suka gila dan boleh jadi gila . tapi kadang2 je . kalau selalu maybe kawan aku dah bagi seketul pelempang sebab dia je selalu kena tangka gambar aku haha . kat fb pon aku malas nak upload gambaq . kalau upload pon 2 3 minit pastu aku delete sebab segan . segan orang tak like aku ratus2 kahkah sepak nak ?

so, ampa rasa aku patut bagi genre apa kat blog aku ? or ampa lebih suka santai likes suka hati aku je nak tulih pasai apa ?

byee, besok test Financial Accounting 1 . buku tak bukak lagi walaupon petang tadi bertekad bukan main nak study sungguh2 . kalah dengan nafsu .







No comments:

Post a Comment