Tuesday 10 July 2012

kelam kabut

Assalamualaikum

did you guys know ? perjalanan kita menuju kematian bermula sejak kita lahir .


sedaq tak sedaq, minggu depan aku dah nak berangkat dah kan ? rasa cam cepat je masa berlalu, padahal setiap hari dok tick kalendar cap kedai runcit ah tuck sambil countdown . bermakna, minggu depan kita akan berpuasa . yeayyyy ! dah habis ganti blom ? ka aku sorang ja tak habih lagi ? pleaseee cakap tidakkkk !

hilang sudah sakit-sakit, sengal-sengal di badan akibat daripada cuaca yang sejuk selama 2 3 hari kebelakangan ni . serius, badan aku tak tahan sejuk . now, tambah lak saket lain . atas lutut lebam biru sebab kena starter kick moto abang aku . pergh dia punya saket macam kena renjatan 100voltan TNB . masa kena tadi rasa kebas tak sakit sangat, bila dah hilang kebas mula lenguh. . hah masa tu la azab dia. . dah biru . comel je lebam . kakakaka saket ! moto abang aku memang penjenayah, berapa orang dah kena menatang tu .

hari tu aku ada publish entri baru, tapi bila bukak dekat post list dengan tidak sengaja aku terdelete sebab aku ingat draft . so aku malas la nak taip balik . mesti ayat dia dah tak sama macam mula-mula . sikit punya feeling kot aku buat . hampeh silap diri sendiri tak reti berhati-hati ketika memadam data . tuh pon nak ambik akaun. . ***tetiba mention dah kenapa kan ?***

eh ! aku nak mintak maap dekat mmbe2, adik2, boyfriends girlsfriends or yang berkenaan, yang mana yang dok ajak hang out sekali tu. . im sorry, aku tak sempat weh . rasa cam tak sempat dah keluaq sekali . lately ni aku busy sangat . gabenor Uganda pon tak busy macam aku . yelaaaa, advance duit mara tu tak setel lagi . server down la plak website mara tu . masalah sungguh ! aku rasa nak nanges ja bila bukak 'harap maaf, sistem capaian kami masih diselenggara buat sementara waktu, sila cuba dari masa ke semasa ' berapa puluh ratus ribu kali aku cuba still tak boleh lagi sampai sekarang . dokumen semua aku dah send kat pejabat mara negeri, depa kata nak call dalam masa terdekat ni . wey, dah nak sampai tarikh aku daftar kot, bila lagi nak call ? alih2 bila cakap dekat mak aku, 'geng2 goment ni kita lah kena tolong peringat sebab bukan depa tu dok setel yang kita sorang, beribu cek oi ! ' okayyyy, besok aku call sambil menanges meratap sayu pilu . cepat sikit duit masuk . wakaka

barang2 aku satu apa kebenda pon aku tak beli lagi, baju-baju apa tu memang aku bawak yang mana ada dulu lah. . nak beli baru rasa membazir lak sebab aku rasa lepas minggu induksi aku cuti raya, so lepas raya lah aku shopping . barang2 lain tu yang tak beli lagi . alahai. . dengan duit pon tak berapa nak cekang niii .
surat pejabat zakat pon tak sampai2 lagi . please la pejabat zakat. . i need the money desperately ! ya allah, percepat dan permudahkan lah urusan ku ini . aminnnnn ~

hmmm, aku memang camni kan. . bila last minutes baru nak terhegeh2 nak setel semua . lepastu mula lah nak stress cam nak gila . gelabah-gelabah nak update dekat facebook kan . melampau la tu . tampaq nak ?

okay lah, nak tunggu cerita ameera tv3 , best . aku sudah pandai layan drama melayu . hahaha

untuk pengetahuan bersama, karangan perihal diri untuk mara sudah siap ! rasa nak gelak terguling-guling la bila baca balik . segan nak bagi kat depa lah nanti . wakakaka segan gila !

bubui !



No comments:

Post a Comment