Friday 27 July 2012

Campus life

Assalamualaikum.

morning, this is the only time yang aku ada . sebab hari lain aku tak sempat nak jenguk blog , pastu kalau terjenguk pon segan kat dak2 omey bilik sebab depa asyik usha apa kebenda akak ni dok keletuk keletak . malu hokay .

apa yang lain eh ? lot of story to tell you guys, tapi nak cerita semua cam tak best lak kan. . perasaan orang perlu difahami juga . baeklah !

kalau you guys tak tau lagi, now aku kat KL . aku dah jadi sakai kat sini haha . nope, aku dah sambung belajaq kat UniKl Business School in Bachelor Of Accounting(Hons) . Im a student now ! sila sepak sebab dah riak . well, khamis semalam ni dah habis aku punya Minggu SilatuRahim (MSR) . wey MSR untuk geng2 degree 4 hari je ok . tapi 4 hari pon aku dah rasa macam nak gila sebab 1 hari dengaq orang brief dalam bilik aircond sejuk gila bangang . engkau boleh bayang tak sejuk sampai nak solat pon menggigil ?

last day MSR kat Keramat Mall, dari pukul 8.30 sampai 11 malam . pergh takyah tengok muka aku time tu . aku dah cam katak kena pijak kena lenyek . benci . dengan bas parking sebatu, nak berebut lagi, dapat seat terus tdoq :') badan penat otak penat, emosi kacau bilau . si danial pon aku sembur padahal motif marah dia pon aku taktau . kesian lak bila pikiaq balik. . naseb ah danial, sapa soh nak kat aku hahaha ailebchuu tetttt!

time MSR kena lah sopan . kakaka even kat luaq pangai cam haram .

muka nak start bebai tapi tukang tangkap gambaq sangat baek, dia tangkap gambaq aku banyak dengan muka nak bebai . sikit ja publish

kawan baru, dak penang . kakak aku ni tapi bangkai aa. . dia tak bagi aku panggil dia kakak . bajet tak dia ni ? kepala cam aku lah, suka buat benda bangang . haha

UniKL best la jugak, even tak study dekat City Campus, tapi dah pindah kelas kat Yayasan Selangor yang dekat Kampung Baru tu . eh betol eh dekat Kg Baru ? kakakaka aku main hentam je sebab aku depan YS tu ada petrol pump Kg Baru . lantak
kalau dak2 UniKL City Campus yang stalk blog aku, susah tentu mereka merasai keperitan hidup untuk g kelas dari hostel dalam jarak berbatu2 . Hostel dekat Bangsar , kampus kat City Campus pastu nak g kelas kena berebut2 naik bas . serius rasa cam dak bodo , benci . pastu nak berebut lak naik lif sebab kelas dekat atas pucuk bangunan .

bab hostel, emmm.. hostel standard hostel dak2 U lain la . but hostel or KKS sangat cantik (SANGAT ?) , aku punya bilik luas boleh main tuju kasut dalam tu  haha . dapat satu bilik ngn dak kedah sorang, dak kuantan, indian girl from JB . best la dapat dak kedah, so that i can talk blablabla like nobody else know wkwkwkwk jahat engkau ni kan
still segan2 , malu malu kucing lagi, tapi dalam 2 hari je sebab lepas tu aku dah start buat bising, gelak kuat2, macam aku sorang duduk bilik tu . kita takleh hipokrit ok. . hahaha kesian dak2 tu dapat kakak cam bangang suka buat lawak bodo . suka bebel . budak gayat ni jugak dapat katil blah atas . gila ah tinggi kot, aku boleh nampak pakcik guard bila nak tidoq . pergh gigil. gigil tak gigil, sahur nak terlepas gak :')


yang bestnya, kat hostel tak payah nak berebut bilik ayaq sebab semua perangai cam aku kot . mandi koboi wakakaka . takla, bilik ayaq okay, bilik mandi cukup. pokoknya selesa la kalau nak mandi nak apa ke. . nak makan dalam tu pon boleh kalau lalu haha

lepas tu lagi, tiap2 malam sebelum tidoq. mesti aku bayangkan yang hari tu aku terlepas bas nak g kelas . BAYANGKAN. nak jalan kaki ? memang tak . nak naik tren ? macam aku tau je naik tren = ='. itupon kalau aku tak putus asa naik tren yang KTMB balik aloq setaq . tu kita pencapain paling bagus . mana aku reti naik tren naik apa kebenda lagi . kalau orang tanya , kampus kat mana ? aku dah start sebak nak nanges . aku tak reti, serius . then , eh kolej awak dekat mid valley la nanti boleh la kita g dating kat mid . wkwkwkw dialog ni ditokok tambah je . mid valley dekat ngn hostel aku ? tskkkk macam mana nak g mid valley tu ? *bye off phone


tapi semalam, aku dan 2 orang kawan telah berjaya sampai ke Pudu untuk cuti 4 hari . yeayyyyyy ! maceh pak cik teksi bawak teksi laju2 . personal best ni. . nak tulih dalam blog . dan sekarang tengah cuti kat alor setaq . bangga dengan diri sendiri sebab berjaya sampai Pudu Sentral pastu tercangak2 cari kaunter tiket . rasa diri cam orang asli je kan. .

okay lah. . thats all . maceh sudi baca .
p/s ; ada 2 3 orang dak kedah cakap ko ko dengan aku, tergamam gak la sat . ngn danial aku bantai cakap kedah piaw takdak hal pon . pesanan untuk diri sendiri, KITA KENA LA KENAL SAPA DIRI KITA, ASAL KITA DAN SIAPA KITA . aku anak kampung tiada pelajaran blablabla, tiada kereta ku bawak kau jalan-jalan. . *tetiba

bye

3 comments:

  1. Salam, nak tanya pasal unikl nie, mmg dapat loan mara ka? alaun, fees, hostel macam mana? kena bayaq sendiri ka under mara? mcm mana nak buat loan mara? sorry banyak tanya :)

    ReplyDelete
  2. Hi juniors semua! Kak SR dah habis belajar dekat UniKL Business School taw! ALhamdulillah. Bulan Oktober ni akak convo! Hehe. Nak tahu kisah perjalanan sepanjang belajar dekat UniKL Business School? Meh baca blog akak.

    PENGALAMAN PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR UNIKL BUSINESS SCHOOL (KLIK DI SINI)

    ReplyDelete