Thursday 25 October 2012

Just go with the flow

Assalamualaikum

mood raya ? ehehehe me too . tak mau raya kat kl, nak balik alor setaq jugak sat lagi . :)) tengok tiket yang mana ada, rembat je . bas sekolah ke, bas kilang rempah ke naik je lah . hari apa pon tak kesah janji balik .

well, anda tahu sistem pembelajaran di U tidak sama langsung dengan apa yang ada di sekolah . memang la kan, dah nama pon U . banyak bezanya . di sekolah lebih mudah, lebih praktikal, disiplin. tudung engkau singkat2 ni memang sakit la kena tuju dengan ustazah . kalau di U selagi dianggap sopan oleh HEM, pakai sajee . takdak orang nak tegur lu banyak2. suka hati engkau
kalau di sekolah, tak siap homework, sakit jugak kena membebel dengan cikgu, bukan engkau sorang . kalau sorang tak buat keja sekolah habis satu kelas kena bebel . memang cari nahas ! kat U kalau engkau tak buat assignments, padan la muka engkau kan . sikit la markah final exam nanti . paling teruk loan mara kena tarik, berenti la jwb dia.  tu masalah engkau, lecturer peduli hapa . bukan ada pengetua nak marah dia pongg . tapi bukan semua lecturer tak ambik peduli . ada gak sorang dua yang ambik berat . sebelum start kelas dia bagi kata-kata semangat . macam lecturer Management Accounting aku . sejam bagi motivasi, sampai tersengguk-sengguk aku tahan ngantok . dengaq je laa. . penat bebel dia berenti .

mula-mula tu aku kelam kabut, aku rasa dah mula hilang mood . rasa macam eh apa ni ? serabutlah! tapi bila dah nak habis sem 1 ni mula sedaq diri dah . kat sini nobody cant help me . semua kena buat sendiri . kalau aku tak buat, lantak aku la kan . kalau kat bilik asyik fb-ing je memanjang takdak sapa nak tegur ang suruh study . kena sedar sendiri lah beb . semua orang bukak buku, kita sorang2 je baca 9gag . cam bangang tak ?
mau tau mau ambik jugak buku atas kepala, bukak dan buat . nak hipokrit boleh, tapi sampai bila ye dak ?
engkau mesti penat kan berpura-pura ?

aku tengah biasakan diri sekarang . dulu mummy pesan, kalau nak g mana2 ajak kawan . untuk tidak menyusahkan kawan lain, atau tidak mahu dianggap leceh . aku p sorang2 . tawakal, doa ibu bersama aku, dan Allah bersama aku juga . :) takut memang takut, tapi nak buat camana ye dak ? im twenty you know .
balik jalan kaki dari LRT Bangsar sorang2 sampai ke hostel sebab taknak ikot kawan g shopping kat Masjid Jamek .wakaka gila engkau. . sampai hostel menggigil .

biasakan diri dengan orang sekeliling, walaupun aku tak rapat dengan semua budak2 kat hostel ni . tapi aku rapat dengan budak2 kelas aku . hihihi depa ni tak kurang pon cam budak2 Pra U 2A . they were shoo comelsssss !

sekarang ini, aku tengah try untuk hidup sendiri . yeah, i have to . tak boleh nak harapkan orang . lepaskan yang mana bukan milik aku . tamatkan cerita yang aku tak mahu habiskan jalan ceritanya .

cerita tamat :)

satu cerita epic, memang aku takkan gemok ke apa ? =='



No comments:

Post a Comment