Friday 19 October 2012

Pilihlah saya untuk dipimpin :')

Assalamualaikum

hujan . sejuk . masih belum mandi . masih memikirkan apa aku akan jadi pada hari ini . semalam bertekad mahu setelkan business math, bila bangun rasa malas . malam nanti lah buat . pagi2 cuti ni takyah spoiled nak buat math sangat la kan . semalam jugak mahu berubah, jadi lebih baik . penuh harapan. .

perubahan bukan berlaku dalam sekelip mata . perubahan memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit . tanpa paksaan . ikhlas . yang utama, perubahan ke jalan Allah SWT . sebagai muslim, tujuan utama hidup adalah mahu jadi hambanya yang lebih bertaqwa . hm tapi pagi tadi solat subuh pukul 7 lebih . ingat nak solat dhuha dgn solat hajat . tapi terlajak bangun lepas tu rasa malas nak mandi . takkan nak solat tak mandi ? jumpa pakwe nak melawa . nak jumpa tuhan sendiri ala kadar je ?

siapa kata saya tak mahu berubah ? mahu jadi muslimah terbaik , mahu jadi anak solehah, mahu jadi isteri yang terbaik untuk suami satu hari nanti . stended la umoq 20 cerita pasal kawen haha . k serius
saya mahu berubah, mahu berubah secara total . secara logiknya, mesti orang akan cakap . nak tunggu matahari naik blah barat baru nak taubat ke ? pedas menusuk .
saya tidak mahu perubahan yang seketika . mahu berubah sepenuhnya, seperti tidak mahu orang mengenali saya yang lepas .

orang jugak akan bercakap, sembang serupa cukup kebal iman didada tapi tutup aurat pon tak sempurna lagi . baiklah, saya mengaku masih kurang dalam ilmu agama . masih membuka untuk pandangan umum . saya tidak mahu bertshirt dengan tudung, tak mahu berseluar jeans dengan tudung, saya tidak mahu bertudung dengan pakaian yang menampakkan susuk tubuh, saya tidak mahu digelar muslimah padahal gaya seorang muslimah bukanlah sebegitu . saya tidak mahu sekejap bertudung sekejap tak . g kelas bertudung, hang out bukak . realitinya saya begitu . masih keliru . celaru dengan identiti diri sendiri . setiap hari berdoa agar ditetapkan hati untuk berubah . nampaknya doa masih delay . saya ada berhutang dengan Allah .

saya tahu sekarang ibu mahu saya menjadi anak perempuannya yang solehah . Ibu mana boleh melihat anaknya berpakaian seperti, (paham-paham sudah la ) tapi doa seorang ibu hanya akan dimakbulkan bila saya sendiri yang bertekad mahu berubah . doa lah sebanyak mana, tanpa usaha daripada diri sendiri, tidak akan nampak kesannya . fakta .

saya mahu dipimpin, jadi yang lebih baik . kalau saya dipimpin dan perubahan itu mampu mengubah hidup saya sepenuhnya ke arah yang lebih baik, lebih dekat dengan cinta Allah SWT . pilih la saya untuk dipimpin . paksa saya jika perlu . kerana sekeras mana pun perempuan, dia sangat lemah dengan pujukan . itu saya . sangat lemah dengan pujukan . sangat

*****adaptasi dari sebuah cerita benar . cerita saya sendiri . jalan hidup saya . semuanya tentang saya .


No comments:

Post a Comment