Wednesday 11 July 2012

Adakah anda seorang yang gayat ?

hello fellas . oh my english sangat kan. .

Assalamualaikum.

hihi best lak dok update post memanjang , rasa macam golongan bijak pandai sebab idea mencurah-curah ke ladang gandum dah puff ! jadilah koko krunch . wakakaka

berita gembira untuk rakyat jelataaaaaaa ! aku sudah menelefon pejabat mara negeri tadi dan mereka di opis memberitahu aku supaya datang ke pejabat kerana semuanya telah disetelkan . bahagia sangatttttt macam orang baru kawen la ! sungguh la tok nenek kita cakap, penantian satu penyeksaan . bagi aku ni bukan penyeksaan dah weh. . siryes wa cakap lu, azab rasa macam putus cinta dengan anak datuk . pedih baqhang ! kakakaka tetiba kan .
ada plak anak datuk nak kat engkau kan ninis, engkau hengat engkau tu sapa ?

okay okay enough with introduction, aku ni kan cepat ja merepek pantang leka sikit mula la aku nak menaip panjang lebaq, kalau fakta takpa gak, ni dok merapu meraban tak tentu hala . rasa cam nak lempang diri sendiri sebab tak fokus .

baeklah !

pernahkah anda menaiki menara dan apabila melihat ke bawah, anda berasa seram sejuk seperti jantung mahu terkeluaq dari sistem badan ? jika ya, anda seorang yang gayat . bukan gayat gelabah bajet hot ye . ni gayat lain ok !

tapi bagi aku, jangan kan menara, . bila naik shopping complex pon peluh jantan keluaq walaupon hakikatnya aku ini perempuan . aku tak mungkin la nak jalan tepi2 besi sambil tengok bawah ada fair ke juai bantal ke. . memang tak la sebab aku takot . dalam istilah perubatan orang panggil phobia, tapi kan ada pelbagai jenis phobia . mampos la aku nak hafal nama dia plak kan . mustahil

tapi keadaan ini berubah kalau aku p theme park ka, funfair bodo2 pon aku sangat teruja nak main roller coaster. . flying spider , haunted ship apa segala . padahal takot ya rabbi .

penah sekali nana ajak aku naik flying spider, mulanya aku tak mau sambil menolak habis habisan, setelah dipujuk  rayu. . aku ni lak cepat sangat terpengaruh dengan hasutan maka aku telah bersetuju nak naik . weeeeee setelah membayar token , kami berdua pon berhempas pulas nak berebut dengan orang . rasa seperti jakun sebab berebut dengan kanak2 . apa da hal ! ini hal orang besaq .
dalam hati ni cuak tahap infinity dah, serba salah, dah pasang safety belt apa. . peluh jantan aku pon keluaq . jantung mula berdetak seperti lagu Greenday . tanpa berlenggang kangkung lagi, aku pon terjerit-jerit la panggil abang kat situ suruh bukak belt balik and aku nak turun dengan segera . ayaq mata sudah bertakung tunggu nak turun ja tu, tapi tahan . kakak engkau nanges ? adik2 yang naik muka eksaited kakak boleh nanges ? no way ! abang tu dah tergelak-gelak , lantak la hang nak gelak yang penting I WANT MY TOKEN BACK ! ! akhirnya, nana naik la flying spider dengan kawan yang seorang lagi dan aku hanya memandang dari bawah . wakakakaka lalu aku mengambil keputusan untuk main bumper car sahaja .
tak gayat pon bumper car !

maybe bagi orang lain dia akan cakap , elerhhh tinggi tuh pon nak gayat ka ? mungkin nampak cam ngada-ngada, tapi realitynya aku tak batak pon nak mengada2 . *ayat nak taiko lak kan**
bagi aku gayat tetap gayat . takmo takmo . bila naik tempat tinggi rasa nak menanges je sebab takot .

nasib lah naik moto ka, keta ka, kenderaan lain2 aku ta gayat . kalau tak memang putuih kaki nak berjalan . hukk :'(

jangan main2 dengan perasaan gayat ni tau. . tapi teringin sangat nak naik cable car dekat langkawi tu, tapi gayat. . tapi takot . banyak sangat tapi tak payah naik la woi ! buatnya sampai kat tengah2 tu cable car berenti , aku pon hentak2 kaki tarik baju orang ka sapa, confirm lekat sebijik penampaq abah aku . takot buleh saket pon buleh .

ok bai :'(


No comments:

Post a Comment